Mudah-mudahan, dengan adanya blog2 nie, sedara² dan kawan² yang jauh di mata, sentiasa dekat di hati...

Rabu, Januari 30, 2008

KELLIE'S CASTLE

Sedikit Tentang Sejarahnya

Kellie’s Castle terletak di Jalan Simpang Pulai-Batu Gajah. Bangunan ini dibina antara 1909 hingga 1926 atas ilham hartawan Scotland, William Kellie Smith. Sayangnya, istana itu yang menjadi lambang cinta Smith kepada isterinya, Agnes tidak dapat disiapkan kerana kematian Smith pada 1926.


Meskipun istana yang dibangunkan dalam kawasan seluas 20 hektar itu tidak habis dibina sepenuhnya, ia masih tersergam indah dan ada keunikan tersendiri. Anda dapat saksikan keindahannya menerusi reka bentuk dalaman dan luaran bangunan. Kellie’s Castle yang setinggi enam tingkat mempunyai 24 bilik, termasuk kamar Smith dan sebuah terowong bawah tanah yang menghubungkan istana itu dengan kawasan estet berhampiran.

Yang membuatkan pengunjung tertawan dengan istana itu ialah keunikan bangunan yang diperbuat daripada batu bata merah dan marmar yang diimport dari India. Meskipun bangunan itu berusia lebih sembilan dekad, strukturnya masih kukuh. Menariknya, apabila pengunjung sampai ke tingkat teratas, anda dapat melihat sejauh mata memandang pekan Batu Gajah dikelilingi estet kelapa sawit, begitu indah dan segar sekali. Ruang teres yang terbuka luas itu dibina untuk mengadakan majlis keramaian.

(Gambar: Tarikan terbaru - bentuk beruang pada sepohon pokok dalam kawasan istana)
Ceriteraku:-
Saya berkesempatan singgah ke tempat bersejarah ini, semasa melalui Jalan Simpang Pulai - Batu Gajah sewaktu pulang dari Pantai Remis pada 16 Dis 2007 yang lalu bersama isteri dan Kak Ilah. Walaupun kunjungan kami sebenarnya adalah secara tidak disengajakan (ada antara kami mahu ke tandas :P ) namun, lawatan singkat berkenaan tetap bemakna.

Pemandangan dari tingkat 3 - pun dah gayat :), tambah kalu naik atas lagi

Dengan tiket RM4 untuk dewasa (mungkin separuh harga untuk kanak²) kami menghabiskan masa kira² sejam lebih di sana..

3 ulasan:

PakTeh berkata...

Kata depa, Kellie's Castle tu berhantu sikit. Betui ka.


PakTeh - Pantai

Pak Ngah: berkata...

:: suatu masa dulu... akhbar ada menyatakan bahawa ada terowong dari istana itu... ke suatu kaki bukit lain... dikesan apabila pembinaan lebuhraya sedang giat dijalankan...

aQQim berkata...

1. memang ada satu lorong (koridor) di tingkat 2 yang bole rasa seramnya bila kita lalu.. cuba la singgah nanti :)

2. memang ada satu perigi di luar istana yang menjadi terowong untuk melarikan diri pada waktu kecemasan.