Mudah-mudahan, dengan adanya blog2 nie, sedara² dan kawan² yang jauh di mata, sentiasa dekat di hati...

Selasa, Oktober 17, 2006

Berita Terkini



P/s: wajah2 cikgu kpli (r) kh1 2006 - ni masa kami nak pegi buka puasa kat restoran merdeka (depan rtm, JB)


hal assignment
hari-hari terakhir, nak dekat raya nie, macam makin banyak jer assignment nak kena buat, nak kena submit.. .. orang lain bersengkang mata mencari malam seribu bulan, diri ni kena mengadap komputer.. maka terpaksa le bersengkang mata menyiapkannya sebelum balik..
lecturer pun macam pakat-pakat kasi assignment last-last minute gini.. ntah macam mana diaorang punya perancangan.. tapi, dunia seorang student, terpaksa le menghadapi semua ranjau2 ini..


cuti awal
oleh sebab maktab dah terlebih ganti cuti dan paklah plak pun mengekalkan sifat prihatin pada rakyat dengan memberi cuti pada hari isnin (23/10/2006), maka pihak maktab dengan baik hati kasi cuti awal.. kawan-kawan ramai yang pergi semula ke stesen bas, tukar tiket sebab nak balik awal.. masing-masing suka!

plan balik kampung
tiket dah dibeli awal2 puasa lagi.. tu pun dapat bas tambahan, pastu harga lebih dari biasa. nak raya punya pasal, beli la jugak. insyaallah, jumaat malam (20/10) akan bertolak balik ke perak. cadangnya bila sampai ipoh (sabtu-21/10), nak balik ngan kak ilah, tapi dia nak tunggu shukri yang akan balik esoknya (ahad-22/10). maka terpaksa la berseorangan pulang ke nenering. teringin gak nak singgah dulu kat taman meru, tapi tak berapa berani plak..hehe.. maybe raya nanti kot berkunjung ke sana..
a
berdiri atas kaki sendiri
kalu tak silap dekat 4 tahun jugak menetap di kluang dengan paktam sekeluarga. budaya berdikari yang paktam terapkan dalam rumah macam melekat padat dalam diri ini. itu sebab, pasal balik kampung, boleh lupa pasal pejon dengan along sarawak. biasanya sendiri jer cari tiket nak balik kampung.. bila paktam tanya pasal tiket pejon, baru rasa bersalah sebab lupa nak tanya dia (pejon) nak balik sama @ tak? akhirnya dapat jugak dapatkan tiket untuk dia walaupun tak sama tarikh. pasal along sarawak pulak, ada call dia nak ajak balik kampung raya sekali. tapi dia kata, lewat sangat jemputannya, tiket air-asia dah beli..
ucapan hari raya
mungkin kesibukan nak menyambut raya membuatkan diri ini mungkin lupa nak mengucapkan salam lebaran buat semua. oleh itu, di kesempatan ini, sepuluh jari disusun, memohon kemaafan andai ada salah dan silap. moga aidilfitri ini disambut dengan penuh makna..
SELAMAT HARI RAYA ADILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN

3 ulasan:

azlanlin berkata...

Alhamdulillah, tahniah kerana visi yang dipamerkan semakin terserlah untuk menjadi insan bermakna yang cemerlang, gemilang dan terbilang...

Raya nanti jgn lupa kirim salam utk sanak saudara di kg kerana kami x balik perak...

yang paling penting untuk diingati ialah STOK LAKSAMI paling2 kurang satu bundle... hehhe

Pak Ngah: berkata...

Orang kampung kata, raya2 jugak tapi selepas tu TIGA perkara besar sedang setia menunggu. Apa tu? Tiada apa2 cuma sekadar...
peperiksaan, KISSM dan kursus BTN.

PAKNGAH cuma senyum je bila melihat gelagat pelajar2 KPLI di IPG yang berjalan pun menonong je bila saat2 ketiga2 perkara tu dah semakin hampir.

Zuraidah berkata...

SiBongsu kata Insyaallah dan Yop pula sekarang berada di Kolej Matrikulasi Labuan. Hari Ahad ni balik ke KK, cadangnye nak pi ambik dia di Pelabuhan, terus pi berbuka dimana-mana yang sempat, kalau balik rumah mungkin tak sempat.

Bila balik ke Nenering kirim salam pada Mak dan Abah serta keluarga disana. Sampaikan permohonan maaf kami dari hujung rambut hingga hujung kaki, halalkan makan minum serta pertolongan yang telah di hulurkan.