Ramadhan datang lagi..
Masuk ni dah hari ketiga.. dua kali dah miss sahur, mujur makan sebelum tido. kalu tidak sure lembik la nak menahan seharian.. tapi alhamdulillah, start jer puasa di kapit ni, cuaca redup dan sentiasa dilimpahi hujan rahmat..
Di kapit, Untuk lebih terasa keadilan, rakan2 serumah bersetuju dengan cadangan beli jer lauk untuk berbuka. Masak untuk sahur jer, tu pun kalu terbangun. Dengan peel masing2 yang pelbagai, idea nie jalan keluar terbaik.
Kat kapit pun ada bazaar ramadhan. tapi tak le semeriah tempat2 lain rasanya. Rezeki peniaga Muslim di Kapit nampaknya bertambah dengan kehadiran cikgu2 dari semenanjung. Bila bilangan muslim bertambah, maka makin banyak hasil jualan mereka sempena bulan ramadhan ni. "Bersama berkongsi Kemakmuran"
Plan raya:
macam tak balik, ingat nak rasa pengalaman orang sarawak beraya.. so, kalu diizinkanNya, nak ke Kuching nanti join keluarga PakNgah beraya :)
Jumpa lagi..