Mudah-mudahan, dengan adanya blog2 nie, sedara² dan kawan² yang jauh di mata, sentiasa dekat di hati...

Selasa, November 27, 2007

HARI BAHAGIA KU...

Segala puji bagi Allah atas segala kurniaanNya buat hambaNya ini..


Allhamdullillah, akhirnya apa yang dirancang, berjalan seadanya..
Tarikh keramat 24 November tempohari menyaksikan berlangsungnya ijab dan qabul untuk menyatukan 2 insan adam dan hawa

"AZIZUL HAKIM BIN ISMAIL DAN SUHAIDA BT AZIS".


Ke hadrat Ilahi dipanjangkan kesyukuran, didoakan moga mahligai yang dibina berkekalan abadi.. amin


Untuk gambar2 lain dan keterangan kenduri, boleh rujuk link berikut :-





p/s: tq pakteh atas usaha sumbangan cerita dan gambar :)

Ahad, November 11, 2007

Menghitung Hari..

Lagi seminggu, Kapit akan ditinggalkan untuk sementara waktu. Di sekolah, kesibukan sang cikgu semakin memuncak, terutama tanggungjawab sebagai guru kelas. Amanah sebagai guru spbt turut menguji ketahanan diri. Tapi xpe, semua tu rasanya jadi sedikit bekalan untuk hari2 muka.


Namun, sibuk di sekolah boleh dilupakan bila di rumah. Memikirkan 'hari besar' di antara 'hari2 besar' dalam hidup yang akan dilalui tak lama lagi, kira-kira 2 minggu lagi, lebih bermanfaat rasanya :) Macam2 perasaan selalu datang. Seronok, gembira, suka, x sabar, dan gementar pun ada. Tapi setakat nie, yang best2 sajalah selalu hadir :)


Perancangan dan persediaan menghadapi 'hari besar' tu nanti, alhamdulillah, berjalan lancar. Moga2, hari tu nanti juga berjalan lancar... Amin.