Mudah-mudahan, dengan adanya blog2 nie, sedara² dan kawan² yang jauh di mata, sentiasa dekat di hati...

Selasa, Mac 24, 2009

Namanya Ain Natasya

Ain ketika berumur 11 hari
Namaku Ain Natasya. Kata mama, ayah yang beria-ria nak memberikan nama ni. Maksudnya lebih kurang "Kelahiran Permata", kata ayah. Aku suka akan namaku ini. Aku tahu, kelahiranku membawa kebahagiaan buat ayah dan mama. Ain sayang ayah dan mama!

Jumaat, Mac 13, 2009

Kelahiran Permata Hati

Alhamdullillah, syukur kepada Yang Maha Kuasa.
Debaran, resah, gelisah, gundah gulana terlerai.
Kelahiran permata hatiku selamat ke dunia ini pada 11 mac 2009, 5.03 pm, Hospital Batu Pahat. Dan mamanya juga ok..


di rumah - lena kekenyangan
di hospital - celik mungkin mengamati dunia barunya

Rabu, Mac 04, 2009

Memori di Langkawi - 2

sambungan dari Memori di Langkawi 1

Enjoy..


Ronda Pantai Cenang malam hari


Semua anggota rombongan


"Kita masuk semua tempat, bukan selalu mai"








Hari2 mandi laut, sebab belakang chalet dah jumpa laut


Sebelum masuk Underwater World


Kota Mahsuri


Datang ringan jer, balik penuh tangan...

Memori di Langkawi - 1

Agak lama aku rehat menulis blog nie. kadang2 busy, kadang2 relaks, tapi dek kerna "kurang rajin" terus diam saja.

Nie ada aku lampirkan kenangan 3 hari 2 malam semasa di Pulau Langkawi bersama keluarga masa cuti sekolah bulan 12 tempohari.

Enjoy..

On the way
Jeti Kuala Perlis

Dah sampai

Kenderaan rasmi di Langkawi
Teratak kami

Apa2 berendam dulu

Jumaat, Disember 12, 2008

Taman Rekreasi Gunung Lang

Sedikit info dari Wikipedia..
Gunung Lang yang terletak hanya lima kilometer dari bandar Ipoh adalah salah satu gunung batu kapur yang banyak terdapat di negeri Perak, Malaysia, khususnya di Lembah Kinta. Gunung Lang telah dijadikan kawasan rekreasi oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan pada tahun 1999. Taman ini dilengkapi dengan tiga buah tasik buatan dari bekas lombong bijih timah. Tasik yang tenang membiru dipenuhi dengan pelbagai ikan air tawar khususnya kelah, lampam, kap, dan tilapia.
Mesti jumpa "IPOH" dulu sebelum belok ke kiri..
Cara ke sana:
Jika anda dari bandar Ipoh, anda perlu mengikuti Jalan Kuala Kangsar yang menuju ke Kuala Kangsar. Hanya 5 minit dari dari bandar Ipoh.
Jika anda dari Kuala Lumpur, anda hanya perlu keluar dari Lebuh raya Utara Selatan di susur keluar Ipoh Utara 1 km dari situ anda akan temui papan tanda Taman Rekreasi Gunung Lang.
Tempat letak kereta luas di tepi tasik secara percuma.
Tambang untuk menaiki bot : RM3 bagi dewasa, RM2 bagi pelajar sekolah menengah, RM1 pelajar sekolah rendah, RM0.50 sen bagi kanak-kanak dan warga emas RM1.50 untuk ke pulau itu sejauh kira-kira 300 meter.

P/s:
Hari aku pergi, tak ramai orang datang. Aku perhatikan kawasannya cantik dan menarik. Tapi, kalu MBI buat laluan pejalan kaki dari jeti ke pulau (ada taman permainan), tentu lagi ramai orang datang.