Mudah-mudahan, dengan adanya blog2 nie, sedara² dan kawan² yang jauh di mata, sentiasa dekat di hati...
Memaparkan catatan dengan label vacation. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label vacation. Papar semua catatan

Ahad, Februari 10, 2008

MELAKA: Menarik Untuk Dilawati

Saya dan isteri, menyambung perjalanan keesokkan harinya, 9 Feb 2008, ke Bandaraya Melaka setelah perjalanan sebelumnya ke Port Dickson agak mengecewakan. Sebelum bertolak, Kami dijamu roti canai yang disediakan oleh Nenek Bariah, bersama keletah anak2 Paktam dan rakan sepupu mereka. Masa kami keluar, Wak Paiman dah ke kebun, "nak tengok budak2 buat kerja sawit, bukan boleh percaya sangat", katanya sebelum keluar.

P/S: Nenek Bariah & Wak Paiman tu mertua Paktam..

Kami sampai di Bandaraya Melaka lebih kurang jam 10 pagi. Rasanya ramai orang dah sampai Melaka, menikmati keindahan dan sejarahnya yang kita sedia maklum.. So, hanya gambar menyimpulkan segalanya..

Gerbang menyambut ketibaan pengunjung..

Berbeca dengan Pakcik Kamaruddin.
"Pakcik dah dekat 15 tahun bawa beca ni", katanya...

Subjek utama lawatan yang pasti jangan ketinggalan.. Kota A Famosa

Kiri: Tarikan terbaru - "Melaka River Cruise"

Kanan: Abang Polis Pelancong berkuda..

Kiri: Muzium Samudera, satu daripada hampir 10 muzium yang ada kat area Banda Hilir
Kanan: Pekena dulu cendoi, dah letih2 memusing :)

Sebenarnya banyak lagi tempat kami kunjungi, Malacca Butterfly & Reptile Santuary, Zoo Melaka, Taman Ular, Taman Budaya, dan Taman Mini Melaka. Tapi gambar tak dapat diabadikan sebab bateri kamera dah weak lepas kami habis pusing Bandar Hilir. Untuk ingatan semua, bawa banyak sikit duit sebab semua tempat yang kami lawati kebanyakkannya ada bayaran masuk.. letih gak membayarnya.. :)

Sebelum balik BP, kami singgah dulu Tangkak, beli kain corak batik, nak pakai untuk hari Khamis :)

Jumpa lagi...

Port Dickson : Rancangan Yang Gagal

Rancangan ke Port Dickson tak terancang. Tetiba jer keluar dari mulut..
"Bosan le dok bilik jer, jom jalan2?"
"Jom pegi mandi laut kat PD nak?" "Jom!"
Maka, terus Akim dan isteri bersiap2, pada pagi Jumaat 7 Feb 2008. Dari BP, kami lalu Beserai, naik Highway Pagoh, keluar tol Seremban/PD, dalam 2 jam perjalanan.
<>

Tapi yang tak bestnya, sampai di PD, semua hotel (mewah @ cap apek), fully book! Pusing2 dekat 2 jam lebih mencari, lajak ke Teluk Kemang pun takde kosong. Terus hilang mood nak mandi laut. Memang salah kami jugak, lupa cuti CNY.. manusia lain pun ramai gak nak bergumbira...

< Chalet yang menarik hati, tapi penuh ditempah..

Control ensem lagi walaupun tensen tak dapat bilik, mandi laut pun x jadi, randuk air jer..

Kami terus berkereta menyusuri laluan tepi laut sepanjang Port Dikson, masuk daerah Melaka, kawasan Tanjung Bidara, pun penuh jugak chalet @ resort2 yang ada. Kami lajak lagi sampai ke Masjid Tanah, terus masuk area Bandar Melaka. Hari dah makin gelap, maka keputusan mengejut dibuat..
"Kita tido umah mertua Paktam bole?"
"Orang ikut jer :( "
Beberapa panggilan dan sms dibuat, maka laluan kami menuju ke
Durian Tunggal - Selandar - Asahan - Felda Bukit Senggeh..

Port Dickson : Rancangan Yang Gagal :(

Rabu, Januari 30, 2008

KELLIE'S CASTLE

Sedikit Tentang Sejarahnya

Kellie’s Castle terletak di Jalan Simpang Pulai-Batu Gajah. Bangunan ini dibina antara 1909 hingga 1926 atas ilham hartawan Scotland, William Kellie Smith. Sayangnya, istana itu yang menjadi lambang cinta Smith kepada isterinya, Agnes tidak dapat disiapkan kerana kematian Smith pada 1926.


Meskipun istana yang dibangunkan dalam kawasan seluas 20 hektar itu tidak habis dibina sepenuhnya, ia masih tersergam indah dan ada keunikan tersendiri. Anda dapat saksikan keindahannya menerusi reka bentuk dalaman dan luaran bangunan. Kellie’s Castle yang setinggi enam tingkat mempunyai 24 bilik, termasuk kamar Smith dan sebuah terowong bawah tanah yang menghubungkan istana itu dengan kawasan estet berhampiran.

Yang membuatkan pengunjung tertawan dengan istana itu ialah keunikan bangunan yang diperbuat daripada batu bata merah dan marmar yang diimport dari India. Meskipun bangunan itu berusia lebih sembilan dekad, strukturnya masih kukuh. Menariknya, apabila pengunjung sampai ke tingkat teratas, anda dapat melihat sejauh mata memandang pekan Batu Gajah dikelilingi estet kelapa sawit, begitu indah dan segar sekali. Ruang teres yang terbuka luas itu dibina untuk mengadakan majlis keramaian.

(Gambar: Tarikan terbaru - bentuk beruang pada sepohon pokok dalam kawasan istana)
Ceriteraku:-
Saya berkesempatan singgah ke tempat bersejarah ini, semasa melalui Jalan Simpang Pulai - Batu Gajah sewaktu pulang dari Pantai Remis pada 16 Dis 2007 yang lalu bersama isteri dan Kak Ilah. Walaupun kunjungan kami sebenarnya adalah secara tidak disengajakan (ada antara kami mahu ke tandas :P ) namun, lawatan singkat berkenaan tetap bemakna.

Pemandangan dari tingkat 3 - pun dah gayat :), tambah kalu naik atas lagi

Dengan tiket RM4 untuk dewasa (mungkin separuh harga untuk kanak²) kami menghabiskan masa kira² sejam lebih di sana..

Selasa, Januari 29, 2008

TERENGGANU MUSEUM MALAYSIA

The Largest Museum in Malaysia

Muzium Terengganu telah dirasmikan pada 20 April 1996 bersamaan 2 Zulhijjah 1416 oleh Armarhum Sultan Mahmud Al-Muktafibillah Shah, Sultan Terengganu. Meliputi kawasan seluas 27 hektar, kompleks ini mempunyai keluasan lantai keseluruhan berjumlah 75,075 meter persegi. Terdiri dari 4 blok bangunan Muzium Utama, kompleks ini juga mempunyai Muzium Maritim, 5 buah rumah tradisional serta kawasan lanskap. Antara galeri yang terdapat di bangunan utama ialah Galeri Di Raja, Galeri Kraf, Galeri Sejarah, Galeri Tekstil, Galeri Ilmu Kejadian, Galeri Petroluem dan Galeri Islam. Di Muzium Maritim pula terdapat Galeri Perikanan & Taman Laut serta Galeri Pelayaran & Perdagangan.

Dibuka /Open:
SABTU-KHAMIS 9.00AM – 5.00PM
JUMAAT 9.00AM – 12.00PM / 3.00PM – 5.00PM
HARI RAYA PUASA/ RAYA HAJI TUTUP

Tiket:
Warganegara – Dewasa RM2.00
Kanak-kanak RM1.00
Pelajar Beruniform RM0.50
Non- Citizen - Adults RM5.00
Children RM2.00
How to go:
15 minit dari Perhentiaan Teksi
30 minit dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud
Dengan Bas Bandar (rujuk gambar di atas) - unik tak idea Tok Deris?


Ceriteraku:-

Pada 24hb Dis 2007 yang lalu, saya dan isteri telah berkesempatan bersama Mak, Abah, Kak Ilah, Habil dan isteri, MakNjang dan PakNjang serta anak² Kak Mahani (mereka semua ada dalam gambar di atas) berjalan² hampir 2 jam melawat dan mengelilingi Muzium ini. Kami semua mengambil peluang menjadi pelancong sebaik selesai Majlis Pernikahan Muzamil (sepupu @ anak menakan Abah) yang diadakan pada sebelah paginya. Actually letih jugak nak merayau sekitar muzium ni, luas betoi! Masing2 mengadu sakit kaki bila keluar menuju ke kereta..hehe. Namun, ilmu yang diperolehi amat bernilai sekali, amat sesuai untuk semua golongan yang mementingkan ilmu dan sejarah.