Mudah-mudahan, dengan adanya blog2 nie, sedara² dan kawan² yang jauh di mata, sentiasa dekat di hati...

Jumaat, Jun 13, 2008

Masuk Rumah Baru

6 jun 2008, jumaat,

setelah penat memusing2 mencari rumah sewa, bertanya2 pada pak guard dan kerani sekolah, alhamdulillah, dapat jugak sebuah rumah sewa yang dicari2. sebuah low cost terrace 3 bilik. lokasinya agak dekat dengan sekolah isteri, jadi mudahlah aku untuk buat kerja2 "supir" nanti.
rumah ni milik seorang pegawai pejabat agama. keadaannya sangat memuaskan hati sebab rumah ni baru diubahsuai. tuan rumah sebenarnya bercadang nak tinggal di sini, tapi kena tukar tempat kerja dari batu pahat ke muar. mungkin rezki kami. dan dengan kadar sewa yang berpatutan, aku setuju untuk menyewa rumah nie..
disebabkan rumah sewa ini kosong tanpa sebarang perabot, dan kami berdua belum memiliki sebarang kelangkapan rumah, maka banyak jugak modal untuk masuk rumah baru nie.. mcm diberitahu oleh mak abah kedua2 belah pihak, kami pun mencari la keperluan2 utama untuk rumah baru kami... dapur, katil, tv, peti ais, dan meja makan. kelengkapan2 pinggan mangkuk cawan tak perlu beli lagi, datang dari hadiah kawin tempohari.

maka, bila sudah tinggal berdua di rumah baru ni, insyaallah, bermulalah episod baru dalam hidup aku! moga apa yang berlaku, apa yang bakal dilalui, akan kami tempohi bersama...

buat saudara mara, rakan taulan, semua dijemput hadir kalau ada kelapangan ke teratak kami :), but, informed first!
p/s: atas tue, gambar hiasan jer. sori, takde gambar nak attach, kamera adik pinjam untuk konvo..




9 ulasan:

azlanlin berkata...

Kat atas tu gambar hiasan ke gambar impian...?

warna-warni kehidupan...

aQQim berkata...

bestnya kalu rumah impian bole jadi macam tue :)

azlanlin berkata...

Lagi menarik dengan gambar rumah yg sebenarnya di paparkan supaya dapat petanda untuk nak berkunjung nanti... sia-sia kalu ada kamera pada hphone mahal-mahal...tapi sayang nak guna... heheh

Tanpa Nama berkata...

alhamdulillah.. skrang cikgu dh tinggal srumah dgn isteri.. tk prlu ulang-alik lg dr kapit.. moga2dpt membina masa dpn kluarga bahgia.. smoga Allah melimpahkn mawaddah pd kalian brdua.. Insyaallah

aQQim berkata...

paktam :: ala mai je ke BP, lepas maktab dan smk teknik, masuk 3 x kiri, sampai. nanti calling2 la nak mai..:)

tanpa nama :: terima kasih atas kata2 anda.. insyaallah. mg hidup anda juga diberkatiNya

PakTeh berkata...

salam akim. terima kasih bagi ruang pada MakTeh & keluarga abangnya menumpang tidur tempohari, urusan daftar anaknya ke IPTHO. budi baik dikenang jua.

aQQim berkata...

slm pakteh. sudi2kan datang lagi ke rumah kami..

PakTeh berkata...

insya allah, moga2 disampaikan Tuhan juga.

Bangchik and Kakdah berkata...

PakLang kalau nak singgah tak mau bagitau awai-awai...... Nak buat surprise!!... haha.