Mudah-mudahan, dengan adanya blog2 nie, sedara² dan kawan² yang jauh di mata, sentiasa dekat di hati...

Ahad, November 11, 2007

Menghitung Hari..

Lagi seminggu, Kapit akan ditinggalkan untuk sementara waktu. Di sekolah, kesibukan sang cikgu semakin memuncak, terutama tanggungjawab sebagai guru kelas. Amanah sebagai guru spbt turut menguji ketahanan diri. Tapi xpe, semua tu rasanya jadi sedikit bekalan untuk hari2 muka.


Namun, sibuk di sekolah boleh dilupakan bila di rumah. Memikirkan 'hari besar' di antara 'hari2 besar' dalam hidup yang akan dilalui tak lama lagi, kira-kira 2 minggu lagi, lebih bermanfaat rasanya :) Macam2 perasaan selalu datang. Seronok, gembira, suka, x sabar, dan gementar pun ada. Tapi setakat nie, yang best2 sajalah selalu hadir :)


Perancangan dan persediaan menghadapi 'hari besar' tu nanti, alhamdulillah, berjalan lancar. Moga2, hari tu nanti juga berjalan lancar... Amin.

2 ulasan:

Pak Ngah: berkata...

:: menghitung hari... mengira hari... membilang hari... apa2pun bilangan hari itu semestinya semakin memendek... insyaAllah berkesudahan baik semuanya.

PakTeh berkata...

semoga semuanya berjalan lancar.. paling penting, lafaz aqad lancarr.