Mudah-mudahan, dengan adanya blog2 nie, sedara² dan kawan² yang jauh di mata, sentiasa dekat di hati...

Rabu, Januari 09, 2008

Kapit vs Batu Pahat

Dilema sekarang ni memikirkan samada patut dibawa isteri ke Kapit atau mengikut isteri ke Batu Pahat, tempat isteri bertugas sekarang.

Kalau memikirkan yang senang, memang "mungkin indah" hidup di Batu Pahat nanti. Tapi "mungkin banyak keindahannya" juga kalu terus kekal di Kapit dalam 2-3 tahun lagi..

Yang letihnya di Kapit, ialah:-
  • jauh sangat (paling nyata) - hanya sungai sbg laluan utama untuk menghubungkan dengan bandar bersebelahan (Sibu). Untuk kes2 kecemasan, memang mendatangkan
    masalah.
  • harga barang dan perkhidmatan melampau2 mahal kesan dari kos pengangkutan. Cth minyak masak, rasanya di Semenanjung, dlm RM2.50 sepeket, tapi di sini RM3.50 sepeket. Ada kedai yang letak harga lebih mahal! Ayam sekilo RM10!! Ikan laut tak dapat la yang segar-bugar, dah lembik2..
  • hidup di luar bandar, apa yang ada kalau nak dibandingkan duduk di BP, macam2 ada..
  • permintaan keluarga mertua agar balik ke Semenanjung segera!!

indahnya Kapit
Tapi, yang bestnya di Kapit:-
  • tenang, damai dan relaks sesangat, berat badan cepat bertambah rasanya :)
  • ada elaun wilayah,
  • maybe dapat balik terus ke perak kalau sanggup stay 2-3 tahun lagi
  • kesanggupan si isteri hendak datang ke Kapit

Dan, jika ke Batu Pahat, insyaallah:-

  • dekat ler sikit, apa2 hal boleh berkereta saja.. Nak balik kampung tak payah tunggu raya
  • macam2 ada..BP Mall, Carrefour, The Summit
  • tentunya barang dan perkhidmatannya tak sama macam di Kapit
  • urban life - tentu datangkan cabaran yang pelbagai

atas: monumen batu pahat, bawah: BP Mall

Tapi jika di BP:-
  • si isteri merungut "tak best" dan "tensen" kat sekolah sekarang nie - sebab tu sanggup ke Kapit
  • Batu Pahat selalu kena banjir
  • Peluang balik ke Perak mungkin lambat la..
Tetapi, kadang2 dok dengar2 nasihat dari sana dan sini, makin confuse memikirkan hal nie...
Fenin-fenin...

8 ulasan:

arsaili berkata...

salam kapit destinasi bulan madu yang indah ehehe

aQQim berkata...

:) mai dulu kapit, baru bole cerita hehe

PakTeh berkata...

makin lama di kapit, makin mudah dapat ilham: nak kekal atau nak tukar. :)

Tanpa Nama berkata...

salam...cabaran jd cikgu memang macam tuh..pertimbangkan yang sebaiknya...buat ler solat istikharah...smua yang berlaku ader hikmah di senaliknya...

aQQim berkata...

pakteh: mslhnya makin lama makin confuse :)

unahbest: salam, tq jengok blog ni. tq juga ats saranan..

azlanlin berkata...

To Akim:

Apa gerak hati hang? ngeh..ngeh..ngeh..

apa goal hang? Pengorbanan dan terkorban pastinya ada! Kos melepas le katakan...

haaa...tuuu diaaaa...x berani nak sebut:
1. apa yang hang nak sebenarnya....
2. apa yg hang cari sebenarnya...


sekadar keluarkan yang baik dan buruk ttp xtau mana satu pilihan yg dicari...hampehhh jer...

>>hahahha..kasi provok sikit....panassssss!!!!!

> hahahha >>lariikkkk<<

PakTeh berkata...

sementara Akim dok pening2 pilih mana satu pilihan, ni ada satu benda elok dibuat.. hehe.

PakTeh dah tag Akim.. printscreen desktop laptop Akim, postkan dalam entri. senang saja. rujuk:

http://azmanlin.blogspot.com/2008/01/power-of-prtscr-button-capture-your.html

selamat mencuba.

pingu berkata...

salam..skrg cgu dh dpt mgajar kt bp ke? saya plk msh bljr kt iptho tp yg x bestnya bf posting kt kapit. sk nanga tiau..bru je..xblh bhubung line xde.broadband dia pn x leh guna..sedihnyala