Mudah-mudahan, dengan adanya blog2 nie, sedara² dan kawan² yang jauh di mata, sentiasa dekat di hati...

Rabu, Januari 20, 2010

::Tahun 2010::

Agak lama aku menyepi... Bukan busy, bukan malas, bukan takdak aktiviti atau cerita, cuma ilham belum sampai :), dan rasanya banyak masa di Facebook hehe..

2010 dah melangkah masuk, hari ini dah hari ke-20. Pada aku, umur makin meningkat, makin banyak tanggung jawab.

Di rumah;

Yang best sekali tengok anak aku membesar..

Ain dah boleh berjalan walaupun umurnya baru masuk 10 bulan. Ramai yang terkejut dan kagum bila tengok ain berjalan, bukan lagi bertatih. Tapi giginya belum tumbuh.

Hobinya sekarang, MENGEMAS RUMAH!! mamanya dah letih susun, dia punggah balik, last2 biarkan jer. Satu lagi mengutip segala benda halus yang dijumpai pada lantai. Letih nak awasinya..

Banyak aktiviti aku, kena tunggu lepas dia tidur, baru tak terganggu. Tapi hal ni aku tak kisah sangat..Yang lebih aku kisah ialah aku kena lebih bersedia dari segala segi untuk persediaan adik ain tak lama lagi.. :)

Di sekolah;

Tahun nie, aku kurang dibebani tanggung jawab. Jumlah waktu mengajar pun, kalu bagitau, mesti ramai yang jelous. Sebaliknya, banyak hal2 admin yang aku bantu.

So, aku cuba lakukan perkara2 yang tak mendatangkan jemu dan mengantuk... check laptop, latih olahraga, nampal2 papan kenyataan..


Di rumah baru;

Rasanya, sebab aku terbagi tau GB, aku bercadang nak mohon tukar balik kampung tahun depan, sebab rumah dah nak siap, aku kurang diberi tanggung jawab.

Rumah ni didaftarkan atas nama isteri, lokasinya sekitar ipoh. Kemungkinan besar bulan Mac dapat kunci.

Yang ni memang memerlukan "poket besar" untuk masuk. Aku cadang nak guna EPF aku untuk melawakan sikit teratak baru kami ni.. Insyaallah..

Sabtu, Mei 16, 2009

::SELAMAT HARI GURU::

(klik untuk ke laman web khusus untuk hari guru dari KPM)

Guru CEMERLANG
Masa sekolah banyak merancang

Guru GEMILANG
Semua kursus dia datang

Guru TERBILANG
Semua benda dia buat sorang

Guru TEMBERANG
Dalam kelas banyak sembang

Guru PERASAN
Dalam kelas syok sorang2

Guru CURANG
Masa kelas dia hilang hehe

SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU
Terima kasih cikgu..

"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"

Selasa, Mac 24, 2009

Namanya Ain Natasya

Ain ketika berumur 11 hari

Namaku Ain Natasya. Kata mama, ayah yang beria-ria nak memberikan nama ni. Maksudnya lebih kurang "Kelahiran Permata", kata ayah. Aku suka akan namaku ini. Aku tahu, kelahiranku membawa kebahagiaan buat ayah dan mama. Ain sayang ayah dan mama!

Aku lahir pada 11 mac 2009 di Hospital BP pada jam 5.03 petang. Beratku semasa kelahiran 2.7kg. Kesian mama, sorang2 saja di dewan bersalin. Ayah tak sempat menemani mama sebab kebetulan pada masa aku lahir, ayah pulang sekejab ke rumah. Tapi aku sempat mendengar suara ayah mengazan dan iqamah di telinga, sejurus kelahiranku.

Mama ditahan di dewan bersalin hampir 5 jam selepas kelahiranku sebab tekanan darah yang tak stabil. Hampir jam 10, baru mama boleh ke wad. Aku dan mama tidur di hospital semalam saja. Esoknya, ayah datang mengambil kami pulang ke rumah.

Selang 4 hari, ayah dan mama gusar sebab aku disahkan ada jaundis atau demam kuning, namun tidaklah begitu kritikal. Tapi ke hulu ke hilir juga mereka bawa aku ke hospital dan klinik. Ayah jugak bersusah payah mencari susu kambing dan apa2 yang patut untuk redakan sakit aku.

Disebabkan sakit ini, aku selalu tidur siang, malam berjaga. Ayah dan mama terpaksa bersengkang mata menjaga aku.

Walaupun kini semakin berkurangan, aku masih perlu dirujuk ke hospital. Sakit betul bila doktor ambil darah aku untuk ujian. Aku tak tahu sampai bila darah aku nak di ambil!

Hingga hari ini, aku ada di Ipoh. Mama akan berpantang di sini. Ayah terpaksa pulang semula ke BP. Kesian ayah, sorang2 di rumah. Dan mama, opah dan atuk pulak yang akan menjaga aku.

Ayah, harap cepat balik. Ain tak sabar nak jumpa ayah, Ain rindu...

Jumaat, Mac 13, 2009

Kelahiran Permata Hati

Alhamdullillah, syukur kepada Yang Maha Kuasa.
Debaran, resah, gelisah, gundah gulana terlerai.
Kelahiran permata hatiku selamat ke dunia ini pada 11 mac 2009, 5.03 pm, Hospital Batu Pahat. Dan mamanya juga ok..


di rumah - lena kekenyangan
di hospital - celik mungkin mengamati dunia barunya

Rabu, Mac 04, 2009

Memori di Langkawi - 2

sambungan dari Memori di Langkawi 1

Enjoy..


Ronda Pantai Cenang malam hari


Semua anggota rombongan


"Kita masuk semua tempat, bukan selalu mai"








Hari2 mandi laut, sebab belakang chalet dah jumpa laut


Sebelum masuk Underwater World


Kota Mahsuri


Datang ringan jer, balik penuh tangan...