"KESAN PRU KE12:
Samy Velu benar2 jadi SAMI di Bt Caves
Khir Toyo akan dpamerkan di pameran HANTU sbg TOYOL yg paling ganas
Zainudin Maidin jadi jaga d pasaraya MYDIN
Koh Soo Koon mjadi penjual buah sukun celup tepung
Sharizat Jalil ok la dpt jadi tender cuci JAMBAN d Bkt Jalil
Awg Adek dikatakan bawa lori pakai kot ngn kain sarong dok meratip MBMBMBMBMB... x tau bila nak brenti.."
Mungkin penulis asalnya sekadar berlawak @ mungkin niatnya memang mengharapkan begitu. Balas aku kepada penghantar msg: "menang kena kutuk, kalah pun kena jugak, cian depa :) "
Sebenarnya aku pun tak pasti dengan kehendak melayu sebelah pihak lagi. Soal mereka...
- Siapa yang merobohkan surau kegunaan untuk orang Islam, jika tidak dengan arahan Menteri Besar berketurunan Melayu dari Umno?
- Siapa yang meroboh setinggan-setinggan Melayu seperti di Kampung Berembang atas alasan tujuan untuk pembangunan?
- Siapa yang 'mengalibabakan' projek kerajaan yang diterima atas nama kontraktor Melayu Umno dan kemudiannya di sub-kon kan kepada kontraktor Cina?
- Siapa yang menghapuskan pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu, untuk digantikan dengan bahasa Inggeris?
Dan pastinya perubahan masyarakat berkulit putih mengundang tanda tanya. Kemudian pelik jugak tengok angin perubahan mereka yang tidak terang. Betul ke sebab lonjakan harga minyak dan barang semata-mata depa berpaling arah?
Hari ini, beberapa negeri bertukar tampuk pentadbiran. Pulau Pinang dalam genggaman kemas DAP. Depa pastinya akan cuba tunjukkan prestasi unggul untuk kekal sepenggal lagi. majoriti yang depa dapat ketara betul berbanding sebelum nie..
PAS berjaya tambah lagi kuasa depa di Kedah selain di Kelantan. Dan dah sahih, di Perak orang depa jugak berjaya jadi MB walaupun bakal dipulau “geng?” yang masih belum puas hati.
Selangor pulak dikuasai PKR yang pada kali ini mendapat mandat yang hebat dari rakyat. 31 kerusi parlimen yang dimenangi memang mengejutkan semua pihak. Beza sangat peningkatan kemenangan berbanding 2 penggal sebelum ni.
akhir sekali, ANTARA headline2 paper tunjukkan kesan PRU12 baru2 nie..
Dari satu akhbar sebelah sini:
• DAP pulau majlis angkat sumpah MB Perak hari ini
• Kabinet baru seawal Isnin?
• Keputusan Ka Ting bukan isyarat untuk UMNO
• Jangan lantik menteri kalah
• Bimbang Melayu dipinggir
• Istana Terengganu ‘tolak’ Idris?
• DAP biadap
• Koo Ham akan hadir majlis angkat sumpah
• DAP mohon maaf
• Fairus, Ramasamy angkat sumpah Timbalan Ketua Menteri
• Keputusan Ka Ting bukan isyarat untuk UMNO
• Jangan lantik menteri kalah
• ‘Saya tidak mahu jadi Senator’
Dari satu akhbar sebelah sana:
Bukan menuntut Abdullah lakukan harakiri!
Kit Siang mohon maaf kepada Raja Dr Nazrin Shah
Debaran sebelum BN Kedah tumbang
Kejayaan pilihan raya 2008 dirintis dari episod 1986
Isu DEB dan masa depan Melayu - Prowaris mahu jumpa Lim Guan Eng
BA harus manfaatkan peluang luar jangka
MB Perak keturunan Melayu akan dorong kakitangan awam kerja sepenuh hati - Ngeh
Agenda Ekonomi Malaysia akan memacu pertumbuhan - Anwar Ibrahim
Selepas sengit di Parlimen Rembau, "Saya terus di sini"
Pelantikan Wan Ubaidah sebagai Exco bukti PAS hargai kaum wanita
Almarhum Fadzil Noor perintis sebenar kemenangan rakyat 8 Mac
Mohammad Nizar mohon semua pihak hormati keputusan Sultan Perak
Mohamad Nizar diperkenan jadi Menteri Besar baru Perak