Mudah-mudahan, dengan adanya blog2 nie, sedara² dan kawan² yang jauh di mata, sentiasa dekat di hati...

Selasa, Januari 09, 2007

Memori Dari Seremban Ke Kapit

sedikit koleksi buat titipan bersama
seawal 4 pagi di lobby royal adelphi, seremban

di ruang menunggu A9, klia


"belon" yang dinaiki dari klia-kuching-sibu



indahnya bumi Tuhan!! Sg. Rajang!


antara langit dan awan!!


hehe.. sempat lagi tue..


menunggu bas di lapangan terbang sibu


di hadapan rumah sewa

Dunia Baru

Perjalanan Baru
Seperti yang sedia maklum, diri ini telah diminta untuk bertugas di kawasan jauh di pendalaman Sarawak iaitu di Kapit! Mula2, selepas membuat semakan nama di website MOE, terkejut jugak sebab ditempatkan di Sarawak.. Bila maklumkan pada mak, mak berubah wajah. Pesan mak, jangan tak balik sudah.. (mungkin terkenangkan kisah adiknya yang kini bertugas di Sarawak)

Di Nenering ke Semenyih
Maka sibuklah mengemas barang2 dan beg pakaian yang mana bersesuain untuk dibawa ke sarawak nanti. Kemas punya kemas, 2 beg yang ada macam tak cukup. terpaksala tukar beg dengan aman. Cadangnya sebelum ke seremban nak ke kluang dulu ambil barang2 yang ditinggalkan di rumah paktam tempohari. Bila pergi beli tiket nak ke KL, dah sold-out (kes raya haji). So terpaksala beli tiket awal, dan terpaksalah beraya di Semenyih, di rumah sepupu (Muzammil - anak sedara abah). Tak silap ke rumah dia 29 Dis 2006.

Raya Haji
walaupun selalu jugak tak balik raya haji, tapi kali nie, rasa lain sikit, sebab lepas raya terus ke sarawak tanpa pulang semula ke nenering. Yang lawaknya, bangun pagi, tgk la rakaman sembahyang raya dari masjid negara. So, lambat2 la sikit geraknya ke masjid sebab tgk kat tv masih belum mula sembahyang. tapi bila sampai di masjid semenyih, orang dah selesai solat raya, maka buat solat raya single ler :)

Semenyih Ke Kluang
Raya Haji kedua pergi ke kluang ambil barang dengan sepupu. ingat nak balik terus petang tue, tapi ada urusan tak selesai dan perlu diselesaikan esoknya. (hal nak pos motor ke nenering). Maka bermalam la di rumah paktam. Terima kasih buat maktam, paktam sekeluarga atas pertolongan2 selama ini. Esoknya baru pulang semula ke semenyih.

Sebelum Berlepas
Kami, guru2 yang bakal bertugas diminta melaporkan diri di Hotel Royal Adelphi, Seremban pada 3 Jan 2006. Maka sepupu sudi untuk hantarkan ke hotel tersebut habis saja sesi persekolahannya. Dari semenyih ke seremban 1/2 jam jer.
Malam tu, merasa la tido di hotel yang dikatakan bertaraf lima bintang. tapi malam tue, tidur kurang nyenyak sebab memikirkan kat mana la tempat posting, kawan2 ramai yang dah tau..
seawal jam 4 pagi, sebahagian dari kami berkumpul di lobby hotel untuk ke klia untuk penerbangan jam 8 pagi.


dari Klia ke Kuching dan ke Sibu
rasa bertuah sebab dari kalangan kawan2 yang pertama kali "naik belon", diorang ambil flight terus ke sibu. tapi diri ini dan 5 rakan yang lain merasa 2 kali terbang sebab dari klia turun ke kuching dulu, transit, ambil flight semula ke sibu. merasa le gegaran 2 kali naik kapal terbang dan 2 kali turun kapal terbang. di kuching, kami sepatutnya dapatkan cop di imigresen, tapi sebab tak ada orang guide, kami terus saja ke sibu. tiba di sibu, kami ditegur oleh imigresen sibu sebab pasport tiada cop! bincang2 diaorang tolong copkan..

Sibu ke Kapit
di sibu, tidur semalam di primier hotel. katanya 3 bintang 1/2. Malam tu, rombongan guru2 baru mendapat sambutan dan taklimat dari ketua pengarah jpn sarawak. malam tu jugak dimaklumkan sekolah yang bakal ditempatkan. masing2 resah dan gelisah membuka surat penempatan. terjelmalah nama2 sekolah yang pelik2 kedengarannya pada halwa telinga kita. dan esoknya, merasa la kami semua menaiki bot laju, yang digelar "ekspress" oleh orang2 sini. 3 jam perjalanan menyusuri sungai rajang memang memenatkan. hanya pokok2 dan rumah panjang menemani perjalanan sepanjang sungai.. dan bila tiba di jeti kapit, dengan semangat kerjasama, kami memunggah beg2 dari bot ke jeti yang tinggi "menyayup", kata pakngah!
penat betoi!

Hotel Meligai ke SK Sg. Kapit.
sekali lagi menginap di hotel. kali ni, di khabarkan hanya hotel bertaraf 2 bintang. okla. tidak disangka, jauh dari bandar2 besar, dengan hanya pengangkutan air, kapit semacam boleh lawan pekan pantai! macam2 ada!! di sini, guru2 besar setiap sekolah dari menerima kehadiran kami ke sekolah. Esoknya, kami dibawa oleh guru besar masing2 ke sekolah yang berkenaan. terima kasih buat pakngah yang banyak membantu dengan maklumat2 yang diberikan. Sekolah nie, walaupun pinggir bandar, namun masih serba kekurangan. setakat ni muridnya dalam 400 lebih. hanya 7 orang islam, selebihnya iban. lepas ni kena belajar bahasa iban la..

Setakat ini
so far, alhamdulillah, di sekolah dan di rumah sewa ada line telefon. jarak dari rumah sewa ke bandar agak dekat jugak, dalam 2 km jer. manakala ke sekolah dalam 4 km. pengangkutan utama di sini van (disini digelar kereta sewa). banyak jugak ler membeli belah barang rumah dan barang dapur sebab rumah sewa "zero perabot". makanan kat sini pulak macam susah jer nak dapat yang halal. so, kena la masak. kat rumah duduk 4 orang, dengan sewa bulan rm630. katanya, kadar rumah sewa disini agak mahal. dan kadar yang kami dapt kira murah jugak la.

Harapan
Diharapkan insan2 di luar sana mendoakan kesejahteraan dan keselamatan diri ini untuk meneruskan penghidupan di sini.Semoga pengalaman di Pekan Kapit nie menjadi bekalan untuk masa2 akan datang.

Jumpa lagi, Adios...

Selasa, Disember 19, 2006

Memori Majlis Nikah Aman

Hanya ini sahaja koleksi yang ter"ada" dalam pendrive yang dirasakan boleh dijadikan tatapan dan simpanan dalam koleksi, buat saudara2 yang jauh di mata tapi dekat di hati..
pasangan bahagia
azizul rahman b ismail dan jalilah bte che mansur
selamat diijabkabulkan pada 18 dis 2006

dari kiri: maklang (kak abah), mak, "G", aman,

kak ilah dan mak njang

di hadapan: antara hantara2 yang diterima dari pihak perempuan

ucapan tahniah dari seorang abang buat adiknya yang berjaya potong Q..hehe

P/S: insyaallah, di masa depan, akan cuba dimuatkan lagi gambar2 sempena majlis nikah aman. rasanya ada dalam memori kamera..

Majlis Nikah Aman

alhamdulillah, seperti dirancangkan, isnin -18 dis 2006, adikku yang pertama, azizul rahman b ismail, telah menamatkan zaman bujangnya dengan gadis pilihan hatinya,
jalilah bt che mansor (orang perlis)

Sebelum Pergi
Mak, seawal pagi dah bising mengejutkan ahli rumah yang masih tidur. Masing2 dah dikerah bangun awal. mak dengan lang (kak kepada abah) katanya bangun pukul 5! yang lain2 dalam 6 setengah dah terpaksa bangun dari tempat tidur.

Lepas tu masing2 siap2 ler.. ada yang ke dapur, kemas rumah dan buat yang sepatutnya.
Tetamu dan rombongan yang nak ke perlis dijamu dengan nasi lemak sambal ikan bilis + ayam.
Janji nak bertolak pukul 8 pagi, tapi biasala... nu ni nu ni, pukul 8.30 jugak baru nak jalan.

Rintangan 1
Baru jer nak mula jalan keta, satu van tak mau hidup plak.. chek2, minyak takde (van sewa biasala, minyak cukup makan jer owner bagi). maka lie n iwan terpaksala dikerah pergi beli minyak.. selesai satu bab. Pukul 9 jugak jalannya..

Rintangan 2
Lepas jer setengah jam jalan, sampai la kat kg. padang tamat (kg. di perak utara yang bersempadan dengan negeri kedah). kat sana, en. nawi n keluarga (bekas pengurus felda) tengah tunggu nak pergi sana. kira semua konvoi 2 van 3 kereta..
Elok jer nak jalan semula, van lagi satu buat hal pulak. tayar takde angin, pancit habis! setengah jam jugak nak settle hal tu. maka hampir jam 10 baru sambung jalan..

Rintangan 3
alhamdulillah, untuk seterusnya selamat le perjalanan. sempat berhenti di hentian gurun untuk rehat kejab. kira2 dalam setengah jam lagi nak sampai, van yang pancit tayar tadi buat hal lagi. tayar van pecah terus! mujur jadi kat kawasan pekan (changlun). dapat la diselesaikan dengan mudah. dalam jam 1.20, selesai la..

Rintangan 4
sekali lagi van yang sama buat hal. ntah macam mana, driver boleh "ralit", terlepas fly-over nak belok ke perlis. maka terlajak la menghala ke bukit kayu hitam.. yang lain kena la tunggu lagi.. masing2 dok mengeluh ngan pelbagai andaian dan cerita2 tersendiri.. dalam jam 1.40, bergerak le semula kami menghala ke destinasi..

felda chuping
kebanyakkan yang ikut serta baru pertama kali jejak kaki ke sana. masing2 kagum dengan keadaan di sana. kami berhenti di masjid untuk bakal pengantin salin baju, untuk kami solat dan untuk persiapan barang2 hantaran..

di rumah pihak perempuan
sambutan penuh mesra diterima apabila kami tiba. kami sampai dalam jam 2.30 ptg. janji asal nak buat majlis akad nikah dalam 11 lebih. halangan2 yang ada membuatkan pihak kami memohon berbanyak2 maaf atas kelewatan..

rintangan buat pengantin lelaki.. hehe
mungkin atas sebab2 dok tersangkut banyak kali semasa dalam perjalanan ke rumah pihak perempuan, maka lafaz akadnya jugak tersangkut2.. tapi dia tetap tenang dan berjaya jugak melafazkannya bila tiba kali keempat..hehe

jamuan makan
selesai jer majlis batal air sembahyang, kami semua dijamu dengan menu yang cukup menyelerakan. mungkin sebab lapaq sama kot, boleh kata licin jugak la juadah yang dihidangkan, dimakan. ada ikan keli goreng, asam pedas keladi, gulai ikan, ayam masak merah, kerabu timun, sambal belacan, agar2, air sirap dan menu spesial- laksa perlis!

kembali ke rumah
setelah semuanya selesai, dalam jam 4.15 kami semua meninggalkan bumi perlis. tapi masing2 menghala balik dengan misi berbeza. ada yang ke alor star dulu, ada pergi jitra, ada masuk kepala batas dulu dan ada yang balik terus.. tapi, alhamdulillah, semua selamat sampai semula ke rumah masing2..

selesaila satu bab...sekian

p/s: cadang nak pemasuk gambaq, tapi dengan kelajuan 28.1kb seminit apa yang boleh buat.. semput!! insyaallah, nanti akan diusahakan jugak pemasuk gambar untuk tontonan semua..

Sabtu, Disember 16, 2006

Memori di Kem BTN Gunung Pulai

ini la kali pertama terlibat dengan kursus BTN. ada beberapa orang member dah pergi hampir 3 kali. mula2 memang rasa macam tak seronok je pasal dengar cerita dari kawan2 yang pernah pergi, kursus BTN tension! tapi kata ketua fasilitator format BTN dah berubah, pengisian ikut tahap ikhtisas. dan kebetulan pulak, ketua fasi tue kenalan satu batch masa di UUM - lagi mudah cerita. maka tak tensen le sangat masa dok kursus tue. dapat le menghabiskan masa dengan gembiranya di kem tersebut selama 5 hari (1-5 hb dis 2006)


geng2 lepas habis jungle tracking


geng2 satu dorm, bergambar sebelum balik kursus