Mudah-mudahan, dengan adanya blog2 nie, sedara² dan kawan² yang jauh di mata, sentiasa dekat di hati...

Sabtu, September 20, 2008

:: Berbelanja Raya..

Tahun nie, aku rasa lemah sikit nak beraya. Walaupun pertama kali beraya bersama isteri, tapi bila mengenangkan gaji aku yang tak masuk untuk bulan 9, mood lari beb.. Kesnya, kerani kewangan dari Kapit lambat hantar KEW 8 aku ke tempat keja baru. So, kerani sini tak dapat la nak buat gaji aku awal. Katanya, "akak boleh tolong buat cara manual, tapi rasanya lambat gak masuk, bulan 10 kot.." waaaaa...
Bila isteri mengadu nak baju raya, aku korek2 sumber2 yang ada, alhamdullillah dapat jugak sepasang untuknya. aku pergi beli di Kluang minggu lepas, terus lajak singgah rumah Paktam kejab, melepaskan lelah.Kendian, isteri aku tak sampai hati nak tengok aku beraya tanpa baju baru, tengah hari tadi, kami berdua membeli belah di BP Mall. Maka dapat jugak aku baju raya hahaaa "tq dear".. Ingat nak cari sepasang lagi buat isteri aku, tapi jenuh memusing tak jumpa jugak. "Kita cari di ipoh je la nanti", kata isteriku. Ok jer aku..
Baru aku tau, kebanyakkan orang perempuan kena banyak baju sebab depa taknak pakai baju yang sama berulang kali. Pagi baju lain, petang baju lain, esok baju lain, lusa baju lain, lepas tu, yang tahun lepas kira dah expired!!!
Habis beli baju, aku turun tingkat bawah untuk cari barang dapur. Beras, gula, berus gigi dan bekas kuih raya dibeli. Dalam jam 3 kami balik rumah.
Kami lajak ke Air Hitam pulak lepas tu. Pergi cari tikar sarawak dan dulang kayu, pesanan dari mak mertua. Lepas tu, singgah di Parit Raja beli kerepek2 untuk kedua2 mak abah.. Dan sebelum balik rumah, aku belikan sedikit juadah untuk berbuka..
On the way balik, congak2 banyak jugak habis hari nie.. Haru. Tu cara x dapat gaji dan bonus, kalu dapat aku tak tau la!! Nak kena berhemah berbelanja la raya nanti nampaknya...

Isnin, September 01, 2008

::SELAMAT BERPUASA::

Aku cukup tertarik dengan gambar sebelah nie. Aku ambik dari blog En. Husin Lempoyang . Harap En. Husin tak keberatan. Harap takde masalah kot yer aku kongsi gambar yang sama..

Satu mesej yang aku dapat berbunyi:

"Andai harta adalah racun,
Maka zakatlah penawarnya.
Jika seluruh umur adalah dosa,
Maka taqwa dan taubatlah ubatnya.
Jika seluruh bulan adalah noda,
maka Ramadhanlah pemutihnya."

Semoga datangnya Ramadhan ini, memberi peluang kepada kita untuk lebih beribadat kepadaNya.

Tahun nie, pertama kali aku bersahur dan berbuka dengan isteri. Harap kami dapat menjalani ibadat puasa dengan sempurna.
Ucapan dari aku dan isteri:-

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK DAN
SELAMAT MENJALANI IBADAT PUASA
KEPADA SEMUA UMAT ISLAM..

Ahad, Ogos 31, 2008

Happy 51th Merdeka Day

Hari nie, aku terlibat dengan kawad statik under team PPD Batu Pahat. Setiap sekolah kena hantar 5 orang wakil. Jadi dengan jumlah sekolah di Batu Pahat lebih 200 buat, team PPD kira menang kontigen teramai!!

Seawal jam 7 pagi, di Stadium Batu Pahat, ramai dah orang ramai berkumpul. Dan sekitar jam 8, jumlah orang makin ramai, terutama bila pasukan yang berarak masuk ke padang.

Aku perhatikan, persiapan yang dibuat agak kemas dan teratur. Pasukan2 yang masuk perarakan pun begitu segak dan penuh komitmen. Kelihatan hayunan langkah semasa berjalan begitu bersemangat.

Bab bukti kehadiran, aku awal2 lagi dah tandatangan buku kehadiran, lagi mudah bila PAR sekolah aku yang urus bab tue.. Hampir jam 9 pagi, aku jumpa GB aku. Dia bagitau, kalau dah sain, kejab lagi boleh balik la.. Tersenyum jela aku bila GB dah cakap gitu. Tak lama, lepas selesai kumpulan koir menyanyi, aku pun menapak balik ke kereta..

Sebelum balik rumah, aku singgah dulu kedai mamak, tapau roti canai kosong dulu 3 keping..:)
Akhir kata,
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN NEGARA YANG KE 51
kepada semua rakyat Malaysia..


.........................................................................................................................................................................


Iklan: Bandingkan...

Birthday Di Hospital

Actually bukan aku yang masuk hospital, tapi isteri.

Pada Selasa, 26 Ogos lalu, sepatutnya aku raikan bersama isteri hari lahir aku yang ke-30. Ingat2 nak makan2 la kat kfc ker, mc donald ker, pizza ker.. tapi, apa nak buat, yang dirancang lain jadinya.
Hari sebelumnya, isteri aku dah dapat MC sebab kesihatan yang tak berapa mengizinkan. Almaklum, pembawakan budak, kata orang, asyik muntah sajer, pening2 dan kurang selera makan. Pergi Klinik Min, doktor bagi rehat 2 hari.

Dan pada hari kejadian, kami bercadang nak ke klinik kesihatan untuk buat "Kad Merah" (rekod ibu mengandung). Tapi, kami tersilap hari, sepatutnya datang pada hari Isnin sahaja untuk tujuan tue.. Tapi bila isteri mengadu pada doktor ada sikit bleeding, doktor terus buat surat, "awak kena ke hospital, maybe kena masuk wad"...

Hari tue, dari sekolah, aku ambil isteri dari rumah, bawa ke klinik, dan balik semula ke sekolah. Bila dapat mesej "abang, doktor cakap ayang kena masuk hospital", aku jadi kalut semacam...:)
Aku segera jumpa GPK 1 (GB bercuti), untuk maklum dan nak mohon pulang awal. Tengah dok pikir apa nak buat, dapat mesej lagi dari isteri "ayang pegi hospital naik ambulans, takut la". Aku jadi lagi kalut, tapi masih cuba bertindak tenang. Aku call isteri, bagitau takper, tunggu saja di hospital, nanti aku akan datang.
Sebelum ke hospital, aku singgah sekolah isteri (STA) untuk ambil Borang GL, singgah rumah, packing apa2 yang patut, terus lajak ke hospital.

Sampai di hospital, melilau jugak aku mencari wad 6 (wad wanita). Bila berjumpa, aku lega tengok wajah isteri aku, nampak macam ok saja. Katanya doktor dah buat checking dan ada ambil darah untuk susulan lanjut.

Maka, aku menemani la isteri aku sehingga tamat waktu lawatan pelawat hingga jam 2.30 petang. Waktu lawatan jam 4.00 -7.30 aku tak sempat jenguk, sebab kena ambil motor aku yang baru sampai dari sarawak. Tq pada Pejon yang sporting, dan sudi tolong aku..

Terkilan gak aku, tak dapat nak jenguk lagi isteri pada malam hari, tak dapat nak belanja makan, tapi isteri aku kata takpe, kat sini ramai orang, tak sunyi sangat. Dia mohon maaf sebab kena masuk hospital pada birthday aku... Aku cakap, "takpe"..

Alhamdullillah, esoknya isteri aku dah boleh keluar wad. tapi dia diberi lagi cuti rehat sebelas hari !!



Ahad, Ogos 24, 2008

Cerita Cuti Sekolah -2

Di rumah abang ipar, mertua aku dah ada di sana hari jumaat lepas. Bukan main seronok depa melayan cucu2 kesayangan. Petang tue, aku mandi kolam kat bawah flat, tu pun sebab anak buah aku merengek "nak andi olam". Malamnya, kami semua ke carrefour cari barang2 skit..

Esoknya, dalam jam 9 pagi, kami bertolak balik ke batu pahat. Seperti mana yang dirancang, kami singgah dulu di NILAI 3. Aku bercadang nak cari frame ayat kursi, nak dilekatkan pada rumah kami. lapang sangat rasanya dinding.. Pada masa yang sama nak layan mertua, kira bawak depa jalan2 ler. tapi awai2 lagi dah mengadu lenguh2 kaki..:)

Lepas pusing2, dapat jugak apa yang dicari. Mak mertua aku berkenan kat tikaq sarawak, tapi dengan myvi, dan muatan penuh, tak lepas le nak dibawa. aku janji akan beli bawa balik masa cuti raya nanti. tapi dia beli jugak buah tangan dari Nilai 3, sebuah jam dinding..

Aku ambik exit highway Ayer Keroh, saja nak bawak keluarga mertua aku pusing2 Bandaraya Melaka. Hampir satu jam pusing, tanpa berhenti, sekadar tengok2 keliling dari kereta saja, sebab dah tak larat jalan.. Sebelum keluar dari bandaraya melaka kami menikmati makan tengahari dulu...

Dengan cuaca yang agak redup, kami teruskan perjalanan. Aku keluar dari lebuhraya di Persimpangan Pagoh, melalui jalan dalam.. Alhamdulillah, dalam jam 4 kami sampai ke BP..