Mudah-mudahan, dengan adanya blog2 nie, sedara² dan kawan² yang jauh di mata, sentiasa dekat di hati...

Jumaat, Februari 01, 2008

POLITIK MALAYSIA : Bila "Hari Itu" Makin Tiba..

Ragam Para YB:-

Razali serah nasib kepada pengundi
KUALA LUMPUR 31 Jan. - Razali Ibrahim yang baru sepenggal berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Muar menyifatkan pemilihan seseorang wakil rakyat itu turut bergantung pada budi bicara masyarakat setempat.

Calon berkaliber hadapi Pas di DUN Senggarang
BATU PAHAT 31 Jan. - UMNO Johor akan meletakkan calon yang benar-benar berkemampuan dan berkaliber untuk bertanding pada kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Senggarang pada pilihan raya umum ke-12.

Shahrizat serah pucuk pimpinan
BENTONG 31 Jan. - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyerahkan segala keputusan mengenai kedudukannya pada pilihan raya umum akan datang kepada pucuk pimpinan.

Najmudin akur keputusan parti
KUALA LUMPUR 31 Jan. - Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Kurau, Datuk Najmudin Elias berkata, beliau menerima dengan hati terbuka jika tidak dipilih menjadi calon pada pilihan raya akan datang.

Karpal mahu kekal di Bukit Gelugor
PUTRAJAYA 31 Jan. - Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh bersedia mempertahankan kerusi Parlimen Bukit Gelugor sekali pun ketika ini beliau masih berkerusi roda.

Mukhriz sedia bertanding
KUALA LUMPUR 31 Jan. - Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Mukhriz Mahathir sedia bertanding sekiranya diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kali ini.

Penyokong BN mahu anak Taib Mahmud bertanding
KUCHING 31 Jan. - Seramai 300 penyokong Barisan Nasional (BN) di Parlimen Batang Sadong mencadangkan Naib Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Taib yang juga anak Ketua Menteri bertanding di parlimen berkenaan pada pilihan raya akan datang.

Sumber: Utusan Malaysia Online, 1 Feb. 2008


CERITERAKU:-

Politik: Bila "hari itu" makin hampir...
  • Buat ahli²nya tak senang duduk bila pilihanraya hampir tiba. Ada yang pasrah, ada yang nekad, rasanya ramai yang yakin, ada yang akur, ada yang mahu terus kekal, ada yang baru nak cuba², dan ada yang disuruh mencuba...macam².. :)
  • Buat pemerhatinya tak sabar nak bagi komen... :)

Tiada ulasan: