Mudah-mudahan, dengan adanya blog2 nie, sedara² dan kawan² yang jauh di mata, sentiasa dekat di hati...

Jumaat, Disember 12, 2008

Taman Rekreasi Gunung Lang

Sedikit info dari Wikipedia..
Gunung Lang yang terletak hanya lima kilometer dari bandar Ipoh adalah salah satu gunung batu kapur yang banyak terdapat di negeri Perak, Malaysia, khususnya di Lembah Kinta. Gunung Lang telah dijadikan kawasan rekreasi oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan pada tahun 1999. Taman ini dilengkapi dengan tiga buah tasik buatan dari bekas lombong bijih timah. Tasik yang tenang membiru dipenuhi dengan pelbagai ikan air tawar khususnya kelah, lampam, kap, dan tilapia.
Mesti jumpa "IPOH" dulu sebelum belok ke kiri..
Cara ke sana:
Jika anda dari bandar Ipoh, anda perlu mengikuti Jalan Kuala Kangsar yang menuju ke Kuala Kangsar. Hanya 5 minit dari dari bandar Ipoh.
Jika anda dari Kuala Lumpur, anda hanya perlu keluar dari Lebuh raya Utara Selatan di susur keluar Ipoh Utara 1 km dari situ anda akan temui papan tanda Taman Rekreasi Gunung Lang.
Tempat letak kereta luas di tepi tasik secara percuma.
Tambang untuk menaiki bot : RM3 bagi dewasa, RM2 bagi pelajar sekolah menengah, RM1 pelajar sekolah rendah, RM0.50 sen bagi kanak-kanak dan warga emas RM1.50 untuk ke pulau itu sejauh kira-kira 300 meter.

P/s:
Hari aku pergi, tak ramai orang datang. Aku perhatikan kawasannya cantik dan menarik. Tapi, kalu MBI buat laluan pejalan kaki dari jeti ke pulau (ada taman permainan), tentu lagi ramai orang datang.

Ke Cameron Highland lagi..

Tahun lepas, aku berbulan madu di sini. Tidur semalam. Tapi kunjungan kali ni, kira lawatan sambil belajar haha.. Kami pergi pada 24 nov 2008, iaitu genap setahun perkahwinan aku. Aku bawa family mertua jalan-jalan, kebetulan mak mertua aku lum pernah sampai ke sana.
Kami tak tidur, balik hari, sebab perjalanan dari rumah mertua ke atas sana kira2 1 jam lebih aja.. Keadaan agak sibuk sebab cuti sekolah, ramai orang ambil peluang berjalan2.. Tak banyak tempat yang dilawati sebab "kaki ni dah tak kuat jalan jauh" kata mak mertua aku


Terbaik dari ladang..

Mak mertua aku berkenan belon strawberi, untuk cucu2 nya

Di ladang Cameron Tea Bharat


Di Rose Valley Garden


Selasa, November 25, 2008

Pameran The Science of Aliens

Aku memang berhajat sangat nak tengok pameran nie sejak ianya dipertontonkan kepada umum. Dan kesempatan di cuti sekolah memberi peluang kepada aku untuk mengunjunginya.
Bertempat di Melaka International Trade Centre (MITC), Melaka, aku menghabiskan kira2 sejam lebih melihat sejarah dan khayalan yang dihasilkan oleh para penggiat UFO dan ahli sains yang mana isu makhluk asing ini menjadi polemik sejak sekian lama..

Pameran ini berlangsung sehingga 29 Jan 2009.


Tapi aku rasa pihak penganjur perlu hidangkan lebih banyak penemuan dan koleksi makhluk asing kerana aku merasakan nilainya macam tak berbaloi dengan bayaran yang dikenakan. Tambahan, nak ambil gambar kat dalam tue pun dikenakan bayaran..

Untuk maklumat lanjut layari




Pengapit "Terjun"


SELAMAT PENGANTIN BARU buat rakan seperjuangan aku, Faiz Wadani b Nastani dan pasangannya yang selamat melangsungkan perkahwinan pada 15 nov 2008 tempohari.
Ada beberapa perkara menarik berlaku..
Tiga hari sebelum majlis, aku dijemput Faiz ke majlis perkahwinannya menggunakan telefon saja. Katanya dah tak sempat nak kirim kad, tapi aku tak kisah. Sebenarnya aku dah tahu tarikhnya dari seorang rakan lain, tapi saja menunggu jemputan dari tuan punya badan.
Aku ambil keputusan untuk ke majlis sebelah perempuan di Parit Yusof - Muar, sebab aku bercadang hendak pulang awal ke kampung. Majlis di pihak lelaki pada 22 nov di kluang.
Pada pagi majlisnya, dia menghubungi aku sekali lagi. "..ko join rombongan aku skali yer dari kluang.." aku ok jer, lagipun aku tak tahu laluan ke rumah pengantin perempuan.
Member aku ni terkenal suka bertindak last minute, tapi tetap cool.. Tunggu punya tunggu, hampir jam 3 baru rombongannya tiba di tempat yang dijanjikan. Dengan kalut2 dia pun bersiap2 la..
Yang tak bestnya, dia mintak tolong aku jadi pengapitnya sebab katanya, rombongannya takde orang muda. Haru!! fikir aku, ni mesti tak dirancang awal nie.. aku jugak jadi mangsa. Isteri aku jeling semacam jer bila dimaklumkan..
Tapi aku cuba la sehabis baik berlakon sebagai pengapitnya.. kalu dibagitau awal, boleh jugak aku berbaju melayu bersampin bersongkok.. hehe
Satu perkara yang aku dapat, adat "kena bayar tol".. Aku diberikan sampul duit untuk persediaan menghadapi halangan2 tol yang bakal tempuh pengantin lelaki sebelum dapat duduk bersama pengantin perempuan di pelamin...
Majlis berlangsung lancar, dan hampir jam 5 aku mohon diri pulang ke BP..

Isnin, November 17, 2008

Tersepit pintu kereta.. aduiiiii

Alkisahnya, petang Rabu, balik dari sekolah, aku nak pegi beli goreng pisang. ntah camana silapnya, aku boleh tutup pintu keta dan jari ibu aku gatal menahannya. maka, meraung tanpa suara aku jawabnya.. terkinja2 sorang2 menahan sakit..

malam tu, aku mula la tak nyenyak tido menahan "nyut-nyut"..

paginya aku sempat lagi pegi kerja, bawa budak ke program integrasi ngan sekolah lain.

bila balik sekolah, ada meeting. tangan aku makin bertambah sakit. tensen tul aku rasa masa tue..
malamnya skali lagi aku tak lena tido menahan sakit.

Esoknya, aku call sekolah cakap nak MC. Bila ke Klinik Aliza, doktornya kata, "Apsal tak cucuk jer, buang darah. Darah tue yang buat sakit. Meh saya buang darah tue.."

Dalam sedar, dengan selamba doktor gerudi jari aku guna jarum, cucuk pada bahagian atas kuku aku. Aduuiiii... Doktor kata, kuku aku mungkin akan rosak jugak, tapi akan tumbuh baru.. kita tunggu dan lihat...

Last2, aku dapat 2 hari MC, ngabiskan sisa2 hari persekolahan..

Aku minta isteri aku dapatkan inai dari rakan sekolah, nak cuba cara tradisional.


Sehari selepas kejadian


Empat hari selepas kejadian

Catatan Raya 2008 - 3

Sorry, entri ini lambat skit siapnya, semput2 nak selesai..

Majlis Doa Selamat - Jumaat 3/10/2008
Tah (panggilan untuk Nenek sebelah isteri) berhajat nak buat majlis ini untuk arwah suaminya (Tok - Allahyarham Yahya b Said). Jadi, berkumpullah semua anak menantu dan sedara mara pada raya ketiga di rumahnya di Kuala Pari, Menglembu untuk tujuan berkenaan.

Semuanya diuruskan sendiri oleh anak2 Tah, masing2 berbakat - memasak, mengemas, dan menyibuk (aku la hehe )

Selepas solat Jumaat, tetamu jemputan hadir. Majlis diketuai Imam Masjid Kuala Pari. Selesai tahlil dan doa selamat, aktiviti menjamu selera bermula. Sebelum bersurai, para jemputan diberi ole2, sehelai kain pelekat..


Tetamu menjamu selera


Waris Kuala Pari - dari kanan, Azhar, rakannya, dan Enda



Majlis Pra Khatan - Malam 3/10/2008

Aku sebenarnya tak pasti nama malis yang diadakan, tapi maksudnya lebih kepada hendak meraikan budak lelaki yang bakal berkhatan. Orang yang diraikan, sorang saja, pangkat sepupu dengan aku, tapi majlisnya meriah; pulut kuning, ayam golek rendang dan siap berpelamin.

Menurut ayahnya, Enda, majlis khatannya akan berlangsung pada cuti sekolah bulan November ini. Tambahnya lagi, majlis nie satu kebiasaan bagi anggota keluarga sebelah Kuala Pari..



Yang diraikan (mendukung adiknya) bersama adik2 dan sepupu


Menu utama

Jumaat, Oktober 17, 2008

Catatan Raya 2008 - 2

1 Syawal 1429H - Nenering
Pagi2 lagi, kami sekeluarga sibuk macam selalu, masing2 kalut jer. Lepas ambik sarapan sikit, kami semua bergegas ke masjid. Lepas sembahyang dan khutbah raya, Imam Masjid, Ustaz Yusof meminta semua ahli qariah tunggu seketika untuk melakukan tahlil ringkas. Jadi, hampir jam sepuluh, baru semua jemaah meninggalkan masjid.

Balik dari masjid, baru kami sekeluarga bersalaman memohon kemaafan. Kendian, diikuti dengan sesi fotografi. Lepas tue, baru masing2 membawa haluan masing-masing. aku dah takleh rancak berjalan raya macam tahun lepas, sebab kena bawa isteri sekali beraya, langkah jadi slow la skit :)

Memori 1 Syawal 


Elok ja habis bergambar, tetamu start datang. Aku kena jadi penyambut tetamu sebab aku ja yang tertinggal di rumah, adik2 aku  dah keluar beraya. Maka, melayanla aku budak2 dan kawan2 yang mai..

Dalam jam 12, bila tetamu dah reda, baru aku dan isteri, mak, abah dan kak bergerak ke rumah2 jiran - Abg Lin + Kak Ani (bihun goreng) , Pak Saad + Mak Siti (soto) , Paklang Hassan + Maklang Pah (Mee udang) dan rumah Makcik Limah (bihun sup).

Lepas saja jalan raya, mata pulak mengantuk, aku pun jadi ular sawa terlena kekenyangan.. hehe

Nenering ke Pantai Remis
Janjinya, lepas asar nak bergerak ke rumah arwah Tok di Pantai Remis. tapi, bila dah ramai2 dengan macam2 kerenah, hampir jam 6 baru kami bertolak. dengan kenderaan yang agak banyak di jalan raya, kami tiba hampir jam 9 di Pantai.

Sebaik tiba, kami terus disambut dengan langkah kanan. Bau ikan terubuk bakar membangkit selera perut aku yang belum menerima nasi.

Di rumah Tok, ada Paklang sekeluarga, PakNjang sekeluarga, Pakteh sekeluarga dan Farah sekeluarga. Pakteh tak lama di situ, sebab mahu pulang beraya di Lekir. Paknjang dan Farah pulak pulang ke Bumi Hijau agak lewat malam, sebelum kami semua sibuk mencari sarang tidur masing2 :)

2 Syawal 1429 H - Pantai Remis
Selepas bersarapan, kami pakat bersiap-siap untuk agenda masing-masing. Tapi sempat jugak aku beraya di rumah TokNgah Chan. Aku jugak sempat ambik 7 beg benih cendawan, untuk percubaan di Batu Pahat nanti.
Keluarga PakLong dan PakLang

Selesai berkemas, kami sekeluarga dengan haluan ke Tebuk Yan dan Paklang sekeluarga akan ke Setiawan. Aku dan keluarga singgah kejab di Tanah Perkuburan Islam Sungai Batu, mengunjungi pusara arwah-arwah yang telah "pergi".

Di Tebuk Yan, kehadiran kami di sambut Tok dan Pakcik Man sekeluarga. Tak lama selepas kami tiba, keluarga Mak Chaq (kak Abah) sampai. Kami semua sempat la menikmati hidangan tengahari sebelum bergerak ke Bumi Hijau (rumah Paknjang).

Bila kami sampai di rumah Paknjang,  kami disambut mesra tuan rumah. Ada Pejon yang katanya baru tiba jam 5 pagi semalam. Kesian pejon, tak dapat nak menyambut 1 syawal di Bumi Hijau. 

Mak dengan Tuan rumah yang baru tersedar dari mimpi.. :)

Hampir jam 5, kami mengundur diri dari rumah Paknjang. Macam2 bekalan kami terima. Tq paknjang n maknjang. 

Keluar dari Matang Acheh, Mak, Abah, Kak, Aim dan Li, berhaluan ke Nenering manakala aku dan isteri menghala ke Batu Hampar -Beruas - Manong - Parit - Ipoh.

Pantai - Ipoh
Melalui jalan dalam, aku jadi agak tensen dengan jalan yang agak sempit di tambah dengan kenderaan yang banyak. Untuk melepasi pekan Parit, kami jem hampir satu jam!

Sampai di rumah mertua hampir jam 8. Keluarga Ipoh pulak dok sibuk nak keluar untuk ke "open-house" di Kuala Pari. Dengan kalut2, aku mandi dan solat, terus keluar semula mengikuti langkah mertua...

Dan hampir jam 11 baru, kami kembali semula ke rumah. aku tak tunggu lama, terus masuk tidoq, mengantuk habis!!


Sabtu, Oktober 11, 2008

Catatan Raya 2008 - 1

Mungkin agak terlewat aku menulis cerita pasal aktiviti Hari Raya 2008 aku bersama isteri. Namun, demi berkongsi cerita dengan semua, aku gagahkan jugak. Sebenarnya, dari raya sampai hari ni, aku jarang sangat mengadap blog sebab perut asyik kekenyangan saja, penyakit "M***S" pun datang. Lagipun aku ada satu projek sekolah yang harus disiapkan..

Pulang berhari raya..
Tahun nie, rancangan aku dan isteri, hari raya pertama dan kedua bersama keluarga Nenering, hari raya seterusnya, bersama keluarga di Ipoh.

Batu Pahat ke Ipoh
Kami bertolak balik dari Batu Pahat lepas Isyak, dan lancar saja perjalanan kami malam tu, kereta masih belum banyak atas highway. Dua kali berhenti melepaskan lelah memandu, jam 3 pagi, kami sampai la di Ipoh. Aku dan isteri disambut mertua dengan wajah2 kelat, sebab tido depa terganggu. Sori yer mak. Tapi riak gembira tetap ada sebab kami tiba dengan selamat. Aku bertahan sampai lepas sahur dan subuh. Kendian aku cover balik tidoq yang terlepas, sampai tengahari..haha

Di Hentian R&R Tapah

Di Ipoh, sempat la berbuka posa 2 hari sebelum kami ke Nenering. Dan aku sempat la bershopping di Greentown Mall, Ipoh, melayan isteri tersayang.. :)

Berkenan ambik ja. Takdak duit, kad ada :)

Ipoh ke Nenering

Pagi Isnin aku dan isteri ke Nenering. Sayu je aku tengok wajah isteri aku, terpaksa beraya dengan keluarga lain tahun nie.. Sampai di Nenering, kami disambut mak dan Kak Ilah. Abah masih dengan lembunya di kandang. Aman dan Jee sekeluarga dah bersiap2 nak bertolak. Aku sempat jugak melihat wajah anak buah sulong. Tahun ni, depa akan beraya di Chuping, Perlis.

Ammar Haziq B Azizul Rahman

Masa Aman nak keluaq rumah, dia kalut mencari henpon. Bole hilang pulak!! Siasat2 ada pada Aim. Aim pulak dok shopping di Sg Petani dengan "temannya".

"Macam mana boleh ada pada Aim pulak?", gumam Aman. Dengan tensen, Aman set nak jumpak Aim di SP, sebelum lajak ke Perlis. Aku gelak ja dengan perangai adik2 aku...hahaha

Aim pulak, ke SP dengan kereta Kak Ilah. Bila sampai rumah, di tunjuk sesuatu yang mengundang tensen Kak Ilah pulak. "Hang make sure jadi elok semula sebelum raya" , pesan Kak pada Aim. Macam2 hang Aim.. lagi sekali hahaha

Kegagalan membezakan pedal brek dan clutch

Sabtu, September 20, 2008

:: Berbelanja Raya..

Tahun nie, aku rasa lemah sikit nak beraya. Walaupun pertama kali beraya bersama isteri, tapi bila mengenangkan gaji aku yang tak masuk untuk bulan 9, mood lari beb.. Kesnya, kerani kewangan dari Kapit lambat hantar KEW 8 aku ke tempat keja baru. So, kerani sini tak dapat la nak buat gaji aku awal. Katanya, "akak boleh tolong buat cara manual, tapi rasanya lambat gak masuk, bulan 10 kot.." waaaaa...
Bila isteri mengadu nak baju raya, aku korek2 sumber2 yang ada, alhamdullillah dapat jugak sepasang untuknya. aku pergi beli di Kluang minggu lepas, terus lajak singgah rumah Paktam kejab, melepaskan lelah.Kendian, isteri aku tak sampai hati nak tengok aku beraya tanpa baju baru, tengah hari tadi, kami berdua membeli belah di BP Mall. Maka dapat jugak aku baju raya hahaaa "tq dear".. Ingat nak cari sepasang lagi buat isteri aku, tapi jenuh memusing tak jumpa jugak. "Kita cari di ipoh je la nanti", kata isteriku. Ok jer aku..
Baru aku tau, kebanyakkan orang perempuan kena banyak baju sebab depa taknak pakai baju yang sama berulang kali. Pagi baju lain, petang baju lain, esok baju lain, lusa baju lain, lepas tu, yang tahun lepas kira dah expired!!!
Habis beli baju, aku turun tingkat bawah untuk cari barang dapur. Beras, gula, berus gigi dan bekas kuih raya dibeli. Dalam jam 3 kami balik rumah.
Kami lajak ke Air Hitam pulak lepas tu. Pergi cari tikar sarawak dan dulang kayu, pesanan dari mak mertua. Lepas tu, singgah di Parit Raja beli kerepek2 untuk kedua2 mak abah.. Dan sebelum balik rumah, aku belikan sedikit juadah untuk berbuka..
On the way balik, congak2 banyak jugak habis hari nie.. Haru. Tu cara x dapat gaji dan bonus, kalu dapat aku tak tau la!! Nak kena berhemah berbelanja la raya nanti nampaknya...

Isnin, September 01, 2008

::SELAMAT BERPUASA::

Aku cukup tertarik dengan gambar sebelah nie. Aku ambik dari blog En. Husin Lempoyang . Harap En. Husin tak keberatan. Harap takde masalah kot yer aku kongsi gambar yang sama..

Satu mesej yang aku dapat berbunyi:

"Andai harta adalah racun,
Maka zakatlah penawarnya.
Jika seluruh umur adalah dosa,
Maka taqwa dan taubatlah ubatnya.
Jika seluruh bulan adalah noda,
maka Ramadhanlah pemutihnya."

Semoga datangnya Ramadhan ini, memberi peluang kepada kita untuk lebih beribadat kepadaNya.

Tahun nie, pertama kali aku bersahur dan berbuka dengan isteri. Harap kami dapat menjalani ibadat puasa dengan sempurna.
Ucapan dari aku dan isteri:-

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK DAN
SELAMAT MENJALANI IBADAT PUASA
KEPADA SEMUA UMAT ISLAM..

Ahad, Ogos 31, 2008

Happy 51th Merdeka Day

Hari nie, aku terlibat dengan kawad statik under team PPD Batu Pahat. Setiap sekolah kena hantar 5 orang wakil. Jadi dengan jumlah sekolah di Batu Pahat lebih 200 buat, team PPD kira menang kontigen teramai!!

Seawal jam 7 pagi, di Stadium Batu Pahat, ramai dah orang ramai berkumpul. Dan sekitar jam 8, jumlah orang makin ramai, terutama bila pasukan yang berarak masuk ke padang.

Aku perhatikan, persiapan yang dibuat agak kemas dan teratur. Pasukan2 yang masuk perarakan pun begitu segak dan penuh komitmen. Kelihatan hayunan langkah semasa berjalan begitu bersemangat.

Bab bukti kehadiran, aku awal2 lagi dah tandatangan buku kehadiran, lagi mudah bila PAR sekolah aku yang urus bab tue.. Hampir jam 9 pagi, aku jumpa GB aku. Dia bagitau, kalau dah sain, kejab lagi boleh balik la.. Tersenyum jela aku bila GB dah cakap gitu. Tak lama, lepas selesai kumpulan koir menyanyi, aku pun menapak balik ke kereta..

Sebelum balik rumah, aku singgah dulu kedai mamak, tapau roti canai kosong dulu 3 keping..:)
Akhir kata,
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN NEGARA YANG KE 51
kepada semua rakyat Malaysia..


.........................................................................................................................................................................


Iklan: Bandingkan...

Birthday Di Hospital

Actually bukan aku yang masuk hospital, tapi isteri.

Pada Selasa, 26 Ogos lalu, sepatutnya aku raikan bersama isteri hari lahir aku yang ke-30. Ingat2 nak makan2 la kat kfc ker, mc donald ker, pizza ker.. tapi, apa nak buat, yang dirancang lain jadinya.
Hari sebelumnya, isteri aku dah dapat MC sebab kesihatan yang tak berapa mengizinkan. Almaklum, pembawakan budak, kata orang, asyik muntah sajer, pening2 dan kurang selera makan. Pergi Klinik Min, doktor bagi rehat 2 hari.

Dan pada hari kejadian, kami bercadang nak ke klinik kesihatan untuk buat "Kad Merah" (rekod ibu mengandung). Tapi, kami tersilap hari, sepatutnya datang pada hari Isnin sahaja untuk tujuan tue.. Tapi bila isteri mengadu pada doktor ada sikit bleeding, doktor terus buat surat, "awak kena ke hospital, maybe kena masuk wad"...

Hari tue, dari sekolah, aku ambil isteri dari rumah, bawa ke klinik, dan balik semula ke sekolah. Bila dapat mesej "abang, doktor cakap ayang kena masuk hospital", aku jadi kalut semacam...:)
Aku segera jumpa GPK 1 (GB bercuti), untuk maklum dan nak mohon pulang awal. Tengah dok pikir apa nak buat, dapat mesej lagi dari isteri "ayang pegi hospital naik ambulans, takut la". Aku jadi lagi kalut, tapi masih cuba bertindak tenang. Aku call isteri, bagitau takper, tunggu saja di hospital, nanti aku akan datang.
Sebelum ke hospital, aku singgah sekolah isteri (STA) untuk ambil Borang GL, singgah rumah, packing apa2 yang patut, terus lajak ke hospital.

Sampai di hospital, melilau jugak aku mencari wad 6 (wad wanita). Bila berjumpa, aku lega tengok wajah isteri aku, nampak macam ok saja. Katanya doktor dah buat checking dan ada ambil darah untuk susulan lanjut.

Maka, aku menemani la isteri aku sehingga tamat waktu lawatan pelawat hingga jam 2.30 petang. Waktu lawatan jam 4.00 -7.30 aku tak sempat jenguk, sebab kena ambil motor aku yang baru sampai dari sarawak. Tq pada Pejon yang sporting, dan sudi tolong aku..

Terkilan gak aku, tak dapat nak jenguk lagi isteri pada malam hari, tak dapat nak belanja makan, tapi isteri aku kata takpe, kat sini ramai orang, tak sunyi sangat. Dia mohon maaf sebab kena masuk hospital pada birthday aku... Aku cakap, "takpe"..

Alhamdullillah, esoknya isteri aku dah boleh keluar wad. tapi dia diberi lagi cuti rehat sebelas hari !!



Ahad, Ogos 24, 2008

Cerita Cuti Sekolah -2

Di rumah abang ipar, mertua aku dah ada di sana hari jumaat lepas. Bukan main seronok depa melayan cucu2 kesayangan. Petang tue, aku mandi kolam kat bawah flat, tu pun sebab anak buah aku merengek "nak andi olam". Malamnya, kami semua ke carrefour cari barang2 skit..

Esoknya, dalam jam 9 pagi, kami bertolak balik ke batu pahat. Seperti mana yang dirancang, kami singgah dulu di NILAI 3. Aku bercadang nak cari frame ayat kursi, nak dilekatkan pada rumah kami. lapang sangat rasanya dinding.. Pada masa yang sama nak layan mertua, kira bawak depa jalan2 ler. tapi awai2 lagi dah mengadu lenguh2 kaki..:)

Lepas pusing2, dapat jugak apa yang dicari. Mak mertua aku berkenan kat tikaq sarawak, tapi dengan myvi, dan muatan penuh, tak lepas le nak dibawa. aku janji akan beli bawa balik masa cuti raya nanti. tapi dia beli jugak buah tangan dari Nilai 3, sebuah jam dinding..

Aku ambik exit highway Ayer Keroh, saja nak bawak keluarga mertua aku pusing2 Bandaraya Melaka. Hampir satu jam pusing, tanpa berhenti, sekadar tengok2 keliling dari kereta saja, sebab dah tak larat jalan.. Sebelum keluar dari bandaraya melaka kami menikmati makan tengahari dulu...

Dengan cuaca yang agak redup, kami teruskan perjalanan. Aku keluar dari lebuhraya di Persimpangan Pagoh, melalui jalan dalam.. Alhamdulillah, dalam jam 4 kami sampai ke BP..


Cerita Cuti Sekolah - 1

Mula2 cuti, hari sabtu, sekolah aku terlibat dengan kursus LDP. Kehadiran wajib. Kursus ni bergabung dengan 3 buah sekolah lain, dan sekolah aku jadi urusetia. Aku diamanahkan menjadi pengerusi majlis.

Actually, sebelum ni, dah dijalankan 2 kursus di 2 sekolah lain, kami datang dengar ceramah jer. tapi kali ni, kami terpaksa bertungkus lumus mengatur semua.. Aku peratikan, kehadiran macam kurang sikit berbanding sebelum ni, masing2 punya alasan tersendiri. alhamdulillah semua selesai jugak, tapi dah rugi satu hari cuti :)

Hari ahad, aku dan isteri ke putrajaya dengan tujuan asal aku nak ke majlis perkahwinan Mamat, kawan masa di UUM dulu. Sebelum tu, pergi ambil mak mertua abang ipar aku di Bukit Pasir. Mak mertuanya bercadang nak jenguk cucu2nya di Cheras. Dan mertua aku dari ipoh pula datang ke rumah abang ipar aku di cheras. So, aku hantaq mak mertua abg ipar aku, bawa balik mertua aku dan kakak ipar ke batu pahat.

Masa di putrajaya, menjajau jugak cari Bangunan PJH. Kena call member aku nie, baru jumpa. Hebat orang2 kat putrajaya nie, nak buat kenduri kawin, kena sewa dewan besar macam hotel lima bintang. mesti belanja besar! Aku kagum dengan member aku ni, dulu dia agak berisi, sekali aku tengok dia slim abis!!

Selesai pekena nasi beriani, aku jumpa jab member aku, wish tahniah kat dia. lepas tu kami singgah Masjid Putrajaya untuk solat. Aku cuba call Paklang tapi tak berjawab. ingat nak singgah dulu di Presint 14 , tapi takde rezeki.

So, aku lajak terus ke cheras. Kat putrajaya ni, aku selalu pening nak amik jalan keluar. Pusing3, entah keluar jugak ke Cheras tapi tak ikut Sg Besi, ikut laluan lain, keluar ikut Bukit Jalil. Tapi yang penting kami sampai jugak ke rumah abang ipar aku..

Khamis, Julai 31, 2008

Double Lines

Apa lagi yang diharapkan oleh pasangan suami isteri selain mendapat cahaya mata penyambung zuriat setelah membina ikatan perkahwinan.

Saat-saat gembira itu sentiasa dinantikan. Detik-detik indah itu sangat2 diharapkan.

Semalam, setelah "apa yang patut datang, lewat datang", maka ujian yang sepatutnya dibuat, telah dibuat. Dan hasilnya, isteri aku bagitau.. "abang, double lines"..

Untuk pengesahan yang lebih meyakinkan, kami mengunjungi Klinik Min. Diberitahu doktor, insyaAllah, kemungkinan dalam Mac 2009 kami akan menerima "orang baru" dalam hidup kami.

Alhamdulillah.. syukur.
Moga apa yang sepatutnya terjadi, terjadi dengan lancar dan selamat.
Penantian itu satu rahmat dariNya..

Ahad, Julai 27, 2008

Politik kita terlebih 'bancuh'

Walaupun Pilihan Raya Umum ke-12 sudah empat bulan berlalu, suhu politik negara tidak pernah turun-turun.
Jangkaan keadaan kembali tenang selepas rakyat memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) untuk terus memerintah walaupun tanpa majoriti dua pertiga dan kepada lima buah negeri yang dimenangi pakatan pembangkang ternyata meleset.
Satu demi satu peristiwa, isu, episod dan 'drama' baru saling bertingkah mengambil tempat dalam politik negara sejurus tamat pilihan raya 8 Mac lalu.
Baca selanjutnya...

(Sumber: www.utusan.com.my)

Komen aku:
Aku harap para YB-YB yang duduk dalam Parlimen tu buat kerja betul2, bincang isu2 yang wajar sahaja, bukan yang remeh2. Bosan betul bila tengok gelagat YB-YB di tv berdebat di parlimen, macam pak lawak jer..

Jumaat, Jun 13, 2008

Masuk Rumah Baru

6 jun 2008, jumaat,

setelah penat memusing2 mencari rumah sewa, bertanya2 pada pak guard dan kerani sekolah, alhamdulillah, dapat jugak sebuah rumah sewa yang dicari2. sebuah low cost terrace 3 bilik. lokasinya agak dekat dengan sekolah isteri, jadi mudahlah aku untuk buat kerja2 "supir" nanti.
rumah ni milik seorang pegawai pejabat agama. keadaannya sangat memuaskan hati sebab rumah ni baru diubahsuai. tuan rumah sebenarnya bercadang nak tinggal di sini, tapi kena tukar tempat kerja dari batu pahat ke muar. mungkin rezki kami. dan dengan kadar sewa yang berpatutan, aku setuju untuk menyewa rumah nie..
disebabkan rumah sewa ini kosong tanpa sebarang perabot, dan kami berdua belum memiliki sebarang kelangkapan rumah, maka banyak jugak modal untuk masuk rumah baru nie.. mcm diberitahu oleh mak abah kedua2 belah pihak, kami pun mencari la keperluan2 utama untuk rumah baru kami... dapur, katil, tv, peti ais, dan meja makan. kelengkapan2 pinggan mangkuk cawan tak perlu beli lagi, datang dari hadiah kawin tempohari.

maka, bila sudah tinggal berdua di rumah baru ni, insyaallah, bermulalah episod baru dalam hidup aku! moga apa yang berlaku, apa yang bakal dilalui, akan kami tempohi bersama...

buat saudara mara, rakan taulan, semua dijemput hadir kalau ada kelapangan ke teratak kami :), but, informed first!
p/s: atas tue, gambar hiasan jer. sori, takde gambar nak attach, kamera adik pinjam untuk konvo..




Ahad, Jun 01, 2008

Selamat Tinggal Kapit

23 mei 2008 - khamis, kapit
malam, sehari sebelum cuti semester 1 bermula, aku dgn kawan2 rakan guru di kapit 'mengeteh' di open air (nama panggilan tempat makan minum di kapit yang famous). biasala, orang bujang mesti lepak2 dulu, borak2 dulu sebelum balik ke kampung halaman nanti. dah bz di kampung, kawan2 mesti lupa punya. so, tengah borak2, sorang kawan dapat mesej bagitau, "wei, result tukar online dah boleh check". maka, masing2 yang ada mohon tukar, pakat2 bayar dan terus balik, nak semak keputusan pertukaran di e-G Tukar. dan alhamdullillah, rezeki aku, tulisnya " permohonan anda ke Johor telah diluluskan..."
jadi, malam tue, habis semua barang2 di packing. mana2 yang rasa kurang penting, jadi rezeki kawan2 yang tinggal. bila dimaklumkan pada isteri, bukan main suka sekali..
24 mei 2008 - jumaat, kapit-bp
di sekolah, kalau boleh aku takmau kecoh2 sangat pasal pertukaran aku, pasal belum ada surat rasmi lagi, tapi kawan2 yang dapat tau aku dapat tukar dah bising2. kebetulan pagi tu ada perhimpunan ringkas, aku dijemput bagi ucapan pulak. haru!! cian gak kat budak2 kelas aku, mcm tak sampai hati jer nak lepas aku.. siap nangis2 lagi.. syahdu pulak pagi tue..
dan petang tue, aku berangkat terbang pulang ke batu pahat..
25 mei 2008 - sabtu, bp-putrajaya-KLIA-nilai3-putrajaya
dalam jam 10 pagi, aku dan isteri bertolak ke putrajaya. hari ni, mak dengan pakteh sekeluarga akan berangkat menunaikan umrah. jadi kami, adik beradik berkumpul di rumah paklang di putrajaya sebelum menghantar mak ke KLIA. bila mak dan abah dimaklumkan tentang pertukaran aku, depa pun tumpang gembira.. selesai mak dan rombongan check in, kami pulang. tapi sebelum tue, lajak dulu ke nilai3, shopping dulu..
kata paklang kat aku "ceh, koman la hang, baru sat sangat dah balik sini kehkehkeh.." :)
26 mei 2008 - ahad, putrajaya-KL-nenering
semua family aku + family paklang, kami pergi makan kenduri di kg. medan, KL. rumah sepupu mak, makjang melah, anak perempuannya, maya, kawin. serba oren depa haritu.. lepas mengenyangkan perut masing2, kami bertolak ke nenering, paklang kembali ke putrajaya.
27 mei 2008 - isnin, nenering
aku telefon jpn johor, tanya tentang sekolah baru aku. diberitahu seorang pegawai jpnj, "cikgu di tempatkan di SJKC HWA MIN, Batu Pahat..."
dari anak2 iban, cabaran aku beralih kepada anak2 cina pulak... :)

Ahad, April 06, 2008

Airasia : Terima kasih banyak2

Dulu2, tak terpikir pun nak naik "belon" sekerap ini. Dapat naik sekalipun dah cukup best. Tapi la ni, rasa macam cemuih pulak.
Tahun 2008 saja, masuk kali ni, dah berbelas2 kali keluar masuk pintu pesawat Airasia untuk pergi balik dari Sibu ke Senai. Maksudnya dah 4 kali balik atau dah sebulan sekali terbang ke Semenanjung menjenguk isteri yang terpaksa ditinggalkan di Johor.
Mujur dapat jugak ditahan perasaan, sebab kalau boleh nak balik tiap2 minggu. Rasanya kalau takdak Airasia, dan hanya ada MAS, mesti saya dah mereka2 yang sama kes macam saya terpaksa lebih lama memendam rasa untuk pulang melawat orang tersayang.
Dengan konsep tambang murah dan slogan "now everyone can fly", Airasia telah membantu merapatkan hubungan insan2 yang berjauhan... walaupun ada kawan2 kata "hang balik kerap2, yang kaya Airasia jugak". Dibalas kata2 tu dengan "hangpa mana tau, hangpa tak kawin lagi :)"
Apapun, terima kasih Airasia...
::Senai Airport, 6 April 08, 1500 pm::

Khamis, Mac 13, 2008

PRU 12 : Kesan

Aku ada dapat satu SMS, bunyinya begini:-

"KESAN PRU KE12:
Samy Velu benar2 jadi SAMI di Bt Caves
Khir Toyo akan dpamerkan di pameran HANTU sbg TOYOL yg paling ganas
Zainudin Maidin jadi jaga d pasaraya MYDIN
Koh Soo Koon mjadi penjual buah sukun celup tepung
Sharizat Jalil ok la dpt jadi tender cuci JAMBAN d Bkt Jalil
Awg Adek dikatakan bawa lori pakai kot ngn kain sarong dok meratip MBMBMBMBMB... x tau bila nak brenti.."


Mungkin penulis asalnya sekadar berlawak @ mungkin niatnya memang mengharapkan begitu. Balas aku kepada penghantar msg: "menang kena kutuk, kalah pun kena jugak, cian depa :) "

Sebenarnya aku pun tak pasti dengan kehendak melayu sebelah pihak lagi. Soal mereka...


  • Siapa yang merobohkan surau kegunaan untuk orang Islam, jika tidak dengan arahan Menteri Besar berketurunan Melayu dari Umno?
  • Siapa yang meroboh setinggan-setinggan Melayu seperti di Kampung Berembang atas alasan tujuan untuk pembangunan?
  • Siapa yang 'mengalibabakan' projek kerajaan yang diterima atas nama kontraktor Melayu Umno dan kemudiannya di sub-kon kan kepada kontraktor Cina?
  • Siapa yang menghapuskan pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu, untuk digantikan dengan bahasa Inggeris?

Dan pastinya perubahan masyarakat berkulit putih mengundang tanda tanya. Kemudian pelik jugak tengok angin perubahan mereka yang tidak terang. Betul ke sebab lonjakan harga minyak dan barang semata-mata depa berpaling arah?


Hari ini, beberapa negeri bertukar tampuk pentadbiran. Pulau Pinang dalam genggaman kemas DAP. Depa pastinya akan cuba tunjukkan prestasi unggul untuk kekal sepenggal lagi. majoriti yang depa dapat ketara betul berbanding sebelum nie..

PAS berjaya tambah lagi kuasa depa di Kedah selain di Kelantan. Dan dah sahih, di Perak orang depa jugak berjaya jadi MB walaupun bakal dipulau “geng?” yang masih belum puas hati.

Selangor pulak dikuasai PKR yang pada kali ini mendapat mandat yang hebat dari rakyat. 31 kerusi parlimen yang dimenangi memang mengejutkan semua pihak. Beza sangat peningkatan kemenangan berbanding 2 penggal sebelum ni.

akhir sekali, ANTARA headline2 paper tunjukkan kesan PRU12 baru2 nie..

Dari satu akhbar sebelah sini:

DAP pulau majlis angkat sumpah MB Perak hari ini
Kabinet baru seawal Isnin?
Keputusan Ka Ting bukan isyarat untuk UMNO
Jangan lantik menteri kalah
Bimbang Melayu dipinggir
Istana Terengganu ‘tolak’ Idris?
DAP biadap
Koo Ham akan hadir majlis angkat sumpah
DAP mohon maaf
Fairus, Ramasamy angkat sumpah Timbalan Ketua Menteri
Keputusan Ka Ting bukan isyarat untuk UMNO
Jangan lantik menteri kalah
‘Saya tidak mahu jadi Senator’

Dari satu akhbar sebelah sana:

Bukan menuntut Abdullah lakukan harakiri!
Kit Siang mohon maaf kepada Raja Dr Nazrin Shah
Debaran sebelum BN Kedah tumbang
Kejayaan pilihan raya 2008 dirintis dari episod 1986
Isu DEB dan masa depan Melayu - Prowaris mahu jumpa Lim Guan Eng
BA harus manfaatkan peluang luar jangka
MB Perak keturunan Melayu akan dorong kakitangan awam kerja sepenuh hati - Ngeh
Agenda Ekonomi Malaysia akan memacu pertumbuhan - Anwar Ibrahim
Selepas sengit di Parlimen Rembau, "Saya terus di sini"
Pelantikan Wan Ubaidah sebagai Exco bukti PAS hargai kaum wanita
Almarhum Fadzil Noor perintis sebenar kemenangan rakyat 8 Mac
Mohammad Nizar mohon semua pihak hormati keputusan Sultan Perak
Mohamad Nizar diperkenan jadi Menteri Besar baru Perak

PRU 12 : Keputusan..

Rasanya coretan aku kali ni bercampur baur antara emosi dan rasional.. walaupun kita semua dah tau keputusannya, aku nak bagitau apa yang aku rasa (dari sudut pandangan orang bukan ekstrem sangat dalam politik)..

Bila keputusan PRU 12 mula keluaq tv mulai jam 7 lebih, aku mengadap tv tak berpaling. Mujuq sefamily tak gaduh nak kalih channel lain. Channel 811, Manchester United, team bolasepak England yang aku minat, ada live game pun aku tak tengok demi nak tau result pilihanraya. Masing2 bersemangat melihat result pilihanraya yang muncul pada line bawah tv.. perbincangan ahli2 panel dah tak diambil kisah sangat. Tapi lama kelamaan, rasa makin risau tengok result yang dok keluaq. Mencemaskan betoi.. dan tahap cemas aku makin meningkat, bila masa makin bertambah larut.

Dari ramai family aku yang menunggu, sorang2 ngundur masuk tidoq. Aku sorang bersengkang mata layan tv. Mula2 Pulau Pinang terlepas, kendian, Kedah pulak. Lepas tu kompom Kelantan kekal di tangan pihak asal sebelum ni. Selangor pulak mcm nak terlepas jugak. Hati aku makin runsing bila keputusan di perak bertambah runcing. Tiba2 ja, semangat anak melayu melonjak dlm diri dan aku mula memikirkan betapa akan kelam kabutnya negara dan negeri2 berkenaan dengan perubahan yang bakal berlaku akibat “pilihan rakyat”. Lepas jam 4 pagi aku masuk tido, lalu berbisik di telinga isteri “rasanya MB kita bukan lagi tajol rosli”, lalu lena dengan semacam bimbang dengan keputusan pilihanraya ke 12...
Mungkin ada pihak yang rasa tak kisah dengan apa yang berlaku. Dan semestinya ada ramai pihak yang rasa seronok dengan apa yang berlaku tapi pasti ramai yang sendu dengan apa yang berlaku. Dan aku rasanya termasuk dalam mereka yang terkedu.

Actually, sebelum2 nie, pilihan2 raya yang lalu, aku tak ambik kisah sangat sebab masih terumbang-ambing dengan belajaq dan kerjaya. Lagipun, keputusan2 yang dulu tak segempaq tahun nie. Keputusan tahun ni memang memaksa aku memikir semacam ahli2 panel dalam tv pulak rasanya... Buat andaian dan tafsiran sendiri...

Mungkin kami sekeluarga dah terpengaruh dgn ideologi abah dan mak. tapi secara peribadi, aku memilih kerajaan yang mampu membawa perubahan pada keluarga aku, lebih2 lagi pada mak dan abah. Mengenangkan masa2 kecik dulu, dan jika nak dibandingkan dengan sekarang, memang jauh bezanya kami sekeluarga. Abah kerja “kelaut” dan jadi tukang rumah sebelum masuk felda. Aku tak dapat bayangkan situasi kami sekeluarga lapan beranak kalau masih di Pantai Remis. Perubahan amat nyata sekali selepas hampir 20 tahun di felda. Apa yang dilalui, kalau direnungi boleh bawa syahdu. Tapi semua tu telah membentuk diri aku kini. Sebab tu aku amat berterima kasih pada kerajaan yang ada.

Dan selepas 50 mentadbir malaysia, kerajaan yang lalu, dengan segala rencam yang depa lalui, terhasil malaysia hari ini. Sepatutnya kita bersyukur dengan rezeki yang telah dilimpahiNya berkat keazaman pemimpin yang ada. Memang faktor ketelusan depa sering mengundang teka teki antara kita, tapi biarla Yang Maha Esa mengadili mereka kalau terlepas di dunia.

PRU 12 : Sebelum

Aku pulang ke kampung mengundi buat pertama kali untuk tunaikan tggungjawab pada negara. Dengan berkereta 2 jam lebih dari ipoh ke nenering, perjalanan aku diserikan dengan bendera2 parti yang bertanding merintangi sepanjang jalan Kuala Kangsar-Lenggong-Gerik-Pengkalan Hulu. Hiasan poster yang pelbagai ragam menimbulkan satu perasaan patriotik yang semacam dalam diri aku. Sebab tu, pantang nampak kawasan yang meriah dengan bendera je, aku ambik gambaq. Actually, wife aku yang membantu ambikkan..

Dalam pukul 2 lebih aku sampai tapi aku lajak ke tempat mengundi dulu sebelum ke rumah mak abah. Aman, adik bawah aku, call bagitau dia tunggu aku nak pegi mengundi sekali. Dia keluaq ngundi lambat, tak joint mak, aim dan kak. Sebelum tu, aku call rumah, mak bagitau, abah pulak keluar lagi awai, pukul 7.00 pagi lagi, kena bertugas di pondok panas @ barong ...

Masa mengundi, orang dah takdak. Lengang jer tempat ngundi. Tak payah aku nak berbaris2 lagi. Elok aku habis memangkah, aman masuk pulak. Rasa sungguh puas hati lepas keluaq dari pusat ngundi. Ditambah pulak adik2 aku, aman dan aim yang dah menunggu aku di situ bagitau, “abgkim, bole claim la. aim ngan kak dah dapat. banyak gak. nanti abgkim ngan aman pegi jumpak pak yob untuk claim”. Baru berbaloi balik ngundi hehe...

Sabtu, Mac 08, 2008

Balik Mengundi

Sekarang dah di Ipoh, rumah mertua. Semalam sampai dalam 4.30 petang.
Actually, isteri datang menjemput di airport Senai petang Khamis. Lepas dapat permission dari GB, dengan kelam kabut cabut dari sekolah, ambil express boat ke Sibu pukul 11.30 pagi. Flight dari Sibu ke Senai pukul 5.25 petang. Kira2 jam 9 mlm sampai di BP. Dan esoknya baru bertolak balik ke Perak.

Tahun ni bertuah sebab merasa nak mengundi sebab 2 kali PRU sebelum ni terlepas. Sekali masa di U, takda budjet nak balik mengundi hehehe.. student kan masa tue. Dan pada 2004 di Kluang. Masa tu rasa macam tak berbaloi jer balik, time baru kerja..

So, tahun nie, berkobar2 kobar balik nak mengundi. Rasa semacam jer, excited pun ada hehehe





Sedikit tentang data mengundi di kampung :

P54 GERIK
Jumlah Pengundi: 26,227
Peratusan Kaum: M: 73.49% C: 17.87% I: 7.46% L: 1.18%
1. Datuk Tan Lian Hoe (BN)2. Mohd. Noor Abdul Rahman (Pas)
Penyandang: Datuk Dr. Wan Hashim Wan Teh (BN)(Majoriti: 8,080 undi)


N1 PENGKALAN HULU
Jumlah Pengundi: 11,781

Peratusan Kaum: M: 73.96% C: 11.29% I: 12.96% L: 1.79%
1. Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali (BN)2. Lee Sing Long (PKR)
Penyandang: Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali (BN)(Majoriti: 4,293 undi)


Pagi tadi, bawa mertua, kakak ipar dan isteri ke pusat mengundi, SK Taman Jati. Ramai peraih2 undi di pintu masuk. Waktu di luar pagar sekolah, suasana lengang jer..

Sampai ketemu lagi.. nak balik mengundi nie...

Selasa, Mac 04, 2008

Lelong.com.my

Sejak ada akses internet nie, laman yang paling aku minat skang ialah di lelong.com.my. Setakat nie dah macam-macam dah di beli di web nie.
Actually banyak kawan2 yang pesan mintak belikan, aku cuma uruskan pembelian berkenaan, tapi aku kenakan la sikit cas perkhidmatan heheh.. Antara barang2 yang dah sampai macam jam tangan (dah 5 utas), jersey 2 helai, helikopter control sebiji, key chain dan skang nie dalam proses membeli pendrive..
Kalu di Kapit nie, memang lambat skit ler penghantarannya dan kosnya pun lebih tapi kualiti as seen on picture. so, puas hati la jugak membeli secara online disini. Sistem dia pun ok, penjual pun ada track record untuk panduan pembeli..
So, cuba2 la singgah.. mcm2 ada..
P/S: Jom pakat balik ngundi weh...

Ahad, Februari 24, 2008

My Hockey Team

Lama dah tak masukkan entri dlm blog. Actually aku busy sebagai jurulatih hoki semenjak balik dari cuti CNY tempohari. Kendian, bila dah lama tak masuk sekolah, menimbun ler kerja..

Pasukan hoki ni aku mula wujudkan pada tahun lepas lagi. Semuanya sebab bosan takdak kerja nak buat di rumah, aku pegi sekolah, latih budak2 nie. Majoriti budak2 tahun 4. Aku tak ambik tahun 5 dan 6 sebab taknak kacau study depa.
So tahun ni, pasukan hoki aku ni masuk untuk pertandingan antara zon Daerah Kapit. Mcm diduga, menang tanpa bertanding, terus wakil daerah sebab sekolah lain tak hantar wakil. Tapi budak2 aku (SK Sg Kapit) join ngan satu team dari sekolah lain (SK Kapit), utk wakil daerah. Kami tubuhkan 2 team.


Team A. Team B

Pertandingan untuk peringkat MSSG Kapit, 4 team ambil bhgn. 2 dari MSSD Kapit (team aku laa), satu dari MSSD Song, dan satu lagi dari MSSD Belaga. Kerana kekurangan pengalaman, faktor umur serta fizikal, dua2 team aku kalah huhuhu.. dapat tempat ketiga dan keempat. Belaga johan dan Song naib johan.

Latihan pusat di Stadium Kapit
Tapi ada 4 orang budak2 aku tercalon untuk wakil Bahagian. Perlawanan MSS peringkat negeri Sarawak akan berlangsung pada 23-25 Mac 2008 di Kota Samarahan, Kuching. Dengan pemilihan budak2 aku tue, terubat juga lara hati. At least depa dapat pendedahan awal kerana tahun depan confirm depa akan bertarung lagi sebab budak2 aku ni baru Tahun 5 tapi yang lain2 dah Tahun 6..
Moga tahun depan, rezeki depa berubah...

Ahad, Februari 10, 2008

MELAKA: Menarik Untuk Dilawati

Saya dan isteri, menyambung perjalanan keesokkan harinya, 9 Feb 2008, ke Bandaraya Melaka setelah perjalanan sebelumnya ke Port Dickson agak mengecewakan. Sebelum bertolak, Kami dijamu roti canai yang disediakan oleh Nenek Bariah, bersama keletah anak2 Paktam dan rakan sepupu mereka. Masa kami keluar, Wak Paiman dah ke kebun, "nak tengok budak2 buat kerja sawit, bukan boleh percaya sangat", katanya sebelum keluar.

P/S: Nenek Bariah & Wak Paiman tu mertua Paktam..

Kami sampai di Bandaraya Melaka lebih kurang jam 10 pagi. Rasanya ramai orang dah sampai Melaka, menikmati keindahan dan sejarahnya yang kita sedia maklum.. So, hanya gambar menyimpulkan segalanya..

Gerbang menyambut ketibaan pengunjung..

Berbeca dengan Pakcik Kamaruddin.
"Pakcik dah dekat 15 tahun bawa beca ni", katanya...

Subjek utama lawatan yang pasti jangan ketinggalan.. Kota A Famosa

Kiri: Tarikan terbaru - "Melaka River Cruise"

Kanan: Abang Polis Pelancong berkuda..

Kiri: Muzium Samudera, satu daripada hampir 10 muzium yang ada kat area Banda Hilir
Kanan: Pekena dulu cendoi, dah letih2 memusing :)

Sebenarnya banyak lagi tempat kami kunjungi, Malacca Butterfly & Reptile Santuary, Zoo Melaka, Taman Ular, Taman Budaya, dan Taman Mini Melaka. Tapi gambar tak dapat diabadikan sebab bateri kamera dah weak lepas kami habis pusing Bandar Hilir. Untuk ingatan semua, bawa banyak sikit duit sebab semua tempat yang kami lawati kebanyakkannya ada bayaran masuk.. letih gak membayarnya.. :)

Sebelum balik BP, kami singgah dulu Tangkak, beli kain corak batik, nak pakai untuk hari Khamis :)

Jumpa lagi...