Mudah-mudahan, dengan adanya blog2 nie, sedara² dan kawan² yang jauh di mata, sentiasa dekat di hati...

Jumaat, Ogos 31, 2007

MERDEKA DI KAPIT..

dari kuching ke sibu, menaiki feri melalui sg sarawak ke laut china selatan dan ke sg rajang.

hampir 5 bulan xde berita dipaparkan dalam blog nie..
memang dah tau masa mula2 bina blog nie, semangat berapi2 datang hanya pada awalnya ajer..
dah lama2, dengan hal2 yang ada menambah rasa malas nak menulis dalam nie..

apapun, SELAMAT HARI MERDEKA yang ke50 buat semua.
rasanya yang paling best sambut merdeka orang yang lahir pada tahun 1957 sebab tentu orang2 nie sama umurnya dengan umur negara nie. terutamanya paklang :)
di kapit, takde yang spesel pun sambutannya malam tadi. semua orang mungkin lena berselimut sebab malam td hujan saje. cuma pada masa sambutan kempen kibar jalur gemilang, ada majlis besar dibuat. penyanyi2 pun ada dijemput khas ke kapit nie..

cuti merdeka hari ni hanya memerap sajer d umah. makan pun masak jer di umah. dingin ujan semalam terbawa2 sampai pagi :) skang nie ada di umah kawan. kat umah dia ada internet wireless, so mai nak test dengan laptop yang baru dibeli ahad lepas di plaza lowyat.

sesekali terpikir macam2 benda nak kena ready bila dah masuk alam berumah tangga. sebelum kawin pun macam2 benda nak diuruskan. cuti sekolah lepas, balik dengan harapan dapat settlekan apa2 yang patut berkenaan perkahwinan nanti, tapi ada jugak yang tak selesai. maka abah n kak diminta menolong.

sementara teringat, buat pak2 sedara sekeluarga.., teman2, rakan taulan yang membaca selingan ni, dengan amat berbesar hati menjemput semua ke majlis kesyukuran nanti pada 24 nov (pihak pompuan) dan 1 dis (pihak lelaki).

balik tempohari, ada perubahan pada rumah abah n mak. makin berseri nampaknya. alhamdulillah, rezki anak2 dapat di panjangkan pada mak abah..

okla, bateri dah weak, x bawa plak charger. jumpa lagi d lain ketika...
wlsm