Mudah-mudahan, dengan adanya blog2 nie, sedara² dan kawan² yang jauh di mata, sentiasa dekat di hati...

Khamis, Julai 31, 2008

Double Lines

Apa lagi yang diharapkan oleh pasangan suami isteri selain mendapat cahaya mata penyambung zuriat setelah membina ikatan perkahwinan.

Saat-saat gembira itu sentiasa dinantikan. Detik-detik indah itu sangat2 diharapkan.

Semalam, setelah "apa yang patut datang, lewat datang", maka ujian yang sepatutnya dibuat, telah dibuat. Dan hasilnya, isteri aku bagitau.. "abang, double lines"..

Untuk pengesahan yang lebih meyakinkan, kami mengunjungi Klinik Min. Diberitahu doktor, insyaAllah, kemungkinan dalam Mac 2009 kami akan menerima "orang baru" dalam hidup kami.

Alhamdulillah.. syukur.
Moga apa yang sepatutnya terjadi, terjadi dengan lancar dan selamat.
Penantian itu satu rahmat dariNya..

18 ulasan:

Pak Ngah: berkata...

:: salam... tahniah awal...

:: nampaknya blog PAKNGAH kena tukar kepada TOKNGAH le ni... bertambah lagi cucu sedara... alhamdulillah...

aQQim berkata...

salam PAKNGAH. tima kacih TOKNGAH :)

PakTeh berkata...

salam. tahniah juga. dari "TokTeh" sekeluarga, hehe.

aQQim berkata...

salam. tima kacih tokteh :)

lupa nak ucap tima kasih atas titipan "ketayap" dan minyak ataq. sedap baunya.

azlanlin berkata...

Waaa...tambah le lagi yer.. alhamdulillah.. Jaga le bebaik!

Rozita bt. Paiman berkata...

Tahniah.... jaga idah bebaik coz org mengandung ni manja....

CRAZY BEAUTIFUL88 berkata...

salam, tahniah, tiada berita yang paling gembira selain menerima kehadiran anak di dalam idup kita. dan itulah hadiah yang x ternilai

aQQim berkata...

tq paktam & maktam.
skang ni pun dah mula banyak manjanya.
sedikit pembetulan, IDA not IDAH :)

aQQim berkata...

salam cantik88. tq atas ucapan. mmg tak dinafikan, kami berdua rasa bahgia sgt skang..

Sharifah Hassan berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Sharifah Hassan berkata...

Salam,

Syukur di atas anugerah kasih Ilahi buat pasangan yang mengharap...

Pastinya sudah bersedia menempuh dunia baru!

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah, saat yang dinanti telah tiba..

Nampaknya "Uncle" sowang nie akan lebih meriah dengan anak-anak buahnya..

aQQim berkata...

salam kak saripah.
mmg kami duk merancang dan menghitung hari skang..

tanpa nama, tq.
x sabar nak tunggu kemeriahan tu..

Qaseh Bidadari berkata...

al hamdulilah...dah rezki kan...

nampaknye mama awal sebulan lah delivered bb dr wife hakim...

hehehe...sama2 lah kite berdoa agar semuanya selamat...

aQQim berkata...

mama, tq.

emm, mama pun bertambah rezki gak yer, tahniah.

mudah2an semuanya selamat, amin.

Bangchik and Kakdah berkata...

Akim,

kalau depa ada bunyi-bunyi mengidam masak lemak asin-asin, goreng peria, goreng kailan ikan masin, pajri terong, atau cendawan goreng rangup, start kereta dan lajak terus ke Presint 14.

Nak mandi daun keduduk rebus pun boleh... haha.

aQQim berkata...

:) tima kasih byk2 paklang.. kalu dah dipelawa, tentu lajak punya heheh

arsaili berkata...

salam tahniah..semoga selamat semuanya