Mudah-mudahan, dengan adanya blog2 nie, sedara² dan kawan² yang jauh di mata, sentiasa dekat di hati...

Ahad, Februari 24, 2008

My Hockey Team

Lama dah tak masukkan entri dlm blog. Actually aku busy sebagai jurulatih hoki semenjak balik dari cuti CNY tempohari. Kendian, bila dah lama tak masuk sekolah, menimbun ler kerja..

Pasukan hoki ni aku mula wujudkan pada tahun lepas lagi. Semuanya sebab bosan takdak kerja nak buat di rumah, aku pegi sekolah, latih budak2 nie. Majoriti budak2 tahun 4. Aku tak ambik tahun 5 dan 6 sebab taknak kacau study depa.
So tahun ni, pasukan hoki aku ni masuk untuk pertandingan antara zon Daerah Kapit. Mcm diduga, menang tanpa bertanding, terus wakil daerah sebab sekolah lain tak hantar wakil. Tapi budak2 aku (SK Sg Kapit) join ngan satu team dari sekolah lain (SK Kapit), utk wakil daerah. Kami tubuhkan 2 team.


Team A. Team B

Pertandingan untuk peringkat MSSG Kapit, 4 team ambil bhgn. 2 dari MSSD Kapit (team aku laa), satu dari MSSD Song, dan satu lagi dari MSSD Belaga. Kerana kekurangan pengalaman, faktor umur serta fizikal, dua2 team aku kalah huhuhu.. dapat tempat ketiga dan keempat. Belaga johan dan Song naib johan.

Latihan pusat di Stadium Kapit
Tapi ada 4 orang budak2 aku tercalon untuk wakil Bahagian. Perlawanan MSS peringkat negeri Sarawak akan berlangsung pada 23-25 Mac 2008 di Kota Samarahan, Kuching. Dengan pemilihan budak2 aku tue, terubat juga lara hati. At least depa dapat pendedahan awal kerana tahun depan confirm depa akan bertarung lagi sebab budak2 aku ni baru Tahun 5 tapi yang lain2 dah Tahun 6..
Moga tahun depan, rezeki depa berubah...

3 ulasan:

Bangchik and Kakdah berkata...

Akim,

Dato Dr Abdul Shukur, bekas KPPM, suatu ketika dulu menyebut tentang "sekolah berwatak".

PakTeh berkata...

tahniah, dapat no. 3 & 4. semoga tahun depan dpt no. 1 & 2 pulak. ada 1 tahun tk terus training.

sekolah pakteh pun hoki dah mula naik. hujung tahun2 banyak buat friendly game vs sek dr daerah lain.

aQQim berkata...

paklang: akim kurang jelas "sekolah berwatak" tue. nak kena selongkaq nampaknya..:)

pakteh: harap2 mcm tu. tp akim mcm tak duduk kapit lagi taun depan :)