Mudah-mudahan, dengan adanya blog2 nie, sedara² dan kawan² yang jauh di mata, sentiasa dekat di hati...

Jumaat, Disember 12, 2008

Taman Rekreasi Gunung Lang

Sedikit info dari Wikipedia..
Gunung Lang yang terletak hanya lima kilometer dari bandar Ipoh adalah salah satu gunung batu kapur yang banyak terdapat di negeri Perak, Malaysia, khususnya di Lembah Kinta. Gunung Lang telah dijadikan kawasan rekreasi oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan pada tahun 1999. Taman ini dilengkapi dengan tiga buah tasik buatan dari bekas lombong bijih timah. Tasik yang tenang membiru dipenuhi dengan pelbagai ikan air tawar khususnya kelah, lampam, kap, dan tilapia.
Mesti jumpa "IPOH" dulu sebelum belok ke kiri..
Cara ke sana:
Jika anda dari bandar Ipoh, anda perlu mengikuti Jalan Kuala Kangsar yang menuju ke Kuala Kangsar. Hanya 5 minit dari dari bandar Ipoh.
Jika anda dari Kuala Lumpur, anda hanya perlu keluar dari Lebuh raya Utara Selatan di susur keluar Ipoh Utara 1 km dari situ anda akan temui papan tanda Taman Rekreasi Gunung Lang.
Tempat letak kereta luas di tepi tasik secara percuma.
Tambang untuk menaiki bot : RM3 bagi dewasa, RM2 bagi pelajar sekolah menengah, RM1 pelajar sekolah rendah, RM0.50 sen bagi kanak-kanak dan warga emas RM1.50 untuk ke pulau itu sejauh kira-kira 300 meter.

P/s:
Hari aku pergi, tak ramai orang datang. Aku perhatikan kawasannya cantik dan menarik. Tapi, kalu MBI buat laluan pejalan kaki dari jeti ke pulau (ada taman permainan), tentu lagi ramai orang datang.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ho Ho Tempat ni PakTeh pun tak penah pi lagi. haha. Moga2 samapi juga nanti.

Promosi Melawat Perak tidak masukkan Gunung Lang agaknya. Patut masukkan dalam Majalah 3 atau Cuti2 Malaysia.

aQQim berkata...

yang syoik kat sini dapat tgk ikan besaq2, tapi "DILARANG MEMANCING"..

arsaili berkata...

salam...wah berjalan sakan ya..mentang2 cuti sekolah..seronok sey

Tanpa Nama berkata...

salam kenal...

Unknown berkata...

Tempat nie memang best... mase pegi lawatan smbil blaja baru2 nie. Ikan memang besau- besau belaka. nak je tangkap. tapi geli la law da besau sgt nk makan. Park kat seberang sana pun ok la.. tpi macam da kurang penjagaan... teringin nak pegi lagi.

PakTeh berkata...

salam. ada oghang kata - kat senbod yg tulih 'dilaghang mancin' tu saja yg tak buleh pancin. kalu jauh & tak nampak signboard tu, depa kata buleh! entah la, betui ke dak kata-kata hikmat itu.. hihi