
Sabtu, September 24, 2011
:: Kelahiran Anak Ke-3 ::

Ahad, September 11, 2011
:: Terdetik Menulis Semula ::
Cuma tambahan kali ini, rasanya mungkin komitmen masa aku melayan karenah anak2 membataskan aku menulis. Lepas ni aku ingat nak "cergaskan" semula. Insyaallah!
Gelagat Ain Natasya dan Adam Muqris (tengah) bersama sepupu mereka,
Ammar Haziq dan Darwisya Amani di rumah TokWan pada 29 Ramadhan 1430H.
Jumpa lagi entri akan datang..
Sabtu, September 20, 2008
:: Berbelanja Raya..
Isnin, September 01, 2008
::SELAMAT BERPUASA::

Tahun nie, pertama kali aku bersahur dan berbuka dengan isteri. Harap kami dapat menjalani ibadat puasa dengan sempurna.
Ahad, Ogos 31, 2008
Happy 51th Merdeka Day

Aku perhatikan, persiapan yang dibuat agak kemas dan teratur. Pasukan2 yang masuk perarakan pun begitu segak dan penuh komitmen. Kelihatan hayunan langkah semasa berjalan begitu bersemangat.
.........................................................................................................................................................................

Birthday Di Hospital
Ahad, Ogos 24, 2008
Cerita Cuti Sekolah -2
Cerita Cuti Sekolah - 1
Mula2 cuti, hari sabtu, sekolah aku terlibat dengan kursus LDP. Kehadiran wajib. Kursus ni bergabung dengan 3 buah sekolah lain, dan sekolah aku jadi urusetia. Aku diamanahkan menjadi pengerusi majlis.
Actually, sebelum ni, dah dijalankan 2 kursus di 2 sekolah lain, kami datang dengar ceramah jer. tapi kali ni, kami terpaksa bertungkus lumus mengatur semua.. Aku peratikan, kehadiran macam kurang sikit berbanding sebelum ni, masing2 punya alasan tersendiri. alhamdulillah semua selesai jugak, tapi dah rugi satu hari cuti :)
Hari ahad, aku dan isteri ke putrajaya dengan tujuan asal aku nak ke majlis perkahwinan Mamat, kawan masa di UUM dulu. Sebelum tu, pergi ambil mak mertua abang ipar aku di Bukit Pasir. Mak mertuanya bercadang nak jenguk cucu2nya di Cheras. Dan mertua aku dari ipoh pula datang ke rumah abang ipar aku di cheras. So, aku hantaq mak mertua abg ipar aku, bawa balik mertua aku dan kakak ipar ke batu pahat.
Masa di putrajaya, menjajau jugak cari Bangunan PJH. Kena call member aku nie, baru jumpa. Hebat orang2 kat putrajaya nie, nak buat kenduri kawin, kena sewa dewan besar macam hotel lima bintang. mesti belanja besar! Aku kagum dengan member aku ni, dulu dia agak berisi, sekali aku tengok dia slim abis!!
Selesai pekena nasi beriani, aku jumpa jab member aku, wish tahniah kat dia. lepas tu kami singgah Masjid Putrajaya untuk solat. Aku cuba call Paklang tapi tak berjawab. ingat nak singgah dulu di Presint 14 , tapi takde rezeki.
So, aku lajak terus ke cheras. Kat putrajaya ni, aku selalu pening nak amik jalan keluar. Pusing3, entah keluar jugak ke Cheras tapi tak ikut Sg Besi, ikut laluan lain, keluar ikut Bukit Jalil. Tapi yang penting kami sampai jugak ke rumah abang ipar aku..
Khamis, Julai 31, 2008
Double Lines

Saat-saat gembira itu sentiasa dinantikan. Detik-detik indah itu sangat2 diharapkan.
Semalam, setelah "apa yang patut datang, lewat datang", maka ujian yang sepatutnya dibuat, telah dibuat. Dan hasilnya, isteri aku bagitau.. "abang, double lines"..
Alhamdulillah.. syukur.
Jumaat, Jun 13, 2008
Masuk Rumah Baru
