Mudah-mudahan, dengan adanya blog2 nie, sedara² dan kawan² yang jauh di mata, sentiasa dekat di hati...

Selasa, Oktober 31, 2006

Sambungan Bingkisan Raya

Raya Ketiga..
Hari nie, bangun pagi dengan penuh bersemangat! Lepas siap2, mak tegur awat lain macam jer. mana taknya, nak beraya ke taman meru, rumah bakal menantu mak la.. :) insyaallah.
mak kirimkan sikit juadah dan ucapan salam. sebenarnya, mak suruh bawa abah, tapi abah takmau ikut. lega jugak, hehe.. rosak ler program.. maka, macam2 pesanan dan ingatan dari mak untuk anak lelaki sulung dia nie..

Dengan keta kak ilah, sampai ler ke taman meru. Dijamu dengan mee rebus! boleh tahan la.. dan berbual2 le dengan ahli keluarga "si dia". alhamdullillah, nampak macam ok jer.. Mintak juga kebenaran dari abahnya nak bawa "si dia" pusing2 pekan ipoh. sebenarnya tak kemana pun, masa dok tawaf jaya jusco..buat perbincangan serius dengan "si dia" pasal masa depan ..

Masa nak balik , ada dikirimkan juadah balasan n salam dari orang taman meru. On the way drive balik, senyum dan berbunga je hati, mengenangkan pertemuan yang singkat tapi bermakna.


Bakal Menantu..
Kami anak beranak ada buat perbincangan serius pasal masa depan akim dan aman. Insyaallah, kalau takdak aral, akan menyusul hantaran peminangan ke perlis pada lewat bulan november dan ke taman meru, ipoh lewat bulan disember. tarikh sebenar akan dimaklumkan sedikit masa lagi... Buat pak2 sedara sekeluarga yang berkesempatan, dengan rasa berbesar hati dijemput sama2 menyertai rombongan tu nanti..

Sepi semula
Aim dah balik ke KL seawal pagi Jumaat. Lie akan balik ke melaka malam sabtu. Akim terus ke JB pagi Ahad. Kak pun sama akan balik pada ahad, petangnya. Aman, ingat2 pagi isnin sempat dia ke banun, gerik. maka, dapat dirasai kesunyian yang bakal dirasakan oleh mak dan abah di rumah.. memang nampak keceriaan masa kami semua berkumpul, dan tentunya kesayuan sewaktu mengiringi anak2 mereka yang kembali ke destinasi masing2..

P/s: minggu2 depan, akim akan ada peperiksaan, KISSM dan BTN..
takut dengan semua kesibukan tu.. tak sempat nak update blog nie.. harap maklum..

1 ulasan:

Zuraidah berkata...

Orang dapat balik kampung tentu seronok ye, sempat melawat dan menzirahi lagi....Yop dan SiBongsu kata duit raya mereka amat kurang tahun ni...Alhamdulillah nampak semuanya sihat dalam gambo tu. Pak Ndak masa tu masih di Sungkai agaknye...

Kalau panjang umur dan ade kenderaan untuk ditumpang nakle juga nengok bakal2 tunang anak2 sedara. Eh..e.e nak buat macam Pak Ndak dan Pak Teh ke ...2 in 1, bila kendhuri beso nanti? Ape pun didahului dengan ucapan tahniah dari Mak Lang sekeluarga tapi Pak Lang udah ambil tiket ke KK pada 26.12.06... Faham2 le Pak Lang tu..tapi katanye kalau Mak Lang nak stay lama sikit kat kampung tak pe..itu katanye ...Tenguk le nanti,cadang nak raya haji kat kampung, Yop pula mungkin cuti raya haji tak lama....