Mudah-mudahan, dengan adanya blog2 nie, sedara² dan kawan² yang jauh di mata, sentiasa dekat di hati...

Sabtu, September 15, 2007

Berpuasa Di Kapit

Ramadhan datang lagi..

Masuk ni dah hari ketiga.. dua kali dah miss sahur, mujur makan sebelum tido. kalu tidak sure lembik la nak menahan seharian.. tapi alhamdulillah, start jer puasa di kapit ni, cuaca redup dan sentiasa dilimpahi hujan rahmat..

Di kapit, Untuk lebih terasa keadilan, rakan2 serumah bersetuju dengan cadangan beli jer lauk untuk berbuka. Masak untuk sahur jer, tu pun kalu terbangun. Dengan peel masing2 yang pelbagai, idea nie jalan keluar terbaik.

Kat kapit pun ada bazaar ramadhan. tapi tak le semeriah tempat2 lain rasanya. Rezeki peniaga Muslim di Kapit nampaknya bertambah dengan kehadiran cikgu2 dari semenanjung. Bila bilangan muslim bertambah, maka makin banyak hasil jualan mereka sempena bulan ramadhan ni. "Bersama berkongsi Kemakmuran"

Plan raya:
macam tak balik, ingat nak rasa pengalaman orang sarawak beraya.. so, kalu diizinkanNya, nak ke Kuching nanti join keluarga PakNgah beraya :)

Jumpa lagi..

Jumaat, Ogos 31, 2007

MERDEKA DI KAPIT..

dari kuching ke sibu, menaiki feri melalui sg sarawak ke laut china selatan dan ke sg rajang.

hampir 5 bulan xde berita dipaparkan dalam blog nie..
memang dah tau masa mula2 bina blog nie, semangat berapi2 datang hanya pada awalnya ajer..
dah lama2, dengan hal2 yang ada menambah rasa malas nak menulis dalam nie..

apapun, SELAMAT HARI MERDEKA yang ke50 buat semua.
rasanya yang paling best sambut merdeka orang yang lahir pada tahun 1957 sebab tentu orang2 nie sama umurnya dengan umur negara nie. terutamanya paklang :)
di kapit, takde yang spesel pun sambutannya malam tadi. semua orang mungkin lena berselimut sebab malam td hujan saje. cuma pada masa sambutan kempen kibar jalur gemilang, ada majlis besar dibuat. penyanyi2 pun ada dijemput khas ke kapit nie..

cuti merdeka hari ni hanya memerap sajer d umah. makan pun masak jer di umah. dingin ujan semalam terbawa2 sampai pagi :) skang nie ada di umah kawan. kat umah dia ada internet wireless, so mai nak test dengan laptop yang baru dibeli ahad lepas di plaza lowyat.

sesekali terpikir macam2 benda nak kena ready bila dah masuk alam berumah tangga. sebelum kawin pun macam2 benda nak diuruskan. cuti sekolah lepas, balik dengan harapan dapat settlekan apa2 yang patut berkenaan perkahwinan nanti, tapi ada jugak yang tak selesai. maka abah n kak diminta menolong.

sementara teringat, buat pak2 sedara sekeluarga.., teman2, rakan taulan yang membaca selingan ni, dengan amat berbesar hati menjemput semua ke majlis kesyukuran nanti pada 24 nov (pihak pompuan) dan 1 dis (pihak lelaki).

balik tempohari, ada perubahan pada rumah abah n mak. makin berseri nampaknya. alhamdulillah, rezki anak2 dapat di panjangkan pada mak abah..

okla, bateri dah weak, x bawa plak charger. jumpa lagi d lain ketika...
wlsm


Selasa, Mac 20, 2007

Pertunangan 11 mac 2007

alhamdulillah, akhirnya ikatan pertunangan antara akim dengan ida selamat dilangsungkan di kg kuala pari, ipoh (kg nenek ida). sebanyak 3 buah kereta dan sebuah van membawa wakil dari nenering dan 3 buah kereta membawa wakil dari pantai, selamat tiba ke destinasi, walaupun ada sikit sesat kat medan kit (silap masuk lorong).

pihak lelaki membawa 11 dulang, manakala pihak perempuan membalas 15 dulang. selesai sesi rundingan, kami semua dijamu makan. selepas tu, sesi bergambar dijalankan.







Isnin, Mac 05, 2007

Update..

cuti cny baru2 nie diri ini berkesempatan jalan2 ke bandaraya kuching. melawat pakngah kat tabuan jaya. dalam 5 hari di sana. merasa ler pergi ke pasar satok, serikin (border dengan indo. banyak banyak barang2 cenderahati yang murah2, aku beli ler skit buat buah tangan nak balik bulan tiga nanti.), pergi pantai santubong yang indah, menikmati panorama wajah kuching di siang dan malam kat waterfront. memang best laa.
(gambar akan menyusul nanti)

berita terkini, insya.. pada 11 mac nanti majlis pertunangan akim.
pada pak2 sedara dan mak2 sedara dengan segala hormatnya dijemput meraikan majlis berkenaan...

jumpa lagi

Sabtu, Februari 03, 2007

SK Sg Kapit, 96800 Kapit, Sarawak

Selamat datang ke SK Sg Kapit.

Dari segi geografi: 4 km dari 'pasar' kapit, berada di sekeliling kawasan berbukit, bersebelahan dengan sg. kapit, perlu merentasi jambatan gantung sebagai laluan utama ke sekolah.

Dari segi demografi: ada 39 orang guru (10 orang guru muslim) , 4 orang kakitangan sokongan, 490 orang murid (5 orang jer murid muslim).

Dari segi fizikal: ditubuhkan hampir 20 tahun yang lalu. mempunyai kemudahan air dan elektrik. beberapa bangunan kelas dan kuarters guru agak usang dan ada yang terlalu usang!



"Titian Cemerlang" sebagai penyambut kedatangan tetamu

Papan tanda kat belakang tu dah patah sebelah ditup angin



sebahagian wajah2 anak2 didik sk sg. kapit



blok baru: makmal komputer dan 2 blok asrama 3 tingkat




sebahagian blok kelas yang agak usang, dihadapan padang yang sekangkang kera



Anak2 didik bersedia untuk "pulai"



Teacher's Room




Berhimpitan menaiki van ke sekolah..