Mudah-mudahan, dengan adanya blog2 nie, sedara² dan kawan² yang jauh di mata, sentiasa dekat di hati...

Selasa, Januari 29, 2008

My Wallpaper


Nie la paparan wallpaper laptop saya. simple jer..


Menda yang kat tengah tue, software Globe Trotter Connect, untuk sambungkan internet guna line 3G. Data card nie - AT&T OPTION GT MAX 3.6 Express Card 3G HSDPA datacard (Express Slot), dibeli masa balik ke Batu Pahat tempohari (ahad 2 minggu lepas).

Disebabkan "geram" dan tergoda dengan iklan Celcom Broadband, terus pegi Celcom centre, sambar satu..

Masalahnya, kat Kapit takde line 3G, guna GPRS, slow macam guna internet talian telefon rumah. Oleh kerana sekarang di Sibu, (esok ada kursus Robotik), try test, maka makneka ni berfungsi cemerlang.

Rabu, Januari 09, 2008

Kapit vs Batu Pahat

Dilema sekarang ni memikirkan samada patut dibawa isteri ke Kapit atau mengikut isteri ke Batu Pahat, tempat isteri bertugas sekarang.

Kalau memikirkan yang senang, memang "mungkin indah" hidup di Batu Pahat nanti. Tapi "mungkin banyak keindahannya" juga kalu terus kekal di Kapit dalam 2-3 tahun lagi..

Yang letihnya di Kapit, ialah:-
  • jauh sangat (paling nyata) - hanya sungai sbg laluan utama untuk menghubungkan dengan bandar bersebelahan (Sibu). Untuk kes2 kecemasan, memang mendatangkan
    masalah.
  • harga barang dan perkhidmatan melampau2 mahal kesan dari kos pengangkutan. Cth minyak masak, rasanya di Semenanjung, dlm RM2.50 sepeket, tapi di sini RM3.50 sepeket. Ada kedai yang letak harga lebih mahal! Ayam sekilo RM10!! Ikan laut tak dapat la yang segar-bugar, dah lembik2..
  • hidup di luar bandar, apa yang ada kalau nak dibandingkan duduk di BP, macam2 ada..
  • permintaan keluarga mertua agar balik ke Semenanjung segera!!

indahnya Kapit
Tapi, yang bestnya di Kapit:-
  • tenang, damai dan relaks sesangat, berat badan cepat bertambah rasanya :)
  • ada elaun wilayah,
  • maybe dapat balik terus ke perak kalau sanggup stay 2-3 tahun lagi
  • kesanggupan si isteri hendak datang ke Kapit

Dan, jika ke Batu Pahat, insyaallah:-

  • dekat ler sikit, apa2 hal boleh berkereta saja.. Nak balik kampung tak payah tunggu raya
  • macam2 ada..BP Mall, Carrefour, The Summit
  • tentunya barang dan perkhidmatannya tak sama macam di Kapit
  • urban life - tentu datangkan cabaran yang pelbagai

atas: monumen batu pahat, bawah: BP Mall

Tapi jika di BP:-
  • si isteri merungut "tak best" dan "tensen" kat sekolah sekarang nie - sebab tu sanggup ke Kapit
  • Batu Pahat selalu kena banjir
  • Peluang balik ke Perak mungkin lambat la..
Tetapi, kadang2 dok dengar2 nasihat dari sana dan sini, makin confuse memikirkan hal nie...
Fenin-fenin...

Sabtu, Januari 05, 2008

Kembali Ke Kapit


Setelah hampir sebulan lebih melalui hari2 indah bersama isteri, saat paling sayu akhirnya tiba. Tuntutan kerjaya di seberang laut terpaksa memisahkan kami sementara.

31hb dis 07, ditemani rakan2, sang isteri dengan berat hati menghantar sang suami di Lapangan Terbang Senai. Linangan air mata mengiringi sang suami sebelum melepasi balai berlepas.

p/s: sedih oo baru jer kawin terpaksa tinggal berjauhan huhu.

Lapangan Terbang Sibu

Penerbangan bermula jam 1900 dari Senai, dan tiba dengan selamat pada jam 2035 di Sibu. Bersama 4 orang rakan2 yang sehala ke Kapit pada esok pagi, kami menyewa di Victoria Inn, untuk melepas penat lelah. Katil double dan single digabungkan bagi membolehkan 4 orang tidur dengan lebih selesa.

Tepat jam 12 mlm, melangkah 1 Jan 2008, dentuman bunga api dan mercun menggamatkan seketika Bandar Sibu. Namun, akibat kepenatan, kami semua tetap lena dibuai mimpi..

Jam 0500 kami kelam kabut bangun, bersiap2 untuk mendapatkan bot ekpress yang akan bergerak pada jam 0545. Hampir jam 10 pagi, kami menjejakkan kaki semula di "Pasar Kapit" tercinta..

Selasa, November 27, 2007

HARI BAHAGIA KU...

Segala puji bagi Allah atas segala kurniaanNya buat hambaNya ini..


Allhamdullillah, akhirnya apa yang dirancang, berjalan seadanya..
Tarikh keramat 24 November tempohari menyaksikan berlangsungnya ijab dan qabul untuk menyatukan 2 insan adam dan hawa

"AZIZUL HAKIM BIN ISMAIL DAN SUHAIDA BT AZIS".


Ke hadrat Ilahi dipanjangkan kesyukuran, didoakan moga mahligai yang dibina berkekalan abadi.. amin


Untuk gambar2 lain dan keterangan kenduri, boleh rujuk link berikut :-





p/s: tq pakteh atas usaha sumbangan cerita dan gambar :)

Ahad, November 11, 2007

Menghitung Hari..

Lagi seminggu, Kapit akan ditinggalkan untuk sementara waktu. Di sekolah, kesibukan sang cikgu semakin memuncak, terutama tanggungjawab sebagai guru kelas. Amanah sebagai guru spbt turut menguji ketahanan diri. Tapi xpe, semua tu rasanya jadi sedikit bekalan untuk hari2 muka.


Namun, sibuk di sekolah boleh dilupakan bila di rumah. Memikirkan 'hari besar' di antara 'hari2 besar' dalam hidup yang akan dilalui tak lama lagi, kira-kira 2 minggu lagi, lebih bermanfaat rasanya :) Macam2 perasaan selalu datang. Seronok, gembira, suka, x sabar, dan gementar pun ada. Tapi setakat nie, yang best2 sajalah selalu hadir :)


Perancangan dan persediaan menghadapi 'hari besar' tu nanti, alhamdulillah, berjalan lancar. Moga2, hari tu nanti juga berjalan lancar... Amin.