Ramadhan datang lagi..
Masuk ni dah hari ketiga.. dua kali dah miss sahur, mujur makan sebelum tido. kalu tidak sure lembik la nak menahan seharian.. tapi alhamdulillah, start jer puasa di kapit ni, cuaca redup dan sentiasa dilimpahi hujan rahmat..
Di kapit, Untuk lebih terasa keadilan, rakan2 serumah bersetuju dengan cadangan beli jer lauk untuk berbuka. Masak untuk sahur jer, tu pun kalu terbangun. Dengan peel masing2 yang pelbagai, idea nie jalan keluar terbaik.
Kat kapit pun ada bazaar ramadhan. tapi tak le semeriah tempat2 lain rasanya. Rezeki peniaga Muslim di Kapit nampaknya bertambah dengan kehadiran cikgu2 dari semenanjung. Bila bilangan muslim bertambah, maka makin banyak hasil jualan mereka sempena bulan ramadhan ni. "Bersama berkongsi Kemakmuran"
Plan raya:
macam tak balik, ingat nak rasa pengalaman orang sarawak beraya.. so, kalu diizinkanNya, nak ke Kuching nanti join keluarga PakNgah beraya :)
Jumpa lagi..
3 ulasan:
PakNgah tak jadi raya. Raya ditunda..wakakakka... nampak gayanya, kena beraya di Kapit gamaknya!
kalu x leh di kuching, nak ngala ke kk la pulak. kalu xleh gak, di kapit je la..apuuuu
Mai la beraya di KK. Laksa Mi yang Pakndak beli kat PakLang ada lagi dua bungkus. Kalau nak pelepas gian la..
MakLang rasanya akan buat dua sup... satu sup ikan...satu lagi sup udang. Boleh ambik yang kita suka, yang tak suka tolak tepi..
PakLang tak tau macamana Akim nak atur perjalanan, tapi insyaAllah sebaik jejak kaki di Sabah, Akim tidak akan patah kaki.
Welcome.
Catat Ulasan