Rasanya coretan aku kali ni bercampur baur antara emosi dan rasional.. walaupun kita semua dah tau keputusannya, aku nak bagitau apa yang aku rasa (dari sudut pandangan orang bukan ekstrem sangat dalam politik)..
Bila keputusan PRU 12 mula keluaq tv mulai jam 7 lebih, aku mengadap tv tak berpaling. Mujuq sefamily tak gaduh nak kalih channel lain. Channel 811, Manchester United, team bolasepak England yang aku minat, ada live game pun aku tak tengok demi nak tau result pilihanraya. Masing2 bersemangat melihat result pilihanraya yang muncul pada line bawah tv.. perbincangan ahli2 panel dah tak diambil kisah sangat. Tapi lama kelamaan, rasa makin risau tengok result yang dok keluaq. Mencemaskan betoi.. dan tahap cemas aku makin meningkat, bila masa makin bertambah larut.
Dari ramai family aku yang menunggu, sorang2 ngundur masuk tidoq. Aku sorang bersengkang mata layan tv. Mula2 Pulau Pinang terlepas, kendian, Kedah pulak. Lepas tu kompom Kelantan kekal di tangan pihak asal sebelum ni. Selangor pulak mcm nak terlepas jugak. Hati aku makin runsing bila keputusan di perak bertambah runcing. Tiba2 ja, semangat anak melayu melonjak dlm diri dan aku mula memikirkan betapa akan kelam kabutnya negara dan negeri2 berkenaan dengan perubahan yang bakal berlaku akibat “pilihan rakyat”. Lepas jam 4 pagi aku masuk tido, lalu berbisik di telinga isteri “rasanya MB kita bukan lagi tajol rosli”, lalu lena dengan semacam bimbang dengan keputusan pilihanraya ke 12...
Mungkin ada pihak yang rasa tak kisah dengan apa yang berlaku. Dan semestinya ada ramai pihak yang rasa seronok dengan apa yang berlaku tapi pasti ramai yang sendu dengan apa yang berlaku. Dan aku rasanya termasuk dalam mereka yang terkedu.
Actually, sebelum2 nie, pilihan2 raya yang lalu, aku tak ambik kisah sangat sebab masih terumbang-ambing dengan belajaq dan kerjaya. Lagipun, keputusan2 yang dulu tak segempaq tahun nie. Keputusan tahun ni memang memaksa aku memikir semacam ahli2 panel dalam tv pulak rasanya... Buat andaian dan tafsiran sendiri...
Mungkin kami sekeluarga dah terpengaruh dgn ideologi abah dan mak. tapi secara peribadi, aku memilih kerajaan yang mampu membawa perubahan pada keluarga aku, lebih2 lagi pada mak dan abah. Mengenangkan masa2 kecik dulu, dan jika nak dibandingkan dengan sekarang, memang jauh bezanya kami sekeluarga. Abah kerja “kelaut” dan jadi tukang rumah sebelum masuk felda. Aku tak dapat bayangkan situasi kami sekeluarga lapan beranak kalau masih di Pantai Remis. Perubahan amat nyata sekali selepas hampir 20 tahun di felda. Apa yang dilalui, kalau direnungi boleh bawa syahdu. Tapi semua tu telah membentuk diri aku kini. Sebab tu aku amat berterima kasih pada kerajaan yang ada.
Dan selepas 50 mentadbir malaysia, kerajaan yang lalu, dengan segala rencam yang depa lalui, terhasil malaysia hari ini. Sepatutnya kita bersyukur dengan rezeki yang telah dilimpahiNya berkat keazaman pemimpin yang ada. Memang faktor ketelusan depa sering mengundang teka teki antara kita, tapi biarla Yang Maha Esa mengadili mereka kalau terlepas di dunia.
1 ulasan:
tu la...even kawan2 depa pun lari..bila dah tak jadi mentari..masa jadi menteri semua megaku kawan..double tripple impact
Catat Ulasan