Alkisahnya, petang Rabu, balik dari sekolah, aku nak pegi beli goreng pisang. ntah camana silapnya, aku boleh tutup pintu keta dan jari ibu aku gatal menahannya. maka, meraung tanpa suara aku jawabnya.. terkinja2 sorang2 menahan sakit..
malam tu, aku mula la tak nyenyak tido menahan "nyut-nyut"..
paginya aku sempat lagi pegi kerja, bawa budak ke program integrasi ngan sekolah lain.
bila balik sekolah, ada meeting. tangan aku makin bertambah sakit. tensen tul aku rasa masa tue..
malamnya skali lagi aku tak lena tido menahan sakit.
Esoknya, aku call sekolah cakap nak MC. Bila ke Klinik Aliza, doktornya kata, "Apsal tak cucuk jer, buang darah. Darah tue yang buat sakit. Meh saya buang darah tue.."
Dalam sedar, dengan selamba doktor gerudi jari aku guna jarum, cucuk pada bahagian atas kuku aku. Aduuiiii... Doktor kata, kuku aku mungkin akan rosak jugak, tapi akan tumbuh baru.. kita tunggu dan lihat...
Last2, aku dapat 2 hari MC, ngabiskan sisa2 hari persekolahan..
Aku minta isteri aku dapatkan inai dari rakan sekolah, nak cuba cara tradisional.
Sehari selepas kejadian
Empat hari selepas kejadian
5 ulasan:
salam..laaa bro klu dh biru cam tu...mana tak sakit..isk3...berhati2 di jalan raya atau di tepi jalan raya..eheehe
teruk nampak. tapi tengok pas pakai inai da nampak surut.. moga cepat sembuh.
salam arsaili. di mana2 kita kena berhati2. pedih lagi la.. aaaa
dok berdenyut2 lagi la lie...
Catat Ulasan