Mudah-mudahan, dengan adanya blog2 nie, sedara² dan kawan² yang jauh di mata, sentiasa dekat di hati...

Rabu, Februari 06, 2008

Flashback: Kapit Ke Batu Pahat

Kapit ke Sibu
Dua hari sudah, dalam pukul 9.30 pagi, Akim bergegas keluar dari sekolah balik ke rumah (setelah dapat kebenaran GPK HEM sebab GB berkursus, GPK 1 ambil CRK sempena CNY). Sampai je di rumah, terus kemaskan beg pakaian bersama sedikit ole² buat mak abah dan mertua. Bila dah siap, terus ajak kawan tolong hantar ke jeti. Boat express jam 10.30 pagi dah menunggu di jeti bila Akim sampai. Dengan agak kalut², sempat jugak beri pesanan buat kawan "hang tolong jaga motor aku elok2 ekk..tq".

Sibu ke Senai
Perjalanan ke Sibu dari Kapit sejauh 121km menyusuri Sg. Rajang mengambil masa kira² 3 jam. Bila sampai Sibu jam 1 lebih, Akim ambil "van sapu" ke airport Sibu dengan tambang rm5. Sampai jer airport, terus check-in. Sempat le menunggu hampir 2 jam sebelum berlepas ke Senai, Johor. Masa di airport, dicuba broadband gadget yang dibeli hari tu, laju betul!! Jam 1625, flight memulakan perjalanannya.

:: Pemandangan dari awan biru, antara laut dan darat.


Flight landing awal setengah jam dari jadual, maybe pilot merempit kot kat atas tadi :) mentang2 xde polis trafik kat awan biru, dia tekan minyak lebih hhehe. Bila dah terawal sampai, terpaksa ler menunggu lama skit sebab "supirnya" belum sampai sebab Akim maklumkan pada isteri, "flight abg insya sampai jam 1755". Isteri masih belum expert bawa Myvinya walaupun sudah 2 tahun dibeli. So, Akim banyak kali berpesan, "drive carefully tau". Kesannya, dekat sejam menunggu, baru kelihatan kereta.

Senai ke Batu Pahat
Dari airport, kami tukar pemandu. Biasanya ke BP dalam sejam suku je dari Senai, tapi disebabkan jalan jem dari highway Sedenak, kami turun jalan bawah, ikut Bukit Batu, ke Simpang Rengam, ke BP. Tapi nak keluar tol Sedenak pun dekat setengah jam beratur. Jalan jem confirm sebab keta banyak nak balik untuk cuti CNY. Kami singgah makan dulu di Tuah Bersama Seafood sebelum sampai di SMKTA kira² jam 9.00 malam.

2 ulasan:

Pak Ngah: berkata...

:: salam... besar jugak peranan "panggilan ibu pertiwi" ni...

:: selamat bercuti... dengan harapan sebelum 2009 muncul... bertambah le sorang lagi cucu sedara...

aQQim berkata...

salam dijawab

selamat bercuti buat pak ngah sekeluarga

tahun 2007 akim raya cina di kuching, 2008 terpaksa sahut "panggilan ibu pertiwi" :)

moga2 masin mulut pak ngah...