Mudah-mudahan, dengan adanya blog2 nie, sedara² dan kawan² yang jauh di mata, sentiasa dekat di hati...

Rabu, November 08, 2006

Kisah Terbaru

Alhamdulillah.. sehingga ke hari ini, beberapa hal yang berlaku dalam diari kehidupan diri ini, berjaya di atasi dengan penuh tabah..

kisah diri
Mula2 berkenaan hal pencalonan anugerah kepimpinan GERKO peringkat IPTI. ada hint kata dapat, tapi bila tengok list pada MC takdak nama (classmate jd MC), kecewa le sikit pasal macam mengharap pun ada. bukan apa, nak buat buah tangan ke sekolah nanti.. redha je. so, tak pegi la rehearsal majlis. tapi last minute, member bising kata nama ni dipanggil banyak kali.. terkejut gak.. pegi buat semakan semula, rupa-rupanya ada list lain. Sekali dapat dua, hambik kau!! (PBSM - kepimpinan, Sepaktakraw - sahsiah : walhal main tak terer manapun). apapun, syukur kepadaNYA.

kisah lie
Yang ralatnya, abis jer majlis anugerah, dapat mesej dari shukri. dia buat hal! maka dengan sokongan paktam, pegi ler ke melaka untuk bereskan yang kusut. alhamdulillah, kekusutan dapat dirungkaikan. terima kasih yang teramat sangat buat paktam yang banyak membantu meredakan kekalutan yang ada. memang menguji tahap rasional. maka bertambahlah satu lagi pengalaman baru dalam hidup.. Maha Suci Allah. terima kasih jugak buat aman dan kak yang sanggup berkorban, buat pakteh dan ipar paktam di melaka yang sedikit sebanyak memberi bantuan. moga Allah jua membalasnya. Setakat ni mak n abah belum tau hal ni, maka harap berita nie biar akim yang terangkan semuanya pada mereka nanti..

kisah aman
Malam ke melaka, mak call maklumkan perkembangan aman. abah dah ke perlis. Kira merisik ler kot. semua ok cuma pihak sana nak buat majlis perkahwinanan dengan kadar segera. maybe dalam bulan 12 nanti. Macam suntuk sangat tempohnya. so, ada pesan kat aman, kalu boleh mintak delay sikit, boleh buat majlis sekali dengan abangnya nanti. Kesian gak kat dia, mak kat nak buat kecik2 jer sambut menantu nanti. tunggu masa abangnya nanti baru nak buat grand skit!

kisah lain
lepas balik ke melaka, sempat gak ke rumah along s'wak di sri lalang. dia buat sedikit jamuan raya di rumah sewanya. maka rakan taulan dan saudara terdekat dijemput. paktam sekeluarga, pomen 2 orang, rakan2 guru along s'wak hadir memeriahkan majlis berkenaan.

kisah exam
lepas balik dari kluang, terus ngadap buku jer. terasa perit gak nak hadapi semua ni tapi alhamdulillah, dengan kecekalan diri dan dorongan dari 'si dia' , terpaksa ler berkorban masa tidoq untuk cover topik2 yang belum dikuasai. akhirnya, 2 hari sudah, semalam dan hari ni, dapat jugak diri menjalani peperiksaan dengan jayanya. insyaallah, usaha terbaik dah diberikan..

sekian, adios...