alhamdulillah, seperti dirancangkan, isnin -18 dis 2006, adikku yang pertama, azizul rahman b ismail, telah menamatkan zaman bujangnya dengan gadis pilihan hatinya,
jalilah bt che mansor (orang perlis)
Sebelum Pergi
Mak, seawal pagi dah bising mengejutkan ahli rumah yang masih tidur. Masing2 dah dikerah bangun awal. mak dengan lang (kak kepada abah) katanya bangun pukul 5! yang lain2 dalam 6 setengah dah terpaksa bangun dari tempat tidur.
jalilah bt che mansor (orang perlis)
Sebelum Pergi
Mak, seawal pagi dah bising mengejutkan ahli rumah yang masih tidur. Masing2 dah dikerah bangun awal. mak dengan lang (kak kepada abah) katanya bangun pukul 5! yang lain2 dalam 6 setengah dah terpaksa bangun dari tempat tidur.
Lepas tu masing2 siap2 ler.. ada yang ke dapur, kemas rumah dan buat yang sepatutnya.
Tetamu dan rombongan yang nak ke perlis dijamu dengan nasi lemak sambal ikan bilis + ayam.
Janji nak bertolak pukul 8 pagi, tapi biasala... nu ni nu ni, pukul 8.30 jugak baru nak jalan.
Rintangan 1
Baru jer nak mula jalan keta, satu van tak mau hidup plak.. chek2, minyak takde (van sewa biasala, minyak cukup makan jer owner bagi). maka lie n iwan terpaksala dikerah pergi beli minyak.. selesai satu bab. Pukul 9 jugak jalannya..
Rintangan 2
Lepas jer setengah jam jalan, sampai la kat kg. padang tamat (kg. di perak utara yang bersempadan dengan negeri kedah). kat sana, en. nawi n keluarga (bekas pengurus felda) tengah tunggu nak pergi sana. kira semua konvoi 2 van 3 kereta..
Elok jer nak jalan semula, van lagi satu buat hal pulak. tayar takde angin, pancit habis! setengah jam jugak nak settle hal tu. maka hampir jam 10 baru sambung jalan..
Rintangan 3
alhamdulillah, untuk seterusnya selamat le perjalanan. sempat berhenti di hentian gurun untuk rehat kejab. kira2 dalam setengah jam lagi nak sampai, van yang pancit tayar tadi buat hal lagi. tayar van pecah terus! mujur jadi kat kawasan pekan (changlun). dapat la diselesaikan dengan mudah. dalam jam 1.20, selesai la..
Rintangan 4
sekali lagi van yang sama buat hal. ntah macam mana, driver boleh "ralit", terlepas fly-over nak belok ke perlis. maka terlajak la menghala ke bukit kayu hitam.. yang lain kena la tunggu lagi.. masing2 dok mengeluh ngan pelbagai andaian dan cerita2 tersendiri.. dalam jam 1.40, bergerak le semula kami menghala ke destinasi..
felda chuping
kebanyakkan yang ikut serta baru pertama kali jejak kaki ke sana. masing2 kagum dengan keadaan di sana. kami berhenti di masjid untuk bakal pengantin salin baju, untuk kami solat dan untuk persiapan barang2 hantaran..
di rumah pihak perempuan
sambutan penuh mesra diterima apabila kami tiba. kami sampai dalam jam 2.30 ptg. janji asal nak buat majlis akad nikah dalam 11 lebih. halangan2 yang ada membuatkan pihak kami memohon berbanyak2 maaf atas kelewatan..
rintangan buat pengantin lelaki.. hehe
mungkin atas sebab2 dok tersangkut banyak kali semasa dalam perjalanan ke rumah pihak perempuan, maka lafaz akadnya jugak tersangkut2.. tapi dia tetap tenang dan berjaya jugak melafazkannya bila tiba kali keempat..hehe
jamuan makan
selesai jer majlis batal air sembahyang, kami semua dijamu dengan menu yang cukup menyelerakan. mungkin sebab lapaq sama kot, boleh kata licin jugak la juadah yang dihidangkan, dimakan. ada ikan keli goreng, asam pedas keladi, gulai ikan, ayam masak merah, kerabu timun, sambal belacan, agar2, air sirap dan menu spesial- laksa perlis!
kembali ke rumah
setelah semuanya selesai, dalam jam 4.15 kami semua meninggalkan bumi perlis. tapi masing2 menghala balik dengan misi berbeza. ada yang ke alor star dulu, ada pergi jitra, ada masuk kepala batas dulu dan ada yang balik terus.. tapi, alhamdulillah, semua selamat sampai semula ke rumah masing2..
selesaila satu bab...sekian
p/s: cadang nak pemasuk gambaq, tapi dengan kelajuan 28.1kb seminit apa yang boleh buat.. semput!! insyaallah, nanti akan diusahakan jugak pemasuk gambar untuk tontonan semua..
1 ulasan:
:: Alhamdulillah..Aman dah memiliki jumlah bapa, mak dan adik beradik yang semakin bertambah.. sebelah isteri dan diri sendiri. Akan berubahlah corak hidup, cara bertindak dan gaya berfikirnya supaya selari dengan tahap dan gelaran "suami" yang dijawatnya kini. Tahniah drp kami sekeluarga.
:: Gelaran "suami", "menantu" dll yang diterima selepas akad nikah itu, wajar dijaga sebaik mungkin.
:: Bagaimana dengan kisah kakak dan abangnya pula? Mungkin dalam waktu terdekat, kami akan mendapat berita baik drp orang Nenering..
Catat Ulasan