Agak lama aku menyepi... Bukan busy, bukan malas, bukan takdak aktiviti atau cerita, cuma ilham belum sampai :), dan rasanya banyak masa di Facebook hehe..
2010 dah melangkah masuk, hari ini dah hari ke-20. Pada aku, umur makin meningkat, makin banyak tanggung jawab.
Di rumah;
Yang best sekali tengok anak aku membesar..
Ain dah boleh berjalan walaupun umurnya baru masuk 10 bulan. Ramai yang terkejut dan kagum bila tengok ain berjalan, bukan lagi bertatih. Tapi giginya belum tumbuh.
Hobinya sekarang, MENGEMAS RUMAH!! mamanya dah letih susun, dia punggah balik, last2 biarkan jer. Satu lagi mengutip segala benda halus yang dijumpai pada lantai. Letih nak awasinya..
Banyak aktiviti aku, kena tunggu lepas dia tidur, baru tak terganggu. Tapi hal ni aku tak kisah sangat..Yang lebih aku kisah ialah aku kena lebih bersedia dari segala segi untuk persediaan adik ain tak lama lagi.. :)