Mudah-mudahan, dengan adanya blog2 nie, sedara² dan kawan² yang jauh di mata, sentiasa dekat di hati...

Ahad, Januari 28, 2007

24 Hari di Kapit

Nama brita? (jakuk Iban) = Apa kabar?
Sedar tak sedar dah lebih 3 minggu di kapit ni.

rutin hari sekolah:
sekolah mula seawal 0710 pagi. biasanya pukul 6 baru bangun. bersiap2 dan sekadar meneguk segelas kopi atau teh, naik van ke sekolah. van yang di sewa sebulan rm40 tu, sesak ngan murid2 sk. sg kapit jugak. hampir 16 orang satu van!! tamat waktu sekolah jam 1300 ptg. tapi bagi thp 1, pukul 1200 dah boleh pulai (pulang).

biasanya terus ke pasar cari kedai makan muslim. tak larat ler nak memasak tengahari lepas balik sekolah. selepas tu baru pulang ke rumah dgn kereta sewa. bayarannya rm1 sahaja ke rumah. sampai di rumah terus kalut solat dan terus zzz..

petang biasanya akan pusing2 dan buat aktiviti riadah dgn kwn2. kebetulan tempat ringgal kami dekat dengan stadium, boleh le mencuba permainan2 di situ.

lepas magrib baru ke dapur. biasanya dirinya ler jadi ketua chefnya. yang lain belum yakin nak tunjukkan kehandalan memasak. kadang2 bosan gak kita sorang jer yang masak, tapi pelan2 diajar kawan2 serumah memasak semoga lepas nie boleh le gilir2 memasak.

lepas makan malam, baru ngadap kerja2 sekolah. sementara menunggu mata nak lelap, punya la bosan nak menghabiskan suatu malam yang panjang di kapit.kebosanan biasanya dilayan bersama rakan2 yang lain. sekadar berbual2 tentang masalah pengajaran ke atas anak2 orang iban. pengalaman mengajar anak iban memang mencabar. ditegur, dibalasnya bahasa iban, terdiam le cikgu semenanjung ni :)

hujung minggu:
pada malamnya, kami ramai2 turun ke kedai makan cina kat bawah. bukan nak pegi makan, tapi pegi tengok tv. ada tayang lawan bola malaysia vs singapura (kalah penalti), kami order la softdrink buat umpan tokey kedai. takkan nak lepak kat kedai dia tak order apa2.

Hujung minggu nie cuba jugak meluangkan masa ke pasar kapit menghilangkan keboringan yang teramat sangat di rumah. sejak seminggu lepas, hujan selalu turun terutamanya waktu petang dan malam. hujan membataskan aktiviti luar rumah yang memaksa banyak aktiviti dalam rumah saja. tapi di dalam rumah, tiada sebarang hiburan lagi setakat ni. tiada tv, tiada radio.

jadi ke CC le menghilangkan kebosannya yang dah menimbun.

kawan2 ramai yang dah booking tiket nak balik semenanjung. cuti raya cina nak balik, cuti seminggu bulan 3 nak balik, cuti bulan 5 nanti pun dah ada yang dah booking tiket.. banyak betul duit depa...

setakat ini dulu coretannya...

Sabtu, Januari 20, 2007

"Pasar" Kapit

Selamat menikmati keindahan "Pasar" Kapit...

welcome to kapit

pemandangan dari rumah sewa



sedikit wajah pasar kapit


satu-satunya stesen minyak di kapit.
tapi ada satu lagi dalam pembinaan (sebelah kirinya)



stesen minyak "express"



pemandangan dermaga kapit



pasar teresang, pasar basah kapit



kapit town square

Selasa, Januari 09, 2007

Memori Dari Seremban Ke Kapit

sedikit koleksi buat titipan bersama
seawal 4 pagi di lobby royal adelphi, seremban

di ruang menunggu A9, klia


"belon" yang dinaiki dari klia-kuching-sibu



indahnya bumi Tuhan!! Sg. Rajang!


antara langit dan awan!!


hehe.. sempat lagi tue..


menunggu bas di lapangan terbang sibu


di hadapan rumah sewa

Dunia Baru

Perjalanan Baru
Seperti yang sedia maklum, diri ini telah diminta untuk bertugas di kawasan jauh di pendalaman Sarawak iaitu di Kapit! Mula2, selepas membuat semakan nama di website MOE, terkejut jugak sebab ditempatkan di Sarawak.. Bila maklumkan pada mak, mak berubah wajah. Pesan mak, jangan tak balik sudah.. (mungkin terkenangkan kisah adiknya yang kini bertugas di Sarawak)

Di Nenering ke Semenyih
Maka sibuklah mengemas barang2 dan beg pakaian yang mana bersesuain untuk dibawa ke sarawak nanti. Kemas punya kemas, 2 beg yang ada macam tak cukup. terpaksala tukar beg dengan aman. Cadangnya sebelum ke seremban nak ke kluang dulu ambil barang2 yang ditinggalkan di rumah paktam tempohari. Bila pergi beli tiket nak ke KL, dah sold-out (kes raya haji). So terpaksala beli tiket awal, dan terpaksalah beraya di Semenyih, di rumah sepupu (Muzammil - anak sedara abah). Tak silap ke rumah dia 29 Dis 2006.

Raya Haji
walaupun selalu jugak tak balik raya haji, tapi kali nie, rasa lain sikit, sebab lepas raya terus ke sarawak tanpa pulang semula ke nenering. Yang lawaknya, bangun pagi, tgk la rakaman sembahyang raya dari masjid negara. So, lambat2 la sikit geraknya ke masjid sebab tgk kat tv masih belum mula sembahyang. tapi bila sampai di masjid semenyih, orang dah selesai solat raya, maka buat solat raya single ler :)

Semenyih Ke Kluang
Raya Haji kedua pergi ke kluang ambil barang dengan sepupu. ingat nak balik terus petang tue, tapi ada urusan tak selesai dan perlu diselesaikan esoknya. (hal nak pos motor ke nenering). Maka bermalam la di rumah paktam. Terima kasih buat maktam, paktam sekeluarga atas pertolongan2 selama ini. Esoknya baru pulang semula ke semenyih.

Sebelum Berlepas
Kami, guru2 yang bakal bertugas diminta melaporkan diri di Hotel Royal Adelphi, Seremban pada 3 Jan 2006. Maka sepupu sudi untuk hantarkan ke hotel tersebut habis saja sesi persekolahannya. Dari semenyih ke seremban 1/2 jam jer.
Malam tu, merasa la tido di hotel yang dikatakan bertaraf lima bintang. tapi malam tue, tidur kurang nyenyak sebab memikirkan kat mana la tempat posting, kawan2 ramai yang dah tau..
seawal jam 4 pagi, sebahagian dari kami berkumpul di lobby hotel untuk ke klia untuk penerbangan jam 8 pagi.


dari Klia ke Kuching dan ke Sibu
rasa bertuah sebab dari kalangan kawan2 yang pertama kali "naik belon", diorang ambil flight terus ke sibu. tapi diri ini dan 5 rakan yang lain merasa 2 kali terbang sebab dari klia turun ke kuching dulu, transit, ambil flight semula ke sibu. merasa le gegaran 2 kali naik kapal terbang dan 2 kali turun kapal terbang. di kuching, kami sepatutnya dapatkan cop di imigresen, tapi sebab tak ada orang guide, kami terus saja ke sibu. tiba di sibu, kami ditegur oleh imigresen sibu sebab pasport tiada cop! bincang2 diaorang tolong copkan..

Sibu ke Kapit
di sibu, tidur semalam di primier hotel. katanya 3 bintang 1/2. Malam tu, rombongan guru2 baru mendapat sambutan dan taklimat dari ketua pengarah jpn sarawak. malam tu jugak dimaklumkan sekolah yang bakal ditempatkan. masing2 resah dan gelisah membuka surat penempatan. terjelmalah nama2 sekolah yang pelik2 kedengarannya pada halwa telinga kita. dan esoknya, merasa la kami semua menaiki bot laju, yang digelar "ekspress" oleh orang2 sini. 3 jam perjalanan menyusuri sungai rajang memang memenatkan. hanya pokok2 dan rumah panjang menemani perjalanan sepanjang sungai.. dan bila tiba di jeti kapit, dengan semangat kerjasama, kami memunggah beg2 dari bot ke jeti yang tinggi "menyayup", kata pakngah!
penat betoi!

Hotel Meligai ke SK Sg. Kapit.
sekali lagi menginap di hotel. kali ni, di khabarkan hanya hotel bertaraf 2 bintang. okla. tidak disangka, jauh dari bandar2 besar, dengan hanya pengangkutan air, kapit semacam boleh lawan pekan pantai! macam2 ada!! di sini, guru2 besar setiap sekolah dari menerima kehadiran kami ke sekolah. Esoknya, kami dibawa oleh guru besar masing2 ke sekolah yang berkenaan. terima kasih buat pakngah yang banyak membantu dengan maklumat2 yang diberikan. Sekolah nie, walaupun pinggir bandar, namun masih serba kekurangan. setakat ni muridnya dalam 400 lebih. hanya 7 orang islam, selebihnya iban. lepas ni kena belajar bahasa iban la..

Setakat ini
so far, alhamdulillah, di sekolah dan di rumah sewa ada line telefon. jarak dari rumah sewa ke bandar agak dekat jugak, dalam 2 km jer. manakala ke sekolah dalam 4 km. pengangkutan utama di sini van (disini digelar kereta sewa). banyak jugak ler membeli belah barang rumah dan barang dapur sebab rumah sewa "zero perabot". makanan kat sini pulak macam susah jer nak dapat yang halal. so, kena la masak. kat rumah duduk 4 orang, dengan sewa bulan rm630. katanya, kadar rumah sewa disini agak mahal. dan kadar yang kami dapt kira murah jugak la.

Harapan
Diharapkan insan2 di luar sana mendoakan kesejahteraan dan keselamatan diri ini untuk meneruskan penghidupan di sini.Semoga pengalaman di Pekan Kapit nie menjadi bekalan untuk masa2 akan datang.

Jumpa lagi, Adios...