Mudah-mudahan, dengan adanya blog2 nie, sedara² dan kawan² yang jauh di mata, sentiasa dekat di hati...

Ahad, Februari 10, 2008

MELAKA: Menarik Untuk Dilawati

Saya dan isteri, menyambung perjalanan keesokkan harinya, 9 Feb 2008, ke Bandaraya Melaka setelah perjalanan sebelumnya ke Port Dickson agak mengecewakan. Sebelum bertolak, Kami dijamu roti canai yang disediakan oleh Nenek Bariah, bersama keletah anak2 Paktam dan rakan sepupu mereka. Masa kami keluar, Wak Paiman dah ke kebun, "nak tengok budak2 buat kerja sawit, bukan boleh percaya sangat", katanya sebelum keluar.

P/S: Nenek Bariah & Wak Paiman tu mertua Paktam..

Kami sampai di Bandaraya Melaka lebih kurang jam 10 pagi. Rasanya ramai orang dah sampai Melaka, menikmati keindahan dan sejarahnya yang kita sedia maklum.. So, hanya gambar menyimpulkan segalanya..

Gerbang menyambut ketibaan pengunjung..

Berbeca dengan Pakcik Kamaruddin.
"Pakcik dah dekat 15 tahun bawa beca ni", katanya...

Subjek utama lawatan yang pasti jangan ketinggalan.. Kota A Famosa

Kiri: Tarikan terbaru - "Melaka River Cruise"

Kanan: Abang Polis Pelancong berkuda..

Kiri: Muzium Samudera, satu daripada hampir 10 muzium yang ada kat area Banda Hilir
Kanan: Pekena dulu cendoi, dah letih2 memusing :)

Sebenarnya banyak lagi tempat kami kunjungi, Malacca Butterfly & Reptile Santuary, Zoo Melaka, Taman Ular, Taman Budaya, dan Taman Mini Melaka. Tapi gambar tak dapat diabadikan sebab bateri kamera dah weak lepas kami habis pusing Bandar Hilir. Untuk ingatan semua, bawa banyak sikit duit sebab semua tempat yang kami lawati kebanyakkannya ada bayaran masuk.. letih gak membayarnya.. :)

Sebelum balik BP, kami singgah dulu Tangkak, beli kain corak batik, nak pakai untuk hari Khamis :)

Jumpa lagi...

7 ulasan:

Sharifah Hassan berkata...

Salam Pertemuan Pertama,

Terima kasih kerana melawat blog saya!

Melaka memang menarik. Saya bersama 4 anak backpacking dikota melaka pada cuti bulan 8 tahun lepas selama 3 hari. Cukup untuk meninggalkan kenangan indah buat anak-anak sehingga terpacul kata-kata "kalau sekolah kat sini mesti best" dari mereka. Hehehehe!

Pak Ngah: berkata...

:: salam... kalau pekena cendol yang mamak buat... "tang" mana yang sedapnya tuuu... soalan berteka teki niii... kahkahkah...

azlanlin berkata...

pakngah:
>>tang lurut bulu lengan kut..bertambah masin terasa dlm cendol tu..hahahhaha

arsaili berkata...

sonok dpt jumpa org tersyg..ye tak

Cikgu Hakim berkata...

kak pah: tq mai jengok blog

pktam & pkngah: baru kaw kalu ada tmbhan perisa hehe

arsaili: sendri mau tau ler huhu

azilah berkata...

Yg bestnya kalau berjalan kalau tak keluar modal banyak, tp mustahil la pulak.. Yg ada memori yg terpahat di setiap tempat yg dilawat.
Hai dah taknak balik kg ke dah ke ? Dok balik johor je.

Pak Ngah: berkata...

:: azilah: AKIM kata buat apa balik kpg... takdak apa2... baik balik johor... dah tentu ada apa2... kahkahkah...

:: cuti panjang... dia balik le tuu... tapi bukannya setakat berdua je...