Mudah-mudahan, dengan adanya blog2 nie, sedara² dan kawan² yang jauh di mata, sentiasa dekat di hati...

Selasa, Mac 20, 2007

Pertunangan 11 mac 2007

alhamdulillah, akhirnya ikatan pertunangan antara akim dengan ida selamat dilangsungkan di kg kuala pari, ipoh (kg nenek ida). sebanyak 3 buah kereta dan sebuah van membawa wakil dari nenering dan 3 buah kereta membawa wakil dari pantai, selamat tiba ke destinasi, walaupun ada sikit sesat kat medan kit (silap masuk lorong).

pihak lelaki membawa 11 dulang, manakala pihak perempuan membalas 15 dulang. selesai sesi rundingan, kami semua dijamu makan. selepas tu, sesi bergambar dijalankan.







Isnin, Mac 05, 2007

Update..

cuti cny baru2 nie diri ini berkesempatan jalan2 ke bandaraya kuching. melawat pakngah kat tabuan jaya. dalam 5 hari di sana. merasa ler pergi ke pasar satok, serikin (border dengan indo. banyak banyak barang2 cenderahati yang murah2, aku beli ler skit buat buah tangan nak balik bulan tiga nanti.), pergi pantai santubong yang indah, menikmati panorama wajah kuching di siang dan malam kat waterfront. memang best laa.
(gambar akan menyusul nanti)

berita terkini, insya.. pada 11 mac nanti majlis pertunangan akim.
pada pak2 sedara dan mak2 sedara dengan segala hormatnya dijemput meraikan majlis berkenaan...

jumpa lagi