Mudah-mudahan, dengan adanya blog2 nie, sedara² dan kawan² yang jauh di mata, sentiasa dekat di hati...

Selasa, Mac 24, 2009

Namanya Ain Natasya

Ain ketika berumur 11 hari
Namaku Ain Natasya. Kata mama, ayah yang beria-ria nak memberikan nama ni. Maksudnya lebih kurang "Kelahiran Permata", kata ayah. Aku suka akan namaku ini. Aku tahu, kelahiranku membawa kebahagiaan buat ayah dan mama. Ain sayang ayah dan mama!

Aku lahir pada 11 mac 2009 di Hospital BP pada jam 5.03 petang. Beratku semasa kelahiran 2.7kg. Kesian mama, sorang2 saja di dewan bersalin. Ayah tak sempat menemani mama sebab kebetulan pada masa aku lahir, ayah pulang sekejab ke rumah. Tapi aku sempat mendengar suara ayah mengazan dan iqamah di telinga, sejurus kelahiranku.

Mama ditahan di dewan bersalin hampir 5 jam selepas kelahiranku sebab tekanan darah yang tak stabil. Hampir jam 10, baru mama boleh ke wad. Aku dan mama tidur di hospital semalam saja. Esoknya, ayah datang mengambil kami pulang ke rumah.

Selang 4 hari, ayah dan mama gusar sebab aku disahkan ada jaundis atau demam kuning, namun tidaklah begitu kritikal. Tapi ke hulu ke hilir juga mereka bawa aku ke hospital dan klinik. Ayah jugak bersusah payah mencari susu kambing dan apa2 yang patut untuk redakan sakit aku.

Disebabkan sakit ini, aku selalu tidur siang, malam berjaga. Ayah dan mama terpaksa bersengkang mata menjaga aku.

Walaupun kini semakin berkurangan, aku masih perlu dirujuk ke hospital. Sakit betul bila doktor ambil darah aku untuk ujian. Aku tak tahu sampai bila darah aku nak di ambil!

Hingga hari ini, aku ada di Ipoh. Mama akan berpantang di sini. Ayah terpaksa pulang semula ke BP. Kesian ayah, sorang2 di rumah. Dan mama, opah dan atuk pulak yang akan menjaga aku.

Ayah, harap cepat balik. Ain tak sabar nak jumpa ayah, Ain rindu...

5 ulasan:

cikgublues berkata...

comelnya
ni ikut bapak ke mak???
anyway tahniah

aQQim berkata...

tq mr.w
ikut mak dan bapaknye la :)

Tanpa Nama berkata...

hai Cikgu,
Selemat Hari Guru.

Tanpa Nama berkata...

Hai Cikgu,
Taniah mendapat hadiah "keganasan " sebab berjaya pihak belon - belon cikgu - cikgu yang lain.

dari saya ... ...

aQQim berkata...

hehe.. rasa macam tau jer saper nie.. :)