Mudah-mudahan, dengan adanya blog2 nie, sedara² dan kawan² yang jauh di mata, sentiasa dekat di hati...

Selasa, November 27, 2007

HARI BAHAGIA KU...

Segala puji bagi Allah atas segala kurniaanNya buat hambaNya ini..


Allhamdullillah, akhirnya apa yang dirancang, berjalan seadanya..
Tarikh keramat 24 November tempohari menyaksikan berlangsungnya ijab dan qabul untuk menyatukan 2 insan adam dan hawa

"AZIZUL HAKIM BIN ISMAIL DAN SUHAIDA BT AZIS".


Ke hadrat Ilahi dipanjangkan kesyukuran, didoakan moga mahligai yang dibina berkekalan abadi.. amin


Untuk gambar2 lain dan keterangan kenduri, boleh rujuk link berikut :-





p/s: tq pakteh atas usaha sumbangan cerita dan gambar :)

Ahad, November 11, 2007

Menghitung Hari..

Lagi seminggu, Kapit akan ditinggalkan untuk sementara waktu. Di sekolah, kesibukan sang cikgu semakin memuncak, terutama tanggungjawab sebagai guru kelas. Amanah sebagai guru spbt turut menguji ketahanan diri. Tapi xpe, semua tu rasanya jadi sedikit bekalan untuk hari2 muka.


Namun, sibuk di sekolah boleh dilupakan bila di rumah. Memikirkan 'hari besar' di antara 'hari2 besar' dalam hidup yang akan dilalui tak lama lagi, kira-kira 2 minggu lagi, lebih bermanfaat rasanya :) Macam2 perasaan selalu datang. Seronok, gembira, suka, x sabar, dan gementar pun ada. Tapi setakat nie, yang best2 sajalah selalu hadir :)


Perancangan dan persediaan menghadapi 'hari besar' tu nanti, alhamdulillah, berjalan lancar. Moga2, hari tu nanti juga berjalan lancar... Amin.

Sabtu, Oktober 27, 2007

Jemputan Majlis Kesyukuran











Semua sedara mara, rakan taulan, dengan segala sukacitanya mempersilakan hadir ke majlis berkenaan...





Ahad, Oktober 14, 2007

MINAL AIDIL WAL FA IZIN



Salam Lebaran buat semua..
Alhamdulillah, sesudah sebulan berpuasa, Syawal tiba dan di sambut meriah..

Syukur pada Ilahi, dapat juga mencium tangan mak dan abah di pagi raya.
Semua adik beradik ada bersama2 meraikan Aidilfitri kali ini...

Insyaallah, raya kedua kami semua akan ke Ipoh dulu sebelum ke Pantai Remis.
Mungkin 2-3 hari di sana. Moga dapat bertemu dengan semua saudara-mara nanti..

Ahad, Oktober 07, 2007

Rancangan Raya Yang Tak Menjadi :)

Cadangannya nak beraya di Kapit sajer taun nie..

Tapi lepas baca blog paktam tempohari, jadi berkobar2 nak balik raya. cadangan nak berkumpul adik beradik dan saudara mara, memang mengundang rasa syahdu :) seronok sangat rasanya kalu dapat berkumpul ramai2, dengan pelbagai ragam dan kerenah, memang menceria dan menggamatkan suasana rumah no 2, batu 51 nanti..

Bila dapat jawapan sms ringkas tapi bermakna :- "isyaallah"dari pakngah dari pertanyaaan "jadi ke beraya di pantai taun ni?", semangat nak balik beraya di kampung makin berapi2! Yelaa, cdang nak ke kuching raya ni, tapi kalu pakngah pun pulang beraya, mana seronok beraya sorang2 di kapit. hehe

Terima kasih atas undangan paklang jie di KK. Nampak gaya dan mmg comfirm x dapat nak join raya di sana. sebab bila pikir2 balik, lebih kurang jer tambang balik kampung n ke KK. Insyaallah, rancangan nak ke sana masih dalam perhatian :) cuma tak tau bila..

Atas desakan rasa nak berkumpul hari raya nanti, maka tiket pulang berhari raya dah di beli. Cuma keluarga di nenering dan di ipoh saje belum di maklumkan, nak bagi surprise hehe. nak tengok respon depa cmn nanti..:) mak dan "si dia" dah pun kirimkan kuih dan kerepek raya buat bekalan orang yang katanya nak beraya di kapit :)

Smlm dapt pggilan dari paktam di kluang lepas msg dia. katanya nombor tak dikenali, mayb dah bertukar hp, maka hilang memori2 no. orang kurang penting:) diterangkan beliau aktiviti2 masa berkumpul sanak saudara nanti. mmg tak salah beli tiket, sebab aktivitinya memang menarik balik raya nanti..

Smlm juga ada dpt msg aman, diberitahu orang rumahnya due 26 oktober nanti. lepas raya insyaallah, mak n abah bakal menyambut cucu sulung...

Tadi dapat masg dari aim, dia baru nak tengok2 blog lepas lama sangat bz. suruh dia jengah2 blog pak2 sedara yang lain...

mewakili diri dan keluarga nenering, nak juga beri salam raya awal :)
buat semua, SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI.
MAAF ZAHIR DAN BATIN...

Sabtu, September 15, 2007

Berpuasa Di Kapit

Ramadhan datang lagi..

Masuk ni dah hari ketiga.. dua kali dah miss sahur, mujur makan sebelum tido. kalu tidak sure lembik la nak menahan seharian.. tapi alhamdulillah, start jer puasa di kapit ni, cuaca redup dan sentiasa dilimpahi hujan rahmat..

Di kapit, Untuk lebih terasa keadilan, rakan2 serumah bersetuju dengan cadangan beli jer lauk untuk berbuka. Masak untuk sahur jer, tu pun kalu terbangun. Dengan peel masing2 yang pelbagai, idea nie jalan keluar terbaik.

Kat kapit pun ada bazaar ramadhan. tapi tak le semeriah tempat2 lain rasanya. Rezeki peniaga Muslim di Kapit nampaknya bertambah dengan kehadiran cikgu2 dari semenanjung. Bila bilangan muslim bertambah, maka makin banyak hasil jualan mereka sempena bulan ramadhan ni. "Bersama berkongsi Kemakmuran"

Plan raya:
macam tak balik, ingat nak rasa pengalaman orang sarawak beraya.. so, kalu diizinkanNya, nak ke Kuching nanti join keluarga PakNgah beraya :)

Jumpa lagi..

Jumaat, Ogos 31, 2007

MERDEKA DI KAPIT..

dari kuching ke sibu, menaiki feri melalui sg sarawak ke laut china selatan dan ke sg rajang.

hampir 5 bulan xde berita dipaparkan dalam blog nie..
memang dah tau masa mula2 bina blog nie, semangat berapi2 datang hanya pada awalnya ajer..
dah lama2, dengan hal2 yang ada menambah rasa malas nak menulis dalam nie..

apapun, SELAMAT HARI MERDEKA yang ke50 buat semua.
rasanya yang paling best sambut merdeka orang yang lahir pada tahun 1957 sebab tentu orang2 nie sama umurnya dengan umur negara nie. terutamanya paklang :)
di kapit, takde yang spesel pun sambutannya malam tadi. semua orang mungkin lena berselimut sebab malam td hujan saje. cuma pada masa sambutan kempen kibar jalur gemilang, ada majlis besar dibuat. penyanyi2 pun ada dijemput khas ke kapit nie..

cuti merdeka hari ni hanya memerap sajer d umah. makan pun masak jer di umah. dingin ujan semalam terbawa2 sampai pagi :) skang nie ada di umah kawan. kat umah dia ada internet wireless, so mai nak test dengan laptop yang baru dibeli ahad lepas di plaza lowyat.

sesekali terpikir macam2 benda nak kena ready bila dah masuk alam berumah tangga. sebelum kawin pun macam2 benda nak diuruskan. cuti sekolah lepas, balik dengan harapan dapat settlekan apa2 yang patut berkenaan perkahwinan nanti, tapi ada jugak yang tak selesai. maka abah n kak diminta menolong.

sementara teringat, buat pak2 sedara sekeluarga.., teman2, rakan taulan yang membaca selingan ni, dengan amat berbesar hati menjemput semua ke majlis kesyukuran nanti pada 24 nov (pihak pompuan) dan 1 dis (pihak lelaki).

balik tempohari, ada perubahan pada rumah abah n mak. makin berseri nampaknya. alhamdulillah, rezki anak2 dapat di panjangkan pada mak abah..

okla, bateri dah weak, x bawa plak charger. jumpa lagi d lain ketika...
wlsm


Selasa, Mac 20, 2007

Pertunangan 11 mac 2007

alhamdulillah, akhirnya ikatan pertunangan antara akim dengan ida selamat dilangsungkan di kg kuala pari, ipoh (kg nenek ida). sebanyak 3 buah kereta dan sebuah van membawa wakil dari nenering dan 3 buah kereta membawa wakil dari pantai, selamat tiba ke destinasi, walaupun ada sikit sesat kat medan kit (silap masuk lorong).

pihak lelaki membawa 11 dulang, manakala pihak perempuan membalas 15 dulang. selesai sesi rundingan, kami semua dijamu makan. selepas tu, sesi bergambar dijalankan.







Isnin, Mac 05, 2007

Update..

cuti cny baru2 nie diri ini berkesempatan jalan2 ke bandaraya kuching. melawat pakngah kat tabuan jaya. dalam 5 hari di sana. merasa ler pergi ke pasar satok, serikin (border dengan indo. banyak banyak barang2 cenderahati yang murah2, aku beli ler skit buat buah tangan nak balik bulan tiga nanti.), pergi pantai santubong yang indah, menikmati panorama wajah kuching di siang dan malam kat waterfront. memang best laa.
(gambar akan menyusul nanti)

berita terkini, insya.. pada 11 mac nanti majlis pertunangan akim.
pada pak2 sedara dan mak2 sedara dengan segala hormatnya dijemput meraikan majlis berkenaan...

jumpa lagi

Sabtu, Februari 03, 2007

SK Sg Kapit, 96800 Kapit, Sarawak

Selamat datang ke SK Sg Kapit.

Dari segi geografi: 4 km dari 'pasar' kapit, berada di sekeliling kawasan berbukit, bersebelahan dengan sg. kapit, perlu merentasi jambatan gantung sebagai laluan utama ke sekolah.

Dari segi demografi: ada 39 orang guru (10 orang guru muslim) , 4 orang kakitangan sokongan, 490 orang murid (5 orang jer murid muslim).

Dari segi fizikal: ditubuhkan hampir 20 tahun yang lalu. mempunyai kemudahan air dan elektrik. beberapa bangunan kelas dan kuarters guru agak usang dan ada yang terlalu usang!



"Titian Cemerlang" sebagai penyambut kedatangan tetamu

Papan tanda kat belakang tu dah patah sebelah ditup angin



sebahagian wajah2 anak2 didik sk sg. kapit



blok baru: makmal komputer dan 2 blok asrama 3 tingkat




sebahagian blok kelas yang agak usang, dihadapan padang yang sekangkang kera



Anak2 didik bersedia untuk "pulai"



Teacher's Room




Berhimpitan menaiki van ke sekolah..

Ahad, Januari 28, 2007

24 Hari di Kapit

Nama brita? (jakuk Iban) = Apa kabar?
Sedar tak sedar dah lebih 3 minggu di kapit ni.

rutin hari sekolah:
sekolah mula seawal 0710 pagi. biasanya pukul 6 baru bangun. bersiap2 dan sekadar meneguk segelas kopi atau teh, naik van ke sekolah. van yang di sewa sebulan rm40 tu, sesak ngan murid2 sk. sg kapit jugak. hampir 16 orang satu van!! tamat waktu sekolah jam 1300 ptg. tapi bagi thp 1, pukul 1200 dah boleh pulai (pulang).

biasanya terus ke pasar cari kedai makan muslim. tak larat ler nak memasak tengahari lepas balik sekolah. selepas tu baru pulang ke rumah dgn kereta sewa. bayarannya rm1 sahaja ke rumah. sampai di rumah terus kalut solat dan terus zzz..

petang biasanya akan pusing2 dan buat aktiviti riadah dgn kwn2. kebetulan tempat ringgal kami dekat dengan stadium, boleh le mencuba permainan2 di situ.

lepas magrib baru ke dapur. biasanya dirinya ler jadi ketua chefnya. yang lain belum yakin nak tunjukkan kehandalan memasak. kadang2 bosan gak kita sorang jer yang masak, tapi pelan2 diajar kawan2 serumah memasak semoga lepas nie boleh le gilir2 memasak.

lepas makan malam, baru ngadap kerja2 sekolah. sementara menunggu mata nak lelap, punya la bosan nak menghabiskan suatu malam yang panjang di kapit.kebosanan biasanya dilayan bersama rakan2 yang lain. sekadar berbual2 tentang masalah pengajaran ke atas anak2 orang iban. pengalaman mengajar anak iban memang mencabar. ditegur, dibalasnya bahasa iban, terdiam le cikgu semenanjung ni :)

hujung minggu:
pada malamnya, kami ramai2 turun ke kedai makan cina kat bawah. bukan nak pegi makan, tapi pegi tengok tv. ada tayang lawan bola malaysia vs singapura (kalah penalti), kami order la softdrink buat umpan tokey kedai. takkan nak lepak kat kedai dia tak order apa2.

Hujung minggu nie cuba jugak meluangkan masa ke pasar kapit menghilangkan keboringan yang teramat sangat di rumah. sejak seminggu lepas, hujan selalu turun terutamanya waktu petang dan malam. hujan membataskan aktiviti luar rumah yang memaksa banyak aktiviti dalam rumah saja. tapi di dalam rumah, tiada sebarang hiburan lagi setakat ni. tiada tv, tiada radio.

jadi ke CC le menghilangkan kebosannya yang dah menimbun.

kawan2 ramai yang dah booking tiket nak balik semenanjung. cuti raya cina nak balik, cuti seminggu bulan 3 nak balik, cuti bulan 5 nanti pun dah ada yang dah booking tiket.. banyak betul duit depa...

setakat ini dulu coretannya...

Sabtu, Januari 20, 2007

"Pasar" Kapit

Selamat menikmati keindahan "Pasar" Kapit...

welcome to kapit

pemandangan dari rumah sewa



sedikit wajah pasar kapit


satu-satunya stesen minyak di kapit.
tapi ada satu lagi dalam pembinaan (sebelah kirinya)



stesen minyak "express"



pemandangan dermaga kapit



pasar teresang, pasar basah kapit



kapit town square

Selasa, Januari 09, 2007

Memori Dari Seremban Ke Kapit

sedikit koleksi buat titipan bersama
seawal 4 pagi di lobby royal adelphi, seremban

di ruang menunggu A9, klia


"belon" yang dinaiki dari klia-kuching-sibu



indahnya bumi Tuhan!! Sg. Rajang!


antara langit dan awan!!


hehe.. sempat lagi tue..


menunggu bas di lapangan terbang sibu


di hadapan rumah sewa

Dunia Baru

Perjalanan Baru
Seperti yang sedia maklum, diri ini telah diminta untuk bertugas di kawasan jauh di pendalaman Sarawak iaitu di Kapit! Mula2, selepas membuat semakan nama di website MOE, terkejut jugak sebab ditempatkan di Sarawak.. Bila maklumkan pada mak, mak berubah wajah. Pesan mak, jangan tak balik sudah.. (mungkin terkenangkan kisah adiknya yang kini bertugas di Sarawak)

Di Nenering ke Semenyih
Maka sibuklah mengemas barang2 dan beg pakaian yang mana bersesuain untuk dibawa ke sarawak nanti. Kemas punya kemas, 2 beg yang ada macam tak cukup. terpaksala tukar beg dengan aman. Cadangnya sebelum ke seremban nak ke kluang dulu ambil barang2 yang ditinggalkan di rumah paktam tempohari. Bila pergi beli tiket nak ke KL, dah sold-out (kes raya haji). So terpaksala beli tiket awal, dan terpaksalah beraya di Semenyih, di rumah sepupu (Muzammil - anak sedara abah). Tak silap ke rumah dia 29 Dis 2006.

Raya Haji
walaupun selalu jugak tak balik raya haji, tapi kali nie, rasa lain sikit, sebab lepas raya terus ke sarawak tanpa pulang semula ke nenering. Yang lawaknya, bangun pagi, tgk la rakaman sembahyang raya dari masjid negara. So, lambat2 la sikit geraknya ke masjid sebab tgk kat tv masih belum mula sembahyang. tapi bila sampai di masjid semenyih, orang dah selesai solat raya, maka buat solat raya single ler :)

Semenyih Ke Kluang
Raya Haji kedua pergi ke kluang ambil barang dengan sepupu. ingat nak balik terus petang tue, tapi ada urusan tak selesai dan perlu diselesaikan esoknya. (hal nak pos motor ke nenering). Maka bermalam la di rumah paktam. Terima kasih buat maktam, paktam sekeluarga atas pertolongan2 selama ini. Esoknya baru pulang semula ke semenyih.

Sebelum Berlepas
Kami, guru2 yang bakal bertugas diminta melaporkan diri di Hotel Royal Adelphi, Seremban pada 3 Jan 2006. Maka sepupu sudi untuk hantarkan ke hotel tersebut habis saja sesi persekolahannya. Dari semenyih ke seremban 1/2 jam jer.
Malam tu, merasa la tido di hotel yang dikatakan bertaraf lima bintang. tapi malam tue, tidur kurang nyenyak sebab memikirkan kat mana la tempat posting, kawan2 ramai yang dah tau..
seawal jam 4 pagi, sebahagian dari kami berkumpul di lobby hotel untuk ke klia untuk penerbangan jam 8 pagi.


dari Klia ke Kuching dan ke Sibu
rasa bertuah sebab dari kalangan kawan2 yang pertama kali "naik belon", diorang ambil flight terus ke sibu. tapi diri ini dan 5 rakan yang lain merasa 2 kali terbang sebab dari klia turun ke kuching dulu, transit, ambil flight semula ke sibu. merasa le gegaran 2 kali naik kapal terbang dan 2 kali turun kapal terbang. di kuching, kami sepatutnya dapatkan cop di imigresen, tapi sebab tak ada orang guide, kami terus saja ke sibu. tiba di sibu, kami ditegur oleh imigresen sibu sebab pasport tiada cop! bincang2 diaorang tolong copkan..

Sibu ke Kapit
di sibu, tidur semalam di primier hotel. katanya 3 bintang 1/2. Malam tu, rombongan guru2 baru mendapat sambutan dan taklimat dari ketua pengarah jpn sarawak. malam tu jugak dimaklumkan sekolah yang bakal ditempatkan. masing2 resah dan gelisah membuka surat penempatan. terjelmalah nama2 sekolah yang pelik2 kedengarannya pada halwa telinga kita. dan esoknya, merasa la kami semua menaiki bot laju, yang digelar "ekspress" oleh orang2 sini. 3 jam perjalanan menyusuri sungai rajang memang memenatkan. hanya pokok2 dan rumah panjang menemani perjalanan sepanjang sungai.. dan bila tiba di jeti kapit, dengan semangat kerjasama, kami memunggah beg2 dari bot ke jeti yang tinggi "menyayup", kata pakngah!
penat betoi!

Hotel Meligai ke SK Sg. Kapit.
sekali lagi menginap di hotel. kali ni, di khabarkan hanya hotel bertaraf 2 bintang. okla. tidak disangka, jauh dari bandar2 besar, dengan hanya pengangkutan air, kapit semacam boleh lawan pekan pantai! macam2 ada!! di sini, guru2 besar setiap sekolah dari menerima kehadiran kami ke sekolah. Esoknya, kami dibawa oleh guru besar masing2 ke sekolah yang berkenaan. terima kasih buat pakngah yang banyak membantu dengan maklumat2 yang diberikan. Sekolah nie, walaupun pinggir bandar, namun masih serba kekurangan. setakat ni muridnya dalam 400 lebih. hanya 7 orang islam, selebihnya iban. lepas ni kena belajar bahasa iban la..

Setakat ini
so far, alhamdulillah, di sekolah dan di rumah sewa ada line telefon. jarak dari rumah sewa ke bandar agak dekat jugak, dalam 2 km jer. manakala ke sekolah dalam 4 km. pengangkutan utama di sini van (disini digelar kereta sewa). banyak jugak ler membeli belah barang rumah dan barang dapur sebab rumah sewa "zero perabot". makanan kat sini pulak macam susah jer nak dapat yang halal. so, kena la masak. kat rumah duduk 4 orang, dengan sewa bulan rm630. katanya, kadar rumah sewa disini agak mahal. dan kadar yang kami dapt kira murah jugak la.

Harapan
Diharapkan insan2 di luar sana mendoakan kesejahteraan dan keselamatan diri ini untuk meneruskan penghidupan di sini.Semoga pengalaman di Pekan Kapit nie menjadi bekalan untuk masa2 akan datang.

Jumpa lagi, Adios...