Mudah-mudahan, dengan adanya blog2 nie, sedara² dan kawan² yang jauh di mata, sentiasa dekat di hati...

Sabtu, September 24, 2011

:: Kelahiran Anak Ke-3 ::

Alhamdullillah, isteri aku telah selamat melahirkan anak ketiga kami pada 20 September 2011 (Selasa) yang lalu..


Tanpa ada coretan untuk anak kedua, tiba-tiba saja, terus anak yang ke-3?
Ya, untuk anak kedua aku, ADAM MUQRIS, aku tak berkesempatan menulis di ruangan ini.. Maafkan ayah ya, Adam.



Rezeki dari Yang Maha Kuasa menganugerahkan aku dan isteri, cahaya mata kami yang ketiga, selang 1 tahun 4 bulan dari anak kedua. Mirip puteri pertama aku, dengan berat 3.5kg, puteri kedua aku selamat dilahirkan pada pukul 8.21 minit pagi. Syukur pada Ilahi, kedua-duanya selamat. Pada petang harinya, mereka sudah dibenarkan keluar dari hospital.

Seperti kelahiran anak2 kami sebelumnya, aku masih belum berkesempatan menemani isteri aku di kamar bersalin di hospital kerana sewaktu kelahiran anak2ku, aku pulang seketika ke rumah. Apabila aku kembali semula ke hospital, isteri aku menyambut aku dengan linangan air mata bersama cahaya mata yang selamat dilahirkannya.. Mungkinkah akan ada kesempatan untuk aku menemani isteri ketika melahirkan bayi kami yang keempat nanti?

0 komen: