Nama brita? (jakuk Iban) = Apa kabar?
Sedar tak sedar dah lebih 3 minggu di kapit ni.
rutin hari sekolah:
sekolah mula seawal 0710 pagi. biasanya pukul 6 baru bangun. bersiap2 dan sekadar meneguk segelas kopi atau teh, naik van ke sekolah. van yang di sewa sebulan rm40 tu, sesak ngan murid2 sk. sg kapit jugak. hampir 16 orang satu van!! tamat waktu sekolah jam 1300 ptg. tapi bagi thp 1, pukul 1200 dah boleh pulai (pulang).
biasanya terus ke pasar cari kedai makan muslim. tak larat ler nak memasak tengahari lepas balik sekolah. selepas tu baru pulang ke rumah dgn kereta sewa. bayarannya rm1 sahaja ke rumah. sampai di rumah terus kalut solat dan terus zzz..
petang biasanya akan pusing2 dan buat aktiviti riadah dgn kwn2. kebetulan tempat ringgal kami dekat dengan stadium, boleh le mencuba permainan2 di situ.
lepas magrib baru ke dapur. biasanya dirinya ler jadi ketua chefnya. yang lain belum yakin nak tunjukkan kehandalan memasak. kadang2 bosan gak kita sorang jer yang masak, tapi pelan2 diajar kawan2 serumah memasak semoga lepas nie boleh le gilir2 memasak.
lepas makan malam, baru ngadap kerja2 sekolah. sementara menunggu mata nak lelap, punya la bosan nak menghabiskan suatu malam yang panjang di kapit.kebosanan biasanya dilayan bersama rakan2 yang lain. sekadar berbual2 tentang masalah pengajaran ke atas anak2 orang iban. pengalaman mengajar anak iban memang mencabar. ditegur, dibalasnya bahasa iban, terdiam le cikgu semenanjung ni :)
hujung minggu:
pada malamnya, kami ramai2 turun ke kedai makan cina kat bawah. bukan nak pegi makan, tapi pegi tengok tv. ada tayang lawan bola malaysia vs singapura (kalah penalti), kami order la softdrink buat umpan tokey kedai. takkan nak lepak kat kedai dia tak order apa2.
Hujung minggu nie cuba jugak meluangkan masa ke pasar kapit menghilangkan keboringan yang teramat sangat di rumah. sejak seminggu lepas, hujan selalu turun terutamanya waktu petang dan malam. hujan membataskan aktiviti luar rumah yang memaksa banyak aktiviti dalam rumah saja. tapi di dalam rumah, tiada sebarang hiburan lagi setakat ni. tiada tv, tiada radio.
jadi ke CC le menghilangkan kebosannya yang dah menimbun.
kawan2 ramai yang dah booking tiket nak balik semenanjung. cuti raya cina nak balik, cuti seminggu bulan 3 nak balik, cuti bulan 5 nanti pun dah ada yang dah booking tiket.. banyak betul duit depa...
setakat ini dulu coretannya...
1 ulasan:
congrats la dpt wat blog ni..tapi kena tambah accessories byk2 skit.lg happening!y penting, muka aku musti ada!!
Catat Ulasan