Mudah-mudahan, dengan adanya blog2 nie, sedara² dan kawan² yang jauh di mata, sentiasa dekat di hati...

Selasa, Disember 19, 2006

Memori Majlis Nikah Aman

Hanya ini sahaja koleksi yang ter"ada" dalam pendrive yang dirasakan boleh dijadikan tatapan dan simpanan dalam koleksi, buat saudara2 yang jauh di mata tapi dekat di hati..
pasangan bahagia
azizul rahman b ismail dan jalilah bte che mansur
selamat diijabkabulkan pada 18 dis 2006

dari kiri: maklang (kak abah), mak, "G", aman,

kak ilah dan mak njang

di hadapan: antara hantara2 yang diterima dari pihak perempuan

ucapan tahniah dari seorang abang buat adiknya yang berjaya potong Q..hehe

P/S: insyaallah, di masa depan, akan cuba dimuatkan lagi gambar2 sempena majlis nikah aman. rasanya ada dalam memori kamera..

Majlis Nikah Aman

alhamdulillah, seperti dirancangkan, isnin -18 dis 2006, adikku yang pertama, azizul rahman b ismail, telah menamatkan zaman bujangnya dengan gadis pilihan hatinya,
jalilah bt che mansor (orang perlis)

Sebelum Pergi
Mak, seawal pagi dah bising mengejutkan ahli rumah yang masih tidur. Masing2 dah dikerah bangun awal. mak dengan lang (kak kepada abah) katanya bangun pukul 5! yang lain2 dalam 6 setengah dah terpaksa bangun dari tempat tidur.

Lepas tu masing2 siap2 ler.. ada yang ke dapur, kemas rumah dan buat yang sepatutnya.
Tetamu dan rombongan yang nak ke perlis dijamu dengan nasi lemak sambal ikan bilis + ayam.
Janji nak bertolak pukul 8 pagi, tapi biasala... nu ni nu ni, pukul 8.30 jugak baru nak jalan.

Rintangan 1
Baru jer nak mula jalan keta, satu van tak mau hidup plak.. chek2, minyak takde (van sewa biasala, minyak cukup makan jer owner bagi). maka lie n iwan terpaksala dikerah pergi beli minyak.. selesai satu bab. Pukul 9 jugak jalannya..

Rintangan 2
Lepas jer setengah jam jalan, sampai la kat kg. padang tamat (kg. di perak utara yang bersempadan dengan negeri kedah). kat sana, en. nawi n keluarga (bekas pengurus felda) tengah tunggu nak pergi sana. kira semua konvoi 2 van 3 kereta..
Elok jer nak jalan semula, van lagi satu buat hal pulak. tayar takde angin, pancit habis! setengah jam jugak nak settle hal tu. maka hampir jam 10 baru sambung jalan..

Rintangan 3
alhamdulillah, untuk seterusnya selamat le perjalanan. sempat berhenti di hentian gurun untuk rehat kejab. kira2 dalam setengah jam lagi nak sampai, van yang pancit tayar tadi buat hal lagi. tayar van pecah terus! mujur jadi kat kawasan pekan (changlun). dapat la diselesaikan dengan mudah. dalam jam 1.20, selesai la..

Rintangan 4
sekali lagi van yang sama buat hal. ntah macam mana, driver boleh "ralit", terlepas fly-over nak belok ke perlis. maka terlajak la menghala ke bukit kayu hitam.. yang lain kena la tunggu lagi.. masing2 dok mengeluh ngan pelbagai andaian dan cerita2 tersendiri.. dalam jam 1.40, bergerak le semula kami menghala ke destinasi..

felda chuping
kebanyakkan yang ikut serta baru pertama kali jejak kaki ke sana. masing2 kagum dengan keadaan di sana. kami berhenti di masjid untuk bakal pengantin salin baju, untuk kami solat dan untuk persiapan barang2 hantaran..

di rumah pihak perempuan
sambutan penuh mesra diterima apabila kami tiba. kami sampai dalam jam 2.30 ptg. janji asal nak buat majlis akad nikah dalam 11 lebih. halangan2 yang ada membuatkan pihak kami memohon berbanyak2 maaf atas kelewatan..

rintangan buat pengantin lelaki.. hehe
mungkin atas sebab2 dok tersangkut banyak kali semasa dalam perjalanan ke rumah pihak perempuan, maka lafaz akadnya jugak tersangkut2.. tapi dia tetap tenang dan berjaya jugak melafazkannya bila tiba kali keempat..hehe

jamuan makan
selesai jer majlis batal air sembahyang, kami semua dijamu dengan menu yang cukup menyelerakan. mungkin sebab lapaq sama kot, boleh kata licin jugak la juadah yang dihidangkan, dimakan. ada ikan keli goreng, asam pedas keladi, gulai ikan, ayam masak merah, kerabu timun, sambal belacan, agar2, air sirap dan menu spesial- laksa perlis!

kembali ke rumah
setelah semuanya selesai, dalam jam 4.15 kami semua meninggalkan bumi perlis. tapi masing2 menghala balik dengan misi berbeza. ada yang ke alor star dulu, ada pergi jitra, ada masuk kepala batas dulu dan ada yang balik terus.. tapi, alhamdulillah, semua selamat sampai semula ke rumah masing2..

selesaila satu bab...sekian

p/s: cadang nak pemasuk gambaq, tapi dengan kelajuan 28.1kb seminit apa yang boleh buat.. semput!! insyaallah, nanti akan diusahakan jugak pemasuk gambar untuk tontonan semua..

Sabtu, Disember 16, 2006

Memori di Kem BTN Gunung Pulai

ini la kali pertama terlibat dengan kursus BTN. ada beberapa orang member dah pergi hampir 3 kali. mula2 memang rasa macam tak seronok je pasal dengar cerita dari kawan2 yang pernah pergi, kursus BTN tension! tapi kata ketua fasilitator format BTN dah berubah, pengisian ikut tahap ikhtisas. dan kebetulan pulak, ketua fasi tue kenalan satu batch masa di UUM - lagi mudah cerita. maka tak tensen le sangat masa dok kursus tue. dapat le menghabiskan masa dengan gembiranya di kem tersebut selama 5 hari (1-5 hb dis 2006)


geng2 lepas habis jungle tracking


geng2 satu dorm, bergambar sebelum balik kursus

Rabu, November 08, 2006

Kisah Terbaru

Alhamdulillah.. sehingga ke hari ini, beberapa hal yang berlaku dalam diari kehidupan diri ini, berjaya di atasi dengan penuh tabah..

kisah diri
Mula2 berkenaan hal pencalonan anugerah kepimpinan GERKO peringkat IPTI. ada hint kata dapat, tapi bila tengok list pada MC takdak nama (classmate jd MC), kecewa le sikit pasal macam mengharap pun ada. bukan apa, nak buat buah tangan ke sekolah nanti.. redha je. so, tak pegi la rehearsal majlis. tapi last minute, member bising kata nama ni dipanggil banyak kali.. terkejut gak.. pegi buat semakan semula, rupa-rupanya ada list lain. Sekali dapat dua, hambik kau!! (PBSM - kepimpinan, Sepaktakraw - sahsiah : walhal main tak terer manapun). apapun, syukur kepadaNYA.

kisah lie
Yang ralatnya, abis jer majlis anugerah, dapat mesej dari shukri. dia buat hal! maka dengan sokongan paktam, pegi ler ke melaka untuk bereskan yang kusut. alhamdulillah, kekusutan dapat dirungkaikan. terima kasih yang teramat sangat buat paktam yang banyak membantu meredakan kekalutan yang ada. memang menguji tahap rasional. maka bertambahlah satu lagi pengalaman baru dalam hidup.. Maha Suci Allah. terima kasih jugak buat aman dan kak yang sanggup berkorban, buat pakteh dan ipar paktam di melaka yang sedikit sebanyak memberi bantuan. moga Allah jua membalasnya. Setakat ni mak n abah belum tau hal ni, maka harap berita nie biar akim yang terangkan semuanya pada mereka nanti..

kisah aman
Malam ke melaka, mak call maklumkan perkembangan aman. abah dah ke perlis. Kira merisik ler kot. semua ok cuma pihak sana nak buat majlis perkahwinanan dengan kadar segera. maybe dalam bulan 12 nanti. Macam suntuk sangat tempohnya. so, ada pesan kat aman, kalu boleh mintak delay sikit, boleh buat majlis sekali dengan abangnya nanti. Kesian gak kat dia, mak kat nak buat kecik2 jer sambut menantu nanti. tunggu masa abangnya nanti baru nak buat grand skit!

kisah lain
lepas balik ke melaka, sempat gak ke rumah along s'wak di sri lalang. dia buat sedikit jamuan raya di rumah sewanya. maka rakan taulan dan saudara terdekat dijemput. paktam sekeluarga, pomen 2 orang, rakan2 guru along s'wak hadir memeriahkan majlis berkenaan.

kisah exam
lepas balik dari kluang, terus ngadap buku jer. terasa perit gak nak hadapi semua ni tapi alhamdulillah, dengan kecekalan diri dan dorongan dari 'si dia' , terpaksa ler berkorban masa tidoq untuk cover topik2 yang belum dikuasai. akhirnya, 2 hari sudah, semalam dan hari ni, dapat jugak diri menjalani peperiksaan dengan jayanya. insyaallah, usaha terbaik dah diberikan..

sekian, adios...

Selasa, Oktober 31, 2006

Memori Raya


gambar2 nie tak sempat nak edit, dan banyak lagi sebenarnya koleksi raya.. yang nie semua kebetulan ada dalam pendrive.. gambar nie semua masa kat rumah bt 51.
selamat menikmatinya..
"penjaga rumah" yang mendatangkan kecoh pada malam tue



cucu2 lelaki bujang arwah tokwan lin n tok che mah



kami sekeluarga. dari kiri: akim, aim, abah, mak, kak dan aman. duduk atas lantai: lie (masa ni kami dah siap2 nak keluar balik ke nenering)


buah tangan buat sedara mara yang jauh di mata, dekat di hati. (depa tak bagi nampak gambar belakang yang terpelohong tue, tapi saja juga ambik, buat kenang-kenangan)

Sambungan Bingkisan Raya

Raya Ketiga..
Hari nie, bangun pagi dengan penuh bersemangat! Lepas siap2, mak tegur awat lain macam jer. mana taknya, nak beraya ke taman meru, rumah bakal menantu mak la.. :) insyaallah.
mak kirimkan sikit juadah dan ucapan salam. sebenarnya, mak suruh bawa abah, tapi abah takmau ikut. lega jugak, hehe.. rosak ler program.. maka, macam2 pesanan dan ingatan dari mak untuk anak lelaki sulung dia nie..

Dengan keta kak ilah, sampai ler ke taman meru. Dijamu dengan mee rebus! boleh tahan la.. dan berbual2 le dengan ahli keluarga "si dia". alhamdullillah, nampak macam ok jer.. Mintak juga kebenaran dari abahnya nak bawa "si dia" pusing2 pekan ipoh. sebenarnya tak kemana pun, masa dok tawaf jaya jusco..buat perbincangan serius dengan "si dia" pasal masa depan ..

Masa nak balik , ada dikirimkan juadah balasan n salam dari orang taman meru. On the way drive balik, senyum dan berbunga je hati, mengenangkan pertemuan yang singkat tapi bermakna.


Bakal Menantu..
Kami anak beranak ada buat perbincangan serius pasal masa depan akim dan aman. Insyaallah, kalau takdak aral, akan menyusul hantaran peminangan ke perlis pada lewat bulan november dan ke taman meru, ipoh lewat bulan disember. tarikh sebenar akan dimaklumkan sedikit masa lagi... Buat pak2 sedara sekeluarga yang berkesempatan, dengan rasa berbesar hati dijemput sama2 menyertai rombongan tu nanti..

Sepi semula
Aim dah balik ke KL seawal pagi Jumaat. Lie akan balik ke melaka malam sabtu. Akim terus ke JB pagi Ahad. Kak pun sama akan balik pada ahad, petangnya. Aman, ingat2 pagi isnin sempat dia ke banun, gerik. maka, dapat dirasai kesunyian yang bakal dirasakan oleh mak dan abah di rumah.. memang nampak keceriaan masa kami semua berkumpul, dan tentunya kesayuan sewaktu mengiringi anak2 mereka yang kembali ke destinasi masing2..

P/s: minggu2 depan, akim akan ada peperiksaan, KISSM dan BTN..
takut dengan semua kesibukan tu.. tak sempat nak update blog nie.. harap maklum..

Bingkisan Raya

alasan
mula-mula sekali nak mintak maaf pasal lambat updatekan hal pasal raya tempohari.. ni semua sebab masalah capaian internet di nenering dan kesibukan "orang bujang" beraya, memang lain kan :)

sebelum raya
21/10
naik bas dari kluang ke ipoh, pukul 9.30 mlm. paktam kata nak hantar ke stesyen bas, tapi dah janji dulu ngan kawan. sampai ipoh dalam pukul 4 pagi. call kak ilah, dia mai ambik pegi rumah dia ( housemate dia semua dah balik. dia tak balik lagi pasal tunggu adik2 dia).

dok kat umah kak, tidoq jer. sambil tunggu shukri yang nak sampai dari melaka, sempat sms2 orang swak. memang "menggerakkan minda" abis :) .

dalam jam 4 lebih baru kami bertiga bergerak ke nenering. berenti kat gerik sat, beli2 juadah berbuka.. kami buka posa dalam keta jer. sampai kat rumah mak baru sudah buka posa. mak kata, aman buka sikit jer makan n abah buka kat luar (abah pegi semelih lembu). kami sambung makan..

22/10
mak ajak pegi baling, kedah (ada pekan hari - dalam 1/2 jam perjalanan), beli2 barang apa yang patut untuk raya dan untuk simpanan stok peti ais. sempat jugak le beli kasut n seluar kat abah. mak dapat kain pasang jer. shukri cari baju melayu. kak ilah beli t-shirt selai kat aim. pegi pukul 10.30 pagi tapi sampai umah jam 3 lebih. mak bising lambat, takut tak sempat lohoq. tapi masa dok membeli, tengok mak ngan kak, bukan main asyik lagi dok membelek, mana tak lama.. sabor je la..

23/10
aim sampai umah 12 tgh malam. naik motor dari kl. risau gak kat dia.

siang tak kemana, tolong ganti kain kusyen, kemas2 apa yang patut. mak ngan kak bz kat dapur. malas nak kacau. aman dok berlingkaq jer. boring2 ajak lie bertarung PSII hehe.. abah kejab ada kejab takdak.. mcm biasa, bz !!

lepas bukak posa, berperang mercun ngan jiran2.. punya la gamat! mujuq area kami takdak budak2 kecik, tue yang semua naik antu main mercun. (mercun aman dapat stok dari kelantan)

raya pertama
awal pagi mak dah bising2 suruh anak2 bujang dia bangun. lepas2 siap berbaju raya nak ke masjid, kami bersalaman duluanakberanak.

ingat balik masjid nak ler bergambar dulu sebelum keluar jalan2 rumah kawan. kak pulak buat spoil, boleh tak siap apa2 lagi (dia cuti am). aman pulak dah hilang awal. abah pun dah pegi jalan rumah kawan dia. maka amik keputusan, yang mana ada jela...

tahun ni kami sekeluarga pegi beraya umah pakcik kamal kat penang dan tidoq di umah makchaq kat bkt mertajam (kak n adik abah). lepas zohor dah keluar dengan 2 biji kereta. kelam kabut tutup pintu tingkap, bukan tak mau bagi tetamu mai, tapi kalu tak buat gitu, malam le kami bergerak.

kesian kat budak2, biasa hari raya rumah kami memang tumpuan depa..

raya kedua
tahun nie sebenaqnya mak plan takmau balik pantai (ntah pasai apa). tapi masa keluaq rumah, akim dah pesan kat semua bawa baju lebih (pasai akim plan nak pegi jugak pantai). kebetulan makchaq sekeluarga pun nak pegi tebuk yan, maka kami pun follow jer depa..

kira kami pusing sakan ler raya taun nie. kat tebuk yan, dapat le jumpa tok meah (mak abah), pakcik man (adik abah) sekeluarga dan maklang yah (kak abah) sekeluarga. kami sempat makan tengahari kat tebukyan. lepas asar kami bergerak ke batu 51.

paknjang sekeluarga dan pakteh sekeluarga setia menunggu di sana. sampai2 umah tok, diri ni terpaksa jadi wireman. paknjang mintak tolong betulkan suiz lampu dapur n tukar lampu bilik air. disebabkan tiada kepakaran bertauliah, lampu bilik air dok menyala 24jam. haru!! pejon pun tak dapat tolong. nak-tak nak, terpaksa biarkan jer, pasal hari dak makin gelap.

disebabkan pemandu utama (akim n aman) ada urusan rasmi esoknya, kami tak dapat nak bermalam di pantai. kami sempat makan malam dan adakan sesi fotografi sebelum balik. kecoh jugak la masa sesi pengambaran diadakan.

dalam jam 9.20 kami bergerak keluar. yang lawaknya aman boleh lajak amik highway ke utara masa masuk tol changkat jering (dia kata confuse - sebelum nie ikut orang jer). patutnya ker ipoh /kl. kena la dia pusing balik kat persimpangan taiping utara. disebabkan hal tu, dekat jam satu lebih baru kami sampai rumah..

Selasa, Oktober 17, 2006

Berita Terkini



P/s: wajah2 cikgu kpli (r) kh1 2006 - ni masa kami nak pegi buka puasa kat restoran merdeka (depan rtm, JB)


hal assignment
hari-hari terakhir, nak dekat raya nie, macam makin banyak jer assignment nak kena buat, nak kena submit.. .. orang lain bersengkang mata mencari malam seribu bulan, diri ni kena mengadap komputer.. maka terpaksa le bersengkang mata menyiapkannya sebelum balik..
lecturer pun macam pakat-pakat kasi assignment last-last minute gini.. ntah macam mana diaorang punya perancangan.. tapi, dunia seorang student, terpaksa le menghadapi semua ranjau2 ini..


cuti awal
oleh sebab maktab dah terlebih ganti cuti dan paklah plak pun mengekalkan sifat prihatin pada rakyat dengan memberi cuti pada hari isnin (23/10/2006), maka pihak maktab dengan baik hati kasi cuti awal.. kawan-kawan ramai yang pergi semula ke stesen bas, tukar tiket sebab nak balik awal.. masing-masing suka!

plan balik kampung
tiket dah dibeli awal2 puasa lagi.. tu pun dapat bas tambahan, pastu harga lebih dari biasa. nak raya punya pasal, beli la jugak. insyaallah, jumaat malam (20/10) akan bertolak balik ke perak. cadangnya bila sampai ipoh (sabtu-21/10), nak balik ngan kak ilah, tapi dia nak tunggu shukri yang akan balik esoknya (ahad-22/10). maka terpaksa la berseorangan pulang ke nenering. teringin gak nak singgah dulu kat taman meru, tapi tak berapa berani plak..hehe.. maybe raya nanti kot berkunjung ke sana..
a
berdiri atas kaki sendiri
kalu tak silap dekat 4 tahun jugak menetap di kluang dengan paktam sekeluarga. budaya berdikari yang paktam terapkan dalam rumah macam melekat padat dalam diri ini. itu sebab, pasal balik kampung, boleh lupa pasal pejon dengan along sarawak. biasanya sendiri jer cari tiket nak balik kampung.. bila paktam tanya pasal tiket pejon, baru rasa bersalah sebab lupa nak tanya dia (pejon) nak balik sama @ tak? akhirnya dapat jugak dapatkan tiket untuk dia walaupun tak sama tarikh. pasal along sarawak pulak, ada call dia nak ajak balik kampung raya sekali. tapi dia kata, lewat sangat jemputannya, tiket air-asia dah beli..
ucapan hari raya
mungkin kesibukan nak menyambut raya membuatkan diri ini mungkin lupa nak mengucapkan salam lebaran buat semua. oleh itu, di kesempatan ini, sepuluh jari disusun, memohon kemaafan andai ada salah dan silap. moga aidilfitri ini disambut dengan penuh makna..
SELAMAT HARI RAYA ADILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN

Khamis, Oktober 12, 2006

Ayat Mula Dari Penulis



akhirnya terhasil jua buah tangan wakil dari nenering..


bila tengok laman pak2 sedara bukan main canggih lagi, maka terpanggil jugak ler nak wujudkan blog nie.



dengan kekangan waktu belajar dan masa untuk buat assignment, digagahkan jugak diri mencari ruang waktu untuk menyiapkan blog nie..



masalah capaian internet juga menyumbang kepada kesukaran menjadikan blog ini satu kenyataan.. kes line "kejab ada kejab takde" dan "slow ya amat" kadang2 membuatkan diri rasa kecewa sangat nak meneruskan usaha ini..



tapi demi menyahut cabaran tokey G2, inilah hasil yang boleh diadakan. mungkin pada permulaan kali rasa macam "cukup sekadar ada" je kan..



namun, insyaallah akan cuba diusahakan satu blog yang boleh memuaskan hati semua pihak pada masa akan datang.. sekian dulu