Mudah-mudahan, dengan adanya blog2 nie, sedara² dan kawan² yang jauh di mata, sentiasa dekat di hati...

Sabtu, September 20, 2008

:: Berbelanja Raya..

Tahun nie, aku rasa lemah sikit nak beraya. Walaupun pertama kali beraya bersama isteri, tapi bila mengenangkan gaji aku yang tak masuk untuk bulan 9, mood lari beb.. Kesnya, kerani kewangan dari Kapit lambat hantar KEW 8 aku ke tempat keja baru. So, kerani sini tak dapat la nak buat gaji aku awal. Katanya, "akak boleh tolong buat cara manual, tapi rasanya lambat gak masuk, bulan 10 kot.." waaaaa...
Bila isteri mengadu nak baju raya, aku korek2 sumber2 yang ada, alhamdullillah dapat jugak sepasang untuknya. aku pergi beli di Kluang minggu lepas, terus lajak singgah rumah Paktam kejab, melepaskan lelah.Kendian, isteri aku tak sampai hati nak tengok aku beraya tanpa baju baru, tengah hari tadi, kami berdua membeli belah di BP Mall. Maka dapat jugak aku baju raya hahaaa "tq dear".. Ingat nak cari sepasang lagi buat isteri aku, tapi jenuh memusing tak jumpa jugak. "Kita cari di ipoh je la nanti", kata isteriku. Ok jer aku..
Baru aku tau, kebanyakkan orang perempuan kena banyak baju sebab depa taknak pakai baju yang sama berulang kali. Pagi baju lain, petang baju lain, esok baju lain, lusa baju lain, lepas tu, yang tahun lepas kira dah expired!!!
Habis beli baju, aku turun tingkat bawah untuk cari barang dapur. Beras, gula, berus gigi dan bekas kuih raya dibeli. Dalam jam 3 kami balik rumah.
Kami lajak ke Air Hitam pulak lepas tu. Pergi cari tikar sarawak dan dulang kayu, pesanan dari mak mertua. Lepas tu, singgah di Parit Raja beli kerepek2 untuk kedua2 mak abah.. Dan sebelum balik rumah, aku belikan sedikit juadah untuk berbuka..
On the way balik, congak2 banyak jugak habis hari nie.. Haru. Tu cara x dapat gaji dan bonus, kalu dapat aku tak tau la!! Nak kena berhemah berbelanja la raya nanti nampaknya...

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

cikgu... first time ke blog ni.. anyway, keje kerajaan cam tu lah.. bila tukar tempat, gaji sangkut2. sabar jelah... cikgu balik ipoh? orang perak ke? kalau sudi layarilah www.gap.org.my.
selamat hari raya!

aQQim berkata...

cikgu juga:: tq sudi mampir. aha saya orang perak. pasal gaji, ingat dah alaf baru takkan sangkut2 gaji lagi. tapi takpe, dapt lagi berhari raya. insya, nanti saya ke "gap"

Pak Ngah: berkata...

:: orang bekerja sendiri... pesara... nelayan & petani... rasa2nya tiada pendapatan tetap... tiada gaji... tiada elaun... tiada cuti...

:: selamat hari raya... maaf zahir batin... daripada kami sekeluarga... dan salam untuk semua...

Unknown berkata...

Salam hari Raya..
Seronok berhari raya tahun ni.. kawan-kawan saya suka berkongsi sekiranya saudara semua mahu.. sebuah pengendali blog menyediakan kemudahan blogger tanpa had mukasurat dan berbagai kemudahan didalam blog dan mendapat kepuasan dalam menyediakan blog yg tiada had.
Sila lawati:
http://eman.blogstarz.my atau hubungi saya 019 9047100