23 mei 2008 - khamis, kapit
malam, sehari sebelum cuti semester 1 bermula, aku dgn kawan2 rakan guru di kapit 'mengeteh' di open air (nama panggilan tempat makan minum di kapit yang famous). biasala, orang bujang mesti lepak2 dulu, borak2 dulu sebelum balik ke kampung halaman nanti. dah bz di kampung, kawan2 mesti lupa punya. so, tengah borak2, sorang kawan dapat mesej bagitau, "wei, result tukar online dah boleh check". maka, masing2 yang ada mohon tukar, pakat2 bayar dan terus balik, nak semak keputusan pertukaran di e-G Tukar. dan alhamdullillah, rezeki aku, tulisnya " permohonan anda ke Johor telah diluluskan..."
jadi, malam tue, habis semua barang2 di packing. mana2 yang rasa kurang penting, jadi rezeki kawan2 yang tinggal. bila dimaklumkan pada isteri, bukan main suka sekali..
24 mei 2008 - jumaat, kapit-bp
di sekolah, kalau boleh aku takmau kecoh2 sangat pasal pertukaran aku, pasal belum ada surat rasmi lagi, tapi kawan2 yang dapat tau aku dapat tukar dah bising2. kebetulan pagi tu ada perhimpunan ringkas, aku dijemput bagi ucapan pulak. haru!! cian gak kat budak2 kelas aku, mcm tak sampai hati jer nak lepas aku.. siap nangis2 lagi.. syahdu pulak pagi tue..
dan petang tue, aku berangkat terbang pulang ke batu pahat..
25 mei 2008 - sabtu, bp-putrajaya-KLIA-nilai3-putrajaya
dalam jam 10 pagi, aku dan isteri bertolak ke putrajaya. hari ni, mak dengan pakteh sekeluarga akan berangkat menunaikan umrah. jadi kami, adik beradik berkumpul di rumah paklang di putrajaya sebelum menghantar mak ke KLIA. bila mak dan abah dimaklumkan tentang pertukaran aku, depa pun tumpang gembira.. selesai mak dan rombongan check in, kami pulang. tapi sebelum tue, lajak dulu ke nilai3, shopping dulu..
kata paklang kat aku "ceh, koman la hang, baru sat sangat dah balik sini kehkehkeh.." :)
26 mei 2008 - ahad, putrajaya-KL-nenering
semua family aku + family paklang, kami pergi makan kenduri di kg. medan, KL. rumah sepupu mak, makjang melah, anak perempuannya, maya, kawin. serba oren depa haritu.. lepas mengenyangkan perut masing2, kami bertolak ke nenering, paklang kembali ke putrajaya.
27 mei 2008 - isnin, nenering
aku telefon jpn johor, tanya tentang sekolah baru aku. diberitahu seorang pegawai jpnj, "cikgu di tempatkan di SJKC HWA MIN, Batu Pahat..."
dari anak2 iban, cabaran aku beralih kepada anak2 cina pulak... :)
5 ulasan:
betul sangat akan kata Pak Lang tu.. nasib baik Pak Lang tak tambah dengan "koman sepana".. hehe.. namun tahniah atas kejayaan dapat berpindah tu..
mendidik di mana saja dan mendidik sesiapa saja sepatutnya tidak diambil pot oleh mana-mana cikgu.. hehe..
:) tq along. actually x kisah sekolah mana, dan rasa lagi best dgn sek baru nanti. bukan semua orang ada pengalaman ngajar kaum lain..
Pernah juga kawan-kawan PakTam kata... bila la hang nak ngajar dapat "pahala" semasa mengajar di Kulai pada tahun 2005&2006... hahahhaha...apa maksudnya tu?
paktam, maknanya akim xleh lama la kat sjkc nie heheh..
salam..tahniah dapat pindah dan bersama org yg tersayang..ehehehe
Catat Ulasan