
Sabtu, September 24, 2011
:: Kelahiran Anak Ke-3 ::

Ahad, September 11, 2011
:: Terdetik Menulis Semula ::
Cuma tambahan kali ini, rasanya mungkin komitmen masa aku melayan karenah anak2 membataskan aku menulis. Lepas ni aku ingat nak "cergaskan" semula. Insyaallah!
Gelagat Ain Natasya dan Adam Muqris (tengah) bersama sepupu mereka,
Ammar Haziq dan Darwisya Amani di rumah TokWan pada 29 Ramadhan 1430H.
Jumpa lagi entri akan datang..
Rabu, Januari 20, 2010
::Tahun 2010::
2010 dah melangkah masuk, hari ini dah hari ke-20. Pada aku, umur makin meningkat, makin banyak tanggung jawab.
Di rumah;Yang best sekali tengok anak aku membesar..
Ain dah boleh berjalan walaupun umurnya baru masuk 10 bulan. Ramai yang terkejut dan kagum bila tengok ain berjalan, bukan lagi bertatih. Tapi giginya belum tumbuh.
Hobinya sekarang, MENGEMAS RUMAH!! mamanya dah letih susun, dia punggah balik, last2 biarkan jer. Satu lagi mengutip segala benda halus yang dijumpai pada lantai. Letih nak awasinya..
Banyak aktiviti aku, kena tunggu lepas dia tidur, baru tak terganggu. Tapi hal ni aku tak kisah sangat..Yang lebih aku kisah ialah aku kena lebih bersedia dari segala segi untuk persediaan adik ain tak lama lagi.. :)
Sabtu, Mei 16, 2009
::SELAMAT HARI GURU::
Guru CEMERLANG
Masa sekolah banyak merancang
Guru GEMILANG
Semua kursus dia datang
Guru TERBILANG
Semua benda dia buat sorang
Guru TEMBERANG
Dalam kelas banyak sembang
Guru PERASAN
Dalam kelas syok sorang2
Guru CURANG
Masa kelas dia hilang hehe
SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU
Terima kasih cikgu..
"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"
Selasa, Mac 24, 2009
Namanya Ain Natasya
Ain ketika berumur 11 hari Jumaat, Mac 13, 2009
Kelahiran Permata Hati
Rabu, Mac 04, 2009
Memori di Langkawi - 2
Enjoy..

Ronda Pantai Cenang malam hari
Semua anggota rombongan

"Kita masuk semua tempat, bukan selalu mai"

Hari2 mandi laut, sebab belakang chalet dah jumpa laut
Sebelum masuk Underwater World

Kota Mahsuri
Datang ringan jer, balik penuh tangan...
Memori di Langkawi - 1
Nie ada aku lampirkan kenangan 3 hari 2 malam semasa di Pulau Langkawi bersama keluarga masa cuti sekolah bulan 12 tempohari.
Enjoy..
Jumaat, Disember 12, 2008
Taman Rekreasi Gunung Lang


Jika anda dari Kuala Lumpur, anda hanya perlu keluar dari Lebuh raya Utara Selatan di susur keluar Ipoh Utara 1 km dari situ anda akan temui papan tanda Taman Rekreasi Gunung Lang.
Tambang untuk menaiki bot : RM3 bagi dewasa, RM2 bagi pelajar sekolah menengah, RM1 pelajar sekolah rendah, RM0.50 sen bagi kanak-kanak dan warga emas RM1.50 untuk ke pulau itu sejauh kira-kira 300 meter.
Ke Cameron Highland lagi..
Selasa, November 25, 2008
Pameran The Science of Aliens
Aku memang berhajat sangat nak tengok pameran nie sejak ianya dipertontonkan kepada umum. Dan kesempatan di cuti sekolah memberi peluang kepada aku untuk mengunjunginya.
Bertempat di Melaka International Trade Centre (MITC), Melaka, aku menghabiskan kira2 sejam lebih melihat sejarah dan khayalan yang dihasilkan oleh para penggiat UFO dan ahli sains yang mana isu makhluk asing ini menjadi polemik sejak sekian lama..Pameran ini berlangsung sehingga 29 Jan 2009.
Tapi aku rasa pihak penganjur perlu hidangkan lebih banyak penemuan dan koleksi makhluk asing kerana aku merasakan nilainya macam tak berbaloi dengan bayaran yang dikenakan. Tambahan, nak ambil gambar kat dalam tue pun dikenakan bayaran..Pengapit "Terjun"


Isnin, November 17, 2008
Tersepit pintu kereta.. aduiiiii
Sehari selepas kejadian
Empat hari selepas kejadian
Catatan Raya 2008 - 3
Semuanya diuruskan sendiri oleh anak2 Tah, masing2 berbakat - memasak, mengemas, dan menyibuk (aku la hehe )
Selepas solat Jumaat, tetamu jemputan hadir. Majlis diketuai Imam Masjid Kuala Pari. Selesai tahlil dan doa selamat, aktiviti menjamu selera bermula. Sebelum bersurai, para jemputan diberi ole2, sehelai kain pelekat..

Waris Kuala Pari - dari kanan, Azhar, rakannya, dan Enda
Menurut ayahnya, Enda, majlis khatannya akan berlangsung pada cuti sekolah bulan November ini. Tambahnya lagi, majlis nie satu kebiasaan bagi anggota keluarga sebelah Kuala Pari..

Menu utama Jumaat, Oktober 17, 2008
Catatan Raya 2008 - 2




Sabtu, Oktober 11, 2008
Catatan Raya 2008 - 1
Pulang berhari raya..
Di Hentian R&R Tapah
Di Ipoh, sempat la berbuka posa 2 hari sebelum kami ke Nenering. Dan aku sempat la bershopping di Greentown Mall, Ipoh, melayan isteri tersayang.. :)
Berkenan ambik ja. Takdak duit, kad ada :)
Ipoh ke Nenering
Pagi Isnin aku dan isteri ke Nenering. Sayu je aku tengok wajah isteri aku, terpaksa beraya dengan keluarga lain tahun nie.. Sampai di Nenering, kami disambut mak dan Kak Ilah. Abah masih dengan lembunya di kandang. Aman dan Jee sekeluarga dah bersiap2 nak bertolak. Aku sempat jugak melihat wajah anak buah sulong. Tahun ni, depa akan beraya di Chuping, Perlis.
Ammar Haziq B Azizul Rahman
Masa Aman nak keluaq rumah, dia kalut mencari henpon. Bole hilang pulak!! Siasat2 ada pada Aim. Aim pulak dok shopping di Sg Petani dengan "temannya".
"Macam mana boleh ada pada Aim pulak?", gumam Aman. Dengan tensen, Aman set nak jumpak Aim di SP, sebelum lajak ke Perlis. Aku gelak ja dengan perangai adik2 aku...hahaha
Aim pulak, ke SP dengan kereta Kak Ilah. Bila sampai rumah, di tunjuk sesuatu yang mengundang tensen Kak Ilah pulak. "Hang make sure jadi elok semula sebelum raya" , pesan Kak pada Aim. Macam2 hang Aim.. lagi sekali hahaha
Kegagalan membezakan pedal brek dan clutch











